Kari Ayam Menggunakan Noxxa



Covid 19 telah mengubah kehidupan biasa kita pada suatu norma baru kehidupan yang bermula selepas perintah kawalan pergerakan ditamatkan. Walaupun tiada lagi covid 19 atau PKP telah ditamatkan, kita akan masih terasa takut untuk bertemu atau berdekatan dengan sesiapa sahaja samada yang dikenali atau yang tidak dikenali. Kita tidak akan bersalaman dan berpelukan dengan sahabat sahabat seperti biasa. 
Mungkin sehingga ke akhir tahun, kita tidak mahu menghadiri majlis keramaian, tidak mahu pergi bercuti, tidak mahu berada dalam pengangkutan awam. Selain itu, kita akan membiasakan diri dengan membersihkan tangan dengan kerap. 
Covid 19 belum ada penawarnya. Jika pun negara kita diistihar sebagai bebas covid 19, tapi selagi dunia masih ada yang mengalaminya. Kita tidak akan bebas sepenuhnya selagi manusia bergerak ke sana dan ke sini termasuk dalam dan luar negara. 
Virus yang boleh menyebabkan kematian ini amat menakutkan. Virus yang tidak nampak di mata dan tidak memberi simpton awal. Lebih lebih lagi merbahaya pada mereka yang berisiko tinggi seperti menpunyai penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis. 
Jadi Insya Allah esok, andainya kita mula berpuasa, kita sama sama perhatikan penjarakan sosial ini. Jangan sewenangnya mahu keluar membeli makanan di gerai gerai yang mungkin ada. Walaupun bukan bazar Ramadhan tapi saya rasa akan ada peniaga kecil yang membuka gerai di tepi tepi jalan atau di hadapan flat. 
Apa apa pun saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua follower saya yang beragama Islam. Sekarang kita masuk bab masakan pula.

Sejak kebelakangan ini, saya mula memasak menggunakan periuk Noxxa yang selama ini tersimpan di dapur. Pada saya, bukan sahaja wanita yang bekerja memerlukan periuk tekanan Noxxa atau apa apa periuk tekanan jenama lain tapi juga wanita yang berada di rumah. 
Kita jangan berlama lama di dapur. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan. Terutama di bulan Ramadhan, jangan nak berlumba lumba memasak pelbagai lauk pauk. Boleh jer memasak pelbagai lauk sebab tiada bazar Ramadhan. Tapi kena fikirkan cara untuk mengurangkan masa di dapur. 
Tujuannya supaya kita dapat membanyakkan masa sengan mengaji Al Quran, melakukan solat solat sunat dan sebagainya. Jika berlama di dapur, badan kita jadi melekit dan kita akan rasa penat. Sebelah malam kita mahu pula melakukan solat sunat terawih kan. 
Jadi dengan Noxxa memasak menjadi lebih cepat dan mudah. Bila ditumis bahan bahan untuk memasak kari ini pun, ianya tidak merecik di dinding seperti menumis dalam periuk biasa. Jadi tak perlu habiskan masa untuk membersih dan mengelap itu ini pula. Sekadar itu coretan saya kali ini. 
Jom layan resepi yang saya kongsikan di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kari Ayam Menggunakan NoxxaOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ayam2 biji ubi kentang3 sudu besar rempah kari + sedikit serbuk cili1 kotak santan kotak1 sudu besar kerisik½ sudu kecil pes asam jawa1 sudu besar sos tiram - bancuh dengan air1 tangkai daun kariKayu manis, bunga lawang, buah pelaga Garam
Bahan hiris:4-5 biji bawang merah4 ulas bawang putih1-2 inci halia
Cara cara:Setting periuk Noxxa pada Stir Fry (SF) dan tuangkan minyak. Setelah panas, masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. 
Kemudian masukkan halia, bawang putih dan bawang merah. Kacau sehingga naik bau,
Masukkan daun kari dan kacau lagi sehingga bawang keperangan. Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat.
Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak. Masukkan air lagi dan tumis lagi sekali sehingga terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan kacau seketika. Masukkan pula ubi kentang, sedikit santan dan sedikit air.

