Kenapa Saya Berhenti Menggunakan E Wallet
E-wallet atau dompet elektronik sudah menjadi semakin popular di negara kita lebih2 lagi apabila kerajaan terdahulu memberikan duit bernilai RM30 kpd semua pengguna e-wallet berusia 18 thn ke atas. Abam juga tak terkecuali. Duit free siapa yg x nak kan?
Kisah kali ini tentang faktor2 yg menyebabkan abam kie berjauh hati dengan e-wallet ni. Mula2 tu siap instal bagai apps e-wallet ni dlm HP. Teruja sakan nak guna. Tapi setelah sekian lama guna, last2 abe kie x menggunakannya lagi. Meh abam kie nak bagitahu kenapa abe kie geram dkt e-wallet ni
E-wallet terawal yg abe kie guna ialah Boost. Abe Kie teruja nak guna Boost sebab fungsinya pelbagai. Antara fungsi yg selalu digunakan ialah beli top up, bayar bil utiliti, beli barang di kedai dan bagi duit kpd anak2. Pada masa tu selepas setiap transaksi cuma perlu goncang/shake hp kita tu. Lepas tu akan terpapar cashback yg kita dapat dari 20 sen sehingga rm2. Dengan cara ini, nilai kredit dlm Boost ini akan sentiasa bertambah!
Tapi selepas Boost bertukar kpd sistem point maka abe kie menjadi tawar hati untuk terus menggunakannya. Bukannya apa. Sekali goncang cuma dapat point yg sikit je. Kdg2 tu x dpt apa2! Bila ia tukar kpd sistem ganjaran ni makin susah nak dpt cashback sbb kena tunggu point tu cukup sebelum dpt ditebus. Cuma yg bagusnya point ni boleh ditukar dengan mcm2 benda spt duit, top up, baucer F n B, barang elektrik dan pelbagai lagi. Cuma kena sabar menunggu la. Sekarang ni abe kie guna Boost cuma untuk bayar bil Air Kelantan je
E-wallet kedua yg abe kie guna ialah Touch n Go. Pada awalnya abe kie tertarik sbb ia boleh hubungkan dgn kad fizikal T n G jadi mudah la nak semak baki dlm kad tu. Tapi keburukan e-wallet ni sbb x de sistem point. Cashback pun jarang dapat. Seingat abe kie la, cuma 2 kali je dpt selepas beli top up dan barang di mall. Pas tu senyap terus! Kalau x dpt apa2 bila guna benda alah ni, baik abe kie bayar guna kad kredit je. Yg pasti dpt 1 mata utk setiap ringgit yg dibelanjakan. Dok gitu
E-wallet ketiga yg abe kie guna ialah GrabPay. Saja suka2 nak try. Mula2 guna tu teruja nak berbelanja sokmo sebab setiap kali buat transaksi pasti boleh point mengikut nilai perbelanjaan kita. Ia dah set dah. Makin tinggi perbelanjaan makin byk point. X mcm Boost yg ikut nasib je. Pas tu GrabPay ni ada rank atau pangkat mengikut nilai terkumpul point kita. Rank tersebut ialah Member, Silver, Gold dan Platinum. Makin tinggi rank, makin banyak point yg diperolehi bila berbelanja. Maka gigih la abe kie beli top up dan barang2 di TMG. Dalam 3 bln je dah dpt pangkat Platinum. Hah! See my level? Cuma syaratnya kena guna at least sekali sebulan supaya point tu x hangus.
Tapi bila dah dpt title Platinum ni baru abe kie perasan rupa2nya Tipah tertipu, bang! Nape jd mcm ni? Rupa2nya rank Platinum tu hanya valid sampai Jan 2021 je. Ada gitu plak syarat2nya? Logik ke kalau cikgu tu dah di gred DG54 tetiba kena turun ke DG41 plak? Apa kes? Geramnya aku! Satu lagi yg abe kie x puas hati ni sebab penebusan point tu terhad kpd makanan dan minuman di outlet yg berada di mall bandar2 besar aje spt Baskin Robins, Tealive, dsb. Nak tebus beli top up pun x ada! Baucer utk KFC, Pizza Hut dan McD pun x de. Jd buat abe kie yg dok di pekan kecil ni merasakan mcm penebusan ganjaran tu terhad! Mcm tawaran tu utk org kotaraya je. Kalau buat penebusan duit dan top up mcm Boost pun OK sbb semua org guna duit n prepaid, kan? Jadi skrg abe kie berbelanja guna tunai atau kad kredit Mastercard Ikhwan Platinum keluaran Maybank je. Byk faedahnya spt pembelian 0% interest dan rebat tunai sebyk 5% pada setiap Jumaat dan Sabtu bagi pembelian di pasaraya dan stesen petrol. Kalau belanja rm100 dpt rm5 pd bulan seterusnya. OK kan tu
Akhir sekali, kita kena bijak berbelanja terutama sekali pada bulan Ramadhan ni sbb byk duit habis utk beli makanan berbuka dan persiapan Aidil Fitri. Sekian. Terima kasih.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2020/04/kenapa-saya-berhenti-menggunakan-e.html