Aplikasi Zoom Dan Semua Skandalnya Berhentilah Dari Menggunakan Zoom



Ada yang berkata, ‘serangan’ ke atas aplikasi Zoom adalah kerana untuk menjatuhkan ia, disebabkan ia dari China.
Meskipun sememangnya ia dibangunkan di sana, tetapi jika dilihat pada semua kerentanan dan kebobrokan (skandalnya), tidak timbul isu ini.
Sama sahaja jika ia dibangunkan oleh Microsoft, Apple, atau Google sekalipun, jika ada isu maka para penulis dari laman teknologi tetap akan bidas.
Lagipun, terdapat banyak lagi alternatif kepada Zoom yang lebih baik. Mengapa masih nak gunakan ia, di saat ia dipenuhi isu berkaitan sekuriti dan privasi?
Dalam perihal Zoom, eksekutif tertinggi mereka disaman oleh pelabur sendiri kerana menipu dalam hal enkripsi aplikasi, menyembunyikan isu-isu sekuriti dan juga menyembunyikan amalan perkongsian data.
Penipuan Berkaitan Servis
Dalam catatan mereka Zoom menyatakan bahawa enkripsi tersedia untuk pengehos mengadakan mesyuarat dengan selamat. Tetapi tidak lama kemudian seorang jurucakap Zoom mendedahkan bahawa tiada enkripsi tersedia untuk sebarang persidangan dalam aplikasi Zoom.
Enkripsi video yang digunakan oleh Zoom hanyalah enkripsi standard TLS yang biasa digunakan oleh laman web dengan sambungan HTTPS.
Tahap enkripsi ini hanya akan melindungi data dalam transit seperti pada WiFi awam atau pada ISP anda, tetapi ia tidak akan menyekat Zoom atau pihak ketiga untuk membuat transkripsi atau pun mendengar perbualan video.
Apabila mereka sudah memperolehi video pengguna, mereka dapat membuat apa sahaja yang mereka mahu.
Penggunaan SDK Facebook
Zoom sudah lama menggunakan Software Development Kit dari Facebook untuk membangunkan aplikasi mobil mereka. Ia adalah salah satu cara bagaimana Facebook boleh mencuri maklumat peribadi dari pengguna meskipun mereka tidak pernah memasang aplikasi Facebook.
Setiap kali pengguna melancarkan aplikasi Zoom, ia akan menghantar ID pengiklan unik kepada Facebook, zon masa, dan bandar di mana anda berada, model peranti, serta telco yang anda gunakan.
Dalam polisi privasi Zoom dinyatakan bahawa terdapat servis dari pihak ketiga yang mengumpul maklumat berkenaan, tetapi tidak pula dinyatakan ia dari Facebook.
Ini bercanggahan dengan terma Facebook sendiri yang mana memerlukan pembangun untuk menyatakan kepada pengguna bahawa Facebook mempunyai akses terhadap data mereka.
Secara teknikalnya, Zoom mengendalikan hal-hal berkaitan privasi pengguna dengan cara yang lebih teruk dari Facebook itu sendiri.
Selepas dari itu, Zoom membuang SDK Facebook dari aplikasi mereka, dan berpura-pura menyatakan mereka tidak tahu menahu mengenai ‘perbuatan’ Facebook mengumpulkan data-data tersebut.
Kerentanan Aplikasi
Selain dari masalah privasi, Zoom juga hadir dengan pelbagai kerentanan yang membimbangkan. Bekas penggodam NSA mendapati aplikasi Zoom mempunyai ralat yang membenarkan penggodam mengambil alih mikrofon dan webcam pada Mac.
Tidak lupa juga ralat yang membolehkan penggodam mencuri kata laluan dalam Windows, serta pelbagai lagi masalah pencerobohan yang menunjukkan beberapa orang penggodam memapar perkataan dan gambar tidak senonoh di skrin.
Zoom juga pernah memasang pelayan web tersembunyi dalam Mac pengguna yang membolehkan laman web untuk menambah pengguna terjangkit secara automatik kepada panggilan video tanpa kebenaran mereka.
Dalam informasi terbaru dari sumber iaitu BleepingComputer, ada sebilangan penggodam yang berjaya mencuri beribu maklumat akaun pengguna Zoom dan menjualnya dengan harga yang murah di dark web. Sesetengah yang lain pula memberikannya secara percuma untuk membina rangkaian dan reputasi di kalangan penjenayah siber.
Setakat ini sahaja lebih dari 500,000 akaun telah terjual di dark web dan forum-forum.
Para penggodam ini menggunakan kaedah lama iaitu ‘Credential Stuffing’, di mana mereka membuat satu bot khas untuk log masuk akaun mangsa dengan cara mencampur aduk kata nama pengguna dan kata laluan yang sudah lama bocor di dark web.
Seterusnya mana-mana perincian log masuk yang berjaya akan dikompilasikan dalam satu senarai, dan senarai inilah yang mereka jual. Firma perisikan keselamatan siber, Cyble, berjaya membeli lebih kurang 530,000 akaun dengan harga $0.0020 setiap satu. Perincian akaun termasuk alamat emel, kata laluan, URL menyuarat peribadi dan HostKey.
Konklusi
Jika anda masih menggunakan Zoom, fikirkan semula tentang hidup anda. Apakah anda rela korbankan privasi dan data peribadi semata-mata kerana anda enggan untuk belajar menggunakan aplikasi lain?
Tidak berbaloi sama sekali.
Berhentilah dari terus menerus menggunakan Zoom. Penggunaan aplikasi seperti ini tidak lain tidak bukan adalah satu langkah ke belakang, yang tidak akan memberikan faedah kepada sesiapa melainkan pihak pembangun Zoom sahaja. Banyak lagi aplikasi lain yang jauh lebih selamat digunakan dan kurang isu privasi untuk tujuan panggilan video.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/aplikasi-zoom-dan-semua-skandalnya-berhentilah-dari-menggunakan-zoom/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Penghantar Bungkusan Menggunakan Motosikal Diwajibkan Memuat Turun Dan Mendaftar Di Aplikasi Mysejahtera

