Kepentingan Memakai Sunblock Bagi Kulit Anda
Sebagai sebuah negara di khatuliswa, Malaysia hanya mempunyai dua musim sahaja iaitu musim panas dan musim hujan. Malaysia sentiasa berada dalam iklim panas dan hujan sepanjang tahun, oleh kerana itu adalah amat penting untuk kita mempunyai perlindungan matahari di saat panas khususnya musim kemarau. Musim kemarau boleh mencapai sehingga 40 degree adalah keadaan cuaca panas melampau. Namun begitu, ramai wanita tidak endah dan mengambil tahu akan bahayanya sinaran terik matahari apabila kita terlampau terdedah dan tidak memakai sebarang perlindungan
Pelindung UV/ suncreen/ sunblock ialah panggilan nama bagi sebuah produk perlindungan wajah dan badan bagi sinaran matahari. Tahukah anda? Sikap tidak endahkan penjagaan kulit daripada sinaran matahari terik terumatanya di Malaysia ini bakal membuatkan kulit anda cepat kusam, naik bintik hitam malah wajah kelihatan lebih cepat tua berbanding usia! Nampak seperti tidak penting memakai perlindungan matahari hakikatnya ianya merupakan suatu kepentingan dalam penjagaan kulit wajah agar sentiasa sihat dan bebas cela
Walau di mana anda berada, jangan pernah lupa membawa sunblock anda bersama. Sama ada anda sedang bersenam di luar, pergi bercuti di pantai, menyertai pertandingan marathon atau keluar bersama rakan-rakan anda di sekitar Bandar, wajib guna sunblock setiap hari. Antara kepentingan memakai sunblock termasuk melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB serta ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen. Selain itu, ia juga melindungi dari penyakit lain seperti katarak, kerosakan kulit dan merendahkan imunisasi badan
UVA ialah salah satu sinar UV yang paling banyak menimbulkan radiasi iaitu 95% dari sinar ultraviolet yang masuk kedalam atmosfera bumi. Sinar UVA ni lah antara penyumbang utama kepada kerosakan kulit dan menjadi sebahagian besar penyebab terjadinya kanser kulit. UVA ni biasanya menyebabkan masalah kulit dari dalaman antaranya penuaan, berkedut dan kusam.
UVB pula menyebabkan kulit kita kemerahan dan terbakar (sunburn) sebab ianya cuma menyerang lapisan luar kulit sahaja . Sunburn tu adalah disebabkan oleh masalah kita tidak melindungi kulit daripada sinaran UVB. UVB adalah lebih agresif dan cenderung untuk merosakkan kulit pada waktu 10 pagi sampai 4 petang . Jadi, jika ingin keluar daripada rumah ketika ni , pastikan memakai sunblock yang ada dua perlindungan UVA dan UVB ya
UVB juga lah penyebab kepada bintik jeragat pada muka. Tidak mahu jeragat bukan? Jadi mulakan penggunaan sunblock sekarang!
Bagi pemilihan sunblock pula, haruslah memilih mengikut SPF yang bersesuaian dengan keadaan dan aktiviti yang kita akan lakukan . SPF atau nama panjangnya Sun Protection Factor (Faktor Perlindungan Matahari) ni ada dalam macam-macam nilai yang dijual di pasaran. Seeloknya, jika anda selalu berada lama di luar dan dibawah sinaran matahari terik, adalah digalakkan untuk memakai sunblock dengan SPF yang tinggi, anda boleh memilih sunblock dengan SPF30 dan ke atas. SPF30 dan ke atas menandakan kulit anda, diberikan perlindungan sebanyak 96% daripada sinaran matahari. Sebagai contoh, sunblock DMS mempunyai SPF 45 dan SPF 50. Ini sesuai bagi anda yang inginkan perlindungan paling maksima di samping mampu mencantikkan wajah anda
Apa beza nombor nombor ni?
Nombor SPF memberi indikasi berapa lama sunblock itu dapat melindungi kulit kita . Semakin tinggi nombor, semakin lama sunblock itu mampu bertahan di kulit kita .
Contoh pengiraan SPF ialah seperti berikut :
SPF 50 ( 50 x 10 minit = 500 minit bersamaan 8 jam 30 minit!)
Pilihlah SPF yang bersesuaian dengan keadaan anda ketika itu
DMS Foundation mempunyai nilai SPF yang tinggi malah foundation ini merupakan sunscreen yang mampu memperelokkan wajah daripada masalah jeragat selain mengatasi masalah sunburn.
4D Foudation merupakan basic foundation yang boleh dipakai setiap hari dalam apa jua keadaan ianya sesuai bagi anda yang tidak suka memakai mekap tebal dan mahu kelihatan seakan tidak berbedak. 5D Foudation pula sesuai bagi mereka yang sukakan wajah kelihatan putih dan gebu. Dengan memakai sedikit calitan sahaja wajah anda akan kelihatan putih gebu dan produk ini dapat menutup cela dengan lebih baik berbanding 4D foundation. Kedua-dua foundation ini mempunyai fungsi anti-jeragat. Oleh itu ianya sangat disarankan kepada mereka yang mempunyai masalah jeragat
Testimoni customer DMS yang berjaya mencantikkan wajah dengan skincare DMS dan Foundation DMS
CC Hybrid pula sesuai jika anda suka memakai mekap. CC cream sama seperti mana-mana CC cream di pasaran memberikan wajah anda kelihatan glowing dan cantik. Bezanya CC Cream DMS ini warnanya lebih natural atau nude pada wajah namun masih boleh menutup cela dengan cantik. Tidak berminyak dan sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja. Dengan ramuan vitamin C dan vitamin E, CC cream bukan sahaja perlindungan UV yang baik malah memberikan kelembapan dan mampu merawat wajah anda
Oleh itu, pilihlah mana-mana sunblock yang sesuai untuk diri anda dan pastikan ia mempunyai perlindungan UV yang tinggi sekurang-kurangnya SPF30 dan ke atas
The post Kepentingan Memakai Sunblock Bagi Kulit Anda appeared first on DMS360 Original.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dms360original.com/kepentingan-memakai-sunblock-bagi-kulit/