Tutup periuk Noxxa, putar tombol pada Pressure dan masak dengan setting Meat selama 8 minit. 
Setelah cukup 8 minit, buang wap dan tukar setting pada SF. Masukkan baki santan. Kacau rata.
Masukkan kerisik, pes asam jawa, gula melaka dan garam secukupnya.
Bolehlah dipadamkan dan kari siap untuk dinikmati.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/kari-ayam-menggunakan-noxxa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah

Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 724 hits
Resepi Nasi Arab Ayam Mandy Menggunakan Periuk Noxxa Beserta Dengan Sos Dan Jelatah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Lebih kurang dua tahun kakak ipar hadiahkan periuk noxxa tetapi boleh dikira dengan jari berapa kali Sha menggunakannya ...
Ayam Goreng Kunyit Letops Gaul Serbuk Kari Makan Nasi Panas Panas Letak Kicap

Ayam Goreng Kunyit Letops Gaul Serbuk Kari Makan Nasi Panas Panas Letak Kicap

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 833 hits
Masak lauk apa pun kalau kena dengan selera ahli keluarga boleh bertambah makan Satu lauk pun kira jadi kalau memang sedap Orang kata sekejap je licin Bagi sesetengah orang masak seatu jenis lauk macam tak lengkap Tapi sesekali kalau dah ra...
Cara Masak Ayam Ungkep Asli Yang Sedap Dan Terbaik

Cara Masak Ayam Ungkep Asli Yang Sedap Dan Terbaik

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 774 hits
Resepi Ayam Ungkep Asli Hidangan Jawa Ayam ungkep adalah resepi orang Jawa yang menjadi hidangan paling simple untuk menyediakannya Ia adalah ayam yang diperap tutup di dalam kuali periuk dengan api sederhana besar setelah dicampur dengan b...
Order Beriani Kambing Dan Ayam Ketika Pkp

Order Beriani Kambing Dan Ayam Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 460 hits
Order Beriani Kambing Dan Ayam Ketika PKP Ada makanan yang anda teringin makan semasa tempoh pkp ini kesan wabak covid19 Kalau ada apakah makanan yang anda rindu itu Kalau boleh dan pandai masak tak mengapa Masaklah sepuasnya Makan banyak b...
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedap

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 752 hits
Pungkoq Ayam Masak Sambal Goreng Simple Macam Ni Pun Sedappungkoq ayam masak sambal
Cara Senang Lembutkan Isi Ayam Goreng

Cara Senang Lembutkan Isi Ayam Goreng

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 1487 hits
Senang je nak lembutkan isi ayam goreng rupanya Kalau dulu saya selalu makan di luar Pada masa tu saya masih bekerja dan tak ada banyak tanggungan ilmu memasak pun kosong Jadi cara paling senang order saja makanan di kedai makan Bila banyak...
Reseknya Ayam Nyeberang Jalan Lebih Bahaya Dari Ibu Ibu Sein Kanan Tapi Beloknya Ke Kiri

Reseknya Ayam Nyeberang Jalan Lebih Bahaya Dari Ibu Ibu Sein Kanan Tapi Beloknya Ke Kiri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 267 hits
Kalau kamu lihat ada ayam di jalanan cepat cepat menghindar deh biar nggak apes Bahaya lo
Guna Seekor Ayam Boleh Buat 40 Cucuk Resipi Sate Ayam Merecik Makan Macam Tu Je Pun Sedap

Guna Seekor Ayam Boleh Buat 40 Cucuk Resipi Sate Ayam Merecik Makan Macam Tu Je Pun Sedap

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 475 hits
Sate sememangnya makanan tradisi orang Malaysia Rata rata menyukai rasanya yang berempah dan lembut malah turut menjadi makanan kegemaran kanak kanak Namun di musim PKP ini agak sukar untuk mendapatkan sate kerana kebanyakan kedai sate tida...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord

Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million