Semua Penghantar Bungkusan Menggunakan Motosikal Diwajibkan Memuat Turun Dan Mendaftar Di Aplikasi Mysejahtera

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 499 hits
Kementerian Pengangkutan Malaysia kini telah mengeluarkan sedikit garis panduan untuk perkhidmatan penghantaran makanan dan bungkusan menggunakan motosikal atau dipanggil sebagai P Hailing Melaluinya sejumlah perkara dikong
Singapura Gantung Penggunaan Aplikasi Persidangan Video Zoom

Singapura Gantung Penggunaan Aplikasi Persidangan Video Zoom

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 234 hits
Singapura telah menggantung penggunaan aplikasi persidangan video Zoom selepas penggodam memecah masuk dan mengambil alih kelas dalam talian dari rumah dan menunjukkan imej lucah kepada pelajar Seperti negara lain pada Rabu lepas Singapura ...
Bersedekah Menggunakan Aplikasi Sodakoq Delivery Sangat Mudah

Bersedekah Menggunakan Aplikasi Sodakoq Delivery Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 644 hits
Salam Alhamdulillah dan terima kasih kerana kita mempunyai kerajaan yang sentiasa mendukung dan membantu rakyat untuk mengharungi kesusahan melawan Covid 19 Namun semenjak Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan pasti ada y...
Lewat Aplikasi Zoom Cak Machfud Sapa Relawannya Yang Sedang Menyemprot Disinfektan

Lewat Aplikasi Zoom Cak Machfud Sapa Relawannya Yang Sedang Menyemprot Disinfektan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 191 hits
Mantan Kapolda Jawa Timur Machfud Arifin menyapa relawannya yang sedang menyemprotkan cairan disinfektan di Lebak Timur Kelurahan Gading Kecamatan Tambaksari Kota Surabaya dengan menggunakan aplikasi Zoom Minggu
Panggilan Telefon Menggunakan Komputer Windows Kini Disokong Aplikasi Your Phone Amanz

Panggilan Telefon Menggunakan Komputer Windows Kini Disokong Aplikasi Your Phone Amanz

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 396 hits
Menerusi aplikasi Your Phone Microsoft cuba memudahkan penggunaan telefon pintar pada komputer Windows 10 Pada awalnya ia sekadar memaparkan notifikasi telefon pada komputer sebelum menyokong fungsi salin tampal merentas sistem operasi Ming...
Pemerintah Disarankan Buat Aplikasi Serupa Zoom Begini Tanggapan Menkominfo

Pemerintah Disarankan Buat Aplikasi Serupa Zoom Begini Tanggapan Menkominfo

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 152 hits
Anggota Komisi I DPR RI dari Partai Golkar Nurul Arifin menyarankan Kementerian Komunikasi dan Informatika untuk membuat aplikasi serupa Zoom terkait isu keamanan data pribadi
Cybersecurity Malaysia Berkongsi Garis Panduan Keselamatan Menggunakan Aplikasi Telesidang

Cybersecurity Malaysia Berkongsi Garis Panduan Keselamatan Menggunakan Aplikasi Telesidang

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 419 hits
Penggunaan aplikasi telesidang atas talian meningkat mendadak sejak wabak Covid 19 mula diisytiharkan sebagai pandemik Antara yang terkesan ialah institusi pengajian perniagaan dan urusan harian jabatan kerajaan itu sendiri Tetapi ramai mun...
Microsoft Mengalihkan Semua Acara Mereka Secara Atas Talian Sehingga Julai 2021

Microsoft Mengalihkan Semua Acara Mereka Secara Atas Talian Sehingga Julai 2021

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 334 hits
Penularan wabak Covid 19 telah membuatkan sejumlah syarikat mengalihkan acara mereka secara atas talian termasuk untuk pelancaran produk acara memfokuskan pembangun dan sebagainya Bercakap mengenainya kini Microsoft mengambil langkah drasti...
Pulang Dari Jakarta 1 Orang Tularkan Corona Ke Semua Keluarganya Di Padang

Pulang Dari Jakarta 1 Orang Tularkan Corona Ke Semua Keluarganya Di Padang

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 125 hits
Sebanyak enam orang warga Padang Sumatera Barat dari dua keluarga terkonfirmasi positif corona virus disease Sehingga hingga saat ini jumlah pasien positif menjadi 25 orang Dua positif yang berada di Padang Barat berada di Kelurahan Purus y...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities