Kenapa Perlu Mangsakan Hutan Simpan Kuala Langat Demi Pembangunan


 Oleh Athirah Huda Zalhe
Apakah ada ‘deal’ yang cuba disorokkan kerajaan PH Selangor?
BANGI – Kenapa hutan simpan Kuala Langat Utara menjadi ‘mangsa’, sedangkan banyak tanah-tanah lain di Selangor yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan.
Persoalan itu dibangkitkan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya terhadap pengakuan kerajaan negeri Selangor menyahwarta 54 peratus hutan simpan berkenaan.
Isnin lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu bahawa separuh hutan simpan Kuala Langat Utara telah dinyahwartakan sejak keputusan itu dibuat pada Mei lepas.
Exco Alam Sekitar dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor telah menyahwartakan 536.7 hektar – daripada rancangan asal seluas 930.9 hektar – selepas mempertimbangkan bantahan awam.
Tanah berkenaan akan diberikan kepada syarikat swasta Gabungan Indah Sdn Bhd untuk tujuan pembangunan.
Mengulas perkara itu, Haji Aminuddin menyifatkan keputusan kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak wajar memandangkan banyak implikasi yang boleh berlaku, khususnya dari segi alam sekitar dan rizab tanah-tanah hutan simpan semakin terhakis.
“Walhal, kita rasa banyak lagi tanah-tanah di Selangor yang boleh diambil untuk pembangunan.
“Konsep pembangunan lestari ini seharusnya merangkumi semua, bukan hanya membangunkan bangunan batu tanpa ada ekosistem yang menjamin kelestarian alam sekitar kita ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Beliau bimbang, tindakan ‘meragut’ kelestarian alam semulajadi negeri akan memberi implikasi banjir kilat dan tanah runtuh seperti yang berlaku di Kedah serta Cameron Highland di Pahang.
Bukan hanya ekosistem terjejas, malah habitat hidupan liar di hutan simpan itu juga berisiko terancam disebabkan kerakusan pembangunan, katanya.
“Pada saya, konsep pembangunan lestari perlu ada kerana ia bukan hanya pembangunan dari segi fizikal tetapi juga alam sekitar dapat dibangunkan bersama.
“Atau apakah ada ‘deal’ yang cuba disorokkan? Jika ada salah guna atau unsur rasuah, maka ia perlu disiasat dan kerajaan negeri tak boleh tunduk kepada pemaju hanya sekadar atas pembangunan semata-mata,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/kenapa-perlu-mangsakan-hutan-simpan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 308 hits
Nilai biodiversiti hutan simpan dan kawasan gantian hampir sama SHAH ALAM Kerajaan negeri Selangor telah mengambil kira kesemua aspek dalam membuat keputusan yang terbaik berkaitan isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara Jabatan P...
Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 438 hits
Annabelle LeePada Isnin lalu orang ramai dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Selangor telah memindahkan separuh daripada Hutan Simpan Kuala Langat Utara kepada sebuah syarikat swasta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan hal ...
Anwar Minta Amirudin Jelaskan Isu Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Pada Parti

Anwar Minta Amirudin Jelaskan Isu Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Pada Parti

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 409 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPresiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari untuk memberi penjelasan terperinci berhubung aduan bahawa kerajaan negeri telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan...
Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 346 hits
MALAYSIA NOW Takiyuddin berkata Malaysia komited untuk memastikan sekurang kurangnya 50 daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan Gambar Bernama Menteri Tenaga dan Sumber Asli ...
Penyahwarta Hutan Simpan Langat Boleh Jadi Isu Panas

Penyahwarta Hutan Simpan Langat Boleh Jadi Isu Panas

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 492 hits
ULASANMB kena jawab PENYAHWARTAAN sebahagian hutan simpan kekal di Kuala Langat Utara bakal menjadi isu panas di Selangor jika ia tidak dituntaskan dengan baik Pilihan raya akan datang menanti dengan penuh gahirah untuk menatang isu berkena...
14 Sulap Haram Dirobohkan Di Hutan Simpan Paitan

14 Sulap Haram Dirobohkan Di Hutan Simpan Paitan

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 378 hits
Salah satu struktur haram yang dirobohkan di hutan simpan Paitan Gambar milik JABATAN HUTAN SABAH OBK Sabah Berjaya Tangani Pencerobohan Hutan Simpan Paitan PAITAN Pasukan Operasi Bersepadu Khazanah telah merobohkan 14 struktur bangunan yan...
3 Pemburu Haram Ditahan Rampas Bakakuk Syabu Di Batu 63 Hutan Simpan Sepulut

3 Pemburu Haram Ditahan Rampas Bakakuk Syabu Di Batu 63 Hutan Simpan Sepulut

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 366 hits
Tiga suspek pemburu haram dan senjata yang dirampas Foto PGA KENINGAU Tiga lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan pemburuan haram di Hutan Simpan Sepulut di sini ditahan Pasukan Gerakan Am dalam Op Bersepadu Khazanah semalam Dalam oper...
Tale Of Two Presidents Parallels From Lbj S Vietnam War Visit

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff

Hawkers Small Traders Key To Economic Growth Says Anwar

Anwar Cancels Pahang Trip Due To Back Pain Doctors Recommend Rest

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Pendekar Awang Bukak Langkah Resepsi Fattah Amin Amira Othman Meriah Bersama Peminat

Easy Beef Keema Shami Kabab Recipe In Urdu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harga Durian Muar Musim Hujung 2025

Sembuh Dengan Sedekah Bukti Ajaib Pengobatan Yang Diajarkan Rasulullah

Spend Time Main Pickleball Kat D Pickle Zone Johor Bahru

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Motherboard Baru Maxsun B580 Bkb Terminator Yang Pelik Dan Unik

Pdfgear Penyunting Pdf Percuma Yang Wajib Dicuba Di Windows