Kulit Lebih Segar Dan Lembut Dengan Milk Peel Cream Mask Althea
Assalmualaikum..Baru-baru ini Althea ada mengeluarkan produk terbaru iaitu Milk Peel Cream Mask. Apa Milk Peel Cream Mask ni? Ia sejenis topeng muka yang mengandungi susu untuk menyegarkan kulit. Mask ini boleh dipakai ketika muka kita basah ataupun kering. Baguskan? Walaupun dipakai ketika muka kering mask ini tetap ada buih walaupun tidak sebanyak semasa kita basahkannya.
Dah membebel panjang-panjang, jom kita kenal dengan lebih dekat lagi Milk Peel Cream Mask ini. Cik Nor pun teruja nak cerita kat korang ni.
Bila cerita pasal mask, aduh memang malas betul nak pakai. Apa tak nya. Dah la kena tunggu lama nak kering tak boleh nak cakap dengan orang pulak tu. haha. Macam-macam pantang ada kalau pakai mask ni. Yang kena tunggu lama tu mask lain yer bukan Milk Peel Cream Mask yer...hehe. Milk Peel dream Mask dari Althea ini adalah mask yang mengandungi susu bagus untuk kulit dan menjadikan kulit lebih segar. Selain dari itu ia juga membantu melicinkan kulit wajah kita. Mask ini mengandungi tanah liat yang menggalakkan penghasilan buih yang tebal untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati. Wow..best sangat mask ni
Apa Yang Terkandung Dalam Milk Peel Cream Mask Dari Althea?
1. Ekstrak Protein Susu - Melembapkan dan menguatkan kulit2. AHA & BHA - Mengelupas sel-sel kulit mati dengan lembut untuk menjadikan kulit muka licin3. Kaolin - Detoxsifies dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang pori wajah
Cara Menggunakan Milk Peel Cream Mask
1. Sapukan Milk Peel Cream Mask ke seluruh wajah2. Urut perlahan-lahan sampai keluar buih yang banyak di muka korang3. Biar ia seketika lebih kurang dalam 30-60 saat4. Bilas dengan air suam
Siapa yang sesuai menggunakan Milk Peel Cream Mask ini?
- Korang yang mempunyai kulit jenis gabungan (berminyak, kering dan seangkatannya)- Korang mempunya liang pori yang besar- Korang yang mempunyai kulit kasar, sensitif dan memerlukan pengulupasan yang lembut- Korang yang mempunyai kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas pengelupasan
Pengalaman Cik Nor Menggunakan Milk Peel Cream Mask
Betapa terujanya Cik Nor nak menggunakan maak ini. Balik kerja terus calit-calit mask ini ke seluruh muka. Dah ratakan ke seluruh muka, Cik Nor biarkan seketika. Semasa memcuci nya lagi teruja bila kulit muka terasa begitu berbeza dari biasa. Dah la buih dia banyak, bau dia seakan bau mandian bayi. Terasa kulit muka dibelai-belai macam kulit bayi baru lahir..hehe. Jangan terkejut kalau lepas ini Cik Nor akan menjadi pengguna setia mask ini
Harga Milk Peel Cream Mask Althea ini ialah RM36.00
Untuk maklumat lanjut jangan lupa layari website : https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://norminieza.blogspot.com/2018/11/kulit-lebih-segar-dan-lembut-dengan.html