Kerajaan Bn Tak Nak Saya Runding Doj Babitkan Najib Kata Jho Low

Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low  mendakwa telah mencapai persetujuan untuk menjual asetnya dan  menyelesaikan tuntutan mahkamah 1MDB dengan Jabatan Keadilan (DOJ)  Amerika Syarikat tetapi pentadbiran perdana menteri ketika itu, Najib  Razak tidak mahu mendedahkan dokumen yang boleh membabitkan dirinya.Sehari  selepas serbuan di hartanah yang berkaitan dengan Najib berikutan  pilihan raya umum Mei 2018, Low memulakan komunikasi dengan kerajaan  perdana menteri baru Dr Mahathir Mohamad. 
Rakaman tersebut kini didedahkan oleh Al Jazeera dalam dokumentari "Hunt for a fugitive".
Low,  dalam rakaman audio bocor yang dibuat antara Mei dan November 2018,  juga ingin menunjukkan bahawa tanggungjawab dana 1MDB yang lesap  terletak di tempat lain dan mendakwa bahawa sebelum pilihan raya Amerika  Syarikat, dia telah berada di ambang perjanjian dengan kerajaan AS.
"Pada  dasarnya saya setuju untuk menyerahkan semua aset, AS menjualnya dan  wang akan digunakan untuk membayar balik bon dolar AS secara langsung."
"AS tidak mempercayai kerajaan Malaysia sehingga mereka mengatakan mereka tidak akan memulangkan kembali wang itu," dakwa Low.
Dia nampaknya percaya Najib bimbang akan dikenakan hukuman jika Low bersetuju untuk memberikan kembali aset tersebut.
"Sekiranya  saya menandatangani perjanjian itu, maka kerajaan (baru) Malaysia boleh  berkata,'adakah anda pada dasarnya mengatakan bahawa wang itu berasal  dari 1MDB?' Saya memberitahu mereka ia berbeza di AS, anda boleh  menandatangani perjanjian penyelesaian yang tidak mengakui kesalahan. "
Tema  berterusan kenyataan Low yang dirakam adalah keengganannya untuk  mengakui melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara, serta  menuding pertanggungjawaban kepada Najib.
Low menggambarkan dirinya bersikap telus dan bersedia membuat perjanjian.
"Saya  senang bercakap melalui WhatsApp, sembang video kerana saya benar-benar  telus. Sekiranya anda semua perlu merakam, tidak mengapa. Saya tidak  mempunyai masalah," katanya kepada kontak yang tidak dinamakan itu.
Low  juga mendakwa bahawa lebih daripada AS$ 1 bilion (RM4.11 bilion pada  kadar pertukaran hari ini) yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib  berasal dari 1MDB dan bukan derma dari keluarga diraja Arab Saudi.
Dia  mendakwa "sumbangan" dari Arab Saudi itu hanya berjumlah "sebahagian  kecil" sahaja dibandingkan dengan jumlah yang didapatkan dari 1MDB.
"Kenyataannya,  memang benar bahawa Raja Abdullah benar-benar setuju untuk memberikan  derma kepada PM tetapi itu adalah bahagian kecil daripada bahagian yang  lebih besar.
"Kenyataannya adalah, orang Abu Dhabi memang ambil duit.
"Perbincangan  saya dengan mereka adalah, lihatlah, apa sahaja yang saya selesaikan  dengan DJJ yang digunakan untuk membayar bon 1MDB, anda semua harus  menyelaraskannya dengan jumlah yang sama, yang mungkin hampir dengan  AS$1 bilion," tambahnya.
'Tinggal di rumah anggota kanan Parti Komunis China'
Al Jazeera juga bercakap dengan ejen FBI yang sudah bersara, Bill McMurry yang mengetuai siasatan 1MDB.
McMurry berkata keterangan dalam kes itu sangat menarik.
"Ini  benar-benar 'kesalahan besar' bagi pegawai awam mengambil wang dari  tangan orang yang anda pilih untuk berkhidmat dan kemudian melakukannya  pada skala yang dilakukan dalam kes ini. Ia cukup memualkan."
"Kami  (juga) sangat yakin bahawa kami akan dapat membuktikan penglibatan Jho  Low dan kedudukannya dalam skim ini," kata McMurry, yang kini bersama  syarikat risikan swasta.
Seorang lagi bekas ejen khas FBI, Debra  LaPrevotte, yang juga terlibat dalam peringkat awal penyiasatan 1MDB,  berkata dakwaan Low itu melucukan.
"Sekiranya tidak ada kesalahan,  orang tidak akan memulangkan kembali aset, bukan begitu? 'Tidak akan  ada aset yang akan dirampas'. Kenyataan ini lucu. Ia seperti, jika saya  terus mengatakan kebohongan, mungkin ada yang akan mempercayai saya,"  katanya.
Al Jazeera melaporkan sumber di Malaysia dan Macau  sebagai mengesahkan ahli perniagaan dalam buruan itu tinggal di sebuah  rumah yang dimiliki oleh anggota kanan Parti Komunis China di Macau  sejak sekurang-kurangnya Februari 2018.
Baru-baru ini pada  November 2019, Low terbang dari Bangkok ke Dubai serta berhenti selama  tiga hari di Ahmedabad di India. Dia dilaporkan menggunakan pasport dari  Grenada.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/11/kerajaan-bn-tak-nak-saya-runding-doj.html