14 Sulap Haram Dirobohkan Di Hutan Simpan Paitan


Salah satu struktur haram yang dirobohkan di hutan simpan Paitan. Gambar milik JABATAN HUTAN SABAH
OBK Sabah Berjaya Tangani Pencerobohan Hutan Simpan Paitan


PAITAN : Pasukan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) telah merobohkan 14 struktur bangunan yang didirikan secara haram di tiga (3) lokasi berasingan di dalam hutan simpan Paitan, disini pada jumaat lalu. Operasi meroboh struktur haram ini dibuat menerusi Operasi Bersepadu Khazanah, yang diterajui oleh Tiger Platoon PGA yang mana turut disertai oleh Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar, Taman-Taman Sabah dan WWF Malaysia.

Kekuatan anggota yang terlibat dari pelbagai agensi adalah 37 orang. Tiada suspek dijumpai di dalam bangunan kerana dipercayai berada di kediaman tetap mereka di Kudat. Berdasarkan maklumat, penceroboh haram adalah warga negara.

Ketua Konservator Hutan Sabah, En. Frederick Kugan berkata, kerja meroboh terpaksa dijalankan sebagai jalan terakhir setelah tiga (3) notis keluar hutan simpan dan amaran lisan berulangkali tidak dipedulikan oleh penceroboh haram. Tiga lokasi yang dirobohkan dalam operasi ini adalah kediaman sementara (sulap) dan tidak berdaftar sebagai perkampungan di pejabat Daeah Kecil Paitan.

Selain struktur bangunan, peneroka haram juga menanam tanaman kontan seperti pisang, ubi, sayuran dan sedikit buah-buahan yang masih kecil. Keluasan yang diteroka dianggarkan 14 hektar. Sebelum ini kawasan ini mempunyai dirian hutan yang unggul dan merupakan habitat pelbagai hidupan liar.


Gambar milik JABATAN HUTAN SABAH Dalam masa terdekat ini kawasan ini akan dipulihkan dengan tanaman kayu untuk mengembalikan fungsi asalnya.

Kejayaan melaksanakan misi mendepani pencerobohan hutan simpan Ketua Konservator Hutan Sabah, Frederick Kugan turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Komander Briged PGA Sabah atas bantuan bagi menangani segala jenis jenayah perhutanan melalui OBK yang sedang dilaksanakan ketika ini.

OBK ini sangat berkesan kerana disertai oleh pelbagai agensi dan keanggotaan ketika operasi pula adalah ramai. Jabatan Perhutanan berharap OBK ini dapat diteruskan meskipun dibuat secara berkala mengikut keperluan.


14 struktur bangunan yang dibina secara haram di sebidang 14 hektar di hutan simpan Paitan telah dirobohkan oleh pihak berkuasa. - Gambar dari JABATAN HUTAN SABAH Seterusnya Frederick Kugan, menegaskan bahawa Jabatan Perhutanan tidak akan berkompromi terhadap kegiatan menceroboh kawasan hutan secara haram.

Sebelum ini jabatan telah menawan semula beberapa kawasan yang diceroboh secara haram dan kawasan tersebut telah dipulihkan sebagai kawasan hutan melalui projek restorasi hutan.

Antaranya hutan simpan Mersuli, Tg. Tummanung Hallu, dan Sapagaya Lahad Datu, Beluran, Kinabatangan dan Sandakan.

Adalah menjadi kesalahan dibawah Enakmen Hutan 1968, seksyen 20 (1)(b)(i) mendirikan apa-apa struktur dalam kawasan hutan simpan tanpa kebenaran dan hak disisi undang-undang hutan. Begitu juga bagi kegiatan bercucuk tanam dan menternak sebarang jenis ternakan dalam kawasan hutan simpan. Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000.00 atau penjara hingga (3) tahun.

Justeru itu, Frederick menasihati orang awam supaya tidak sekali-kali menceroboh kawasan hutan simpan untuk sebarang tujuan seperti mengambil kayu, tumbuhan, memburu haiwan, bercucuk tanam, melombong dan mengambil batuan.

Hutan Simpan diwartakan untuk kepentingan semua samada hari ini atau untuk generasi akan datang. Bukan dibolot oleh individu atau sekumpulan orang yang hanya mementingkan diri sendiri.

Disamping itu, perlu disedari bahawa sebarang gangguan keatas kawasan hutan simpan akan mendatangkan kesan buruk seperti banjir kilat, pencemaran air sungai yang menjadi sumber air kepada semua, peningkatan pemanasan cuaca global, gangguan kepada habitat hidupan liar dan seumpamanya.

Semua kesan buruk ini secara langsung akan menjejaskan industri pelancongan dalam negeri ini yang mana diketahui umum berteraskan pelancongan alam semulajadi. - NST


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/14-sulap-haram-dirobohkan-di-hutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Pemburu Haram Ditahan Rampas Bakakuk Syabu Di Batu 63 Hutan Simpan Sepulut

3 Pemburu Haram Ditahan Rampas Bakakuk Syabu Di Batu 63 Hutan Simpan Sepulut

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 308 hits
Tiga suspek pemburu haram dan senjata yang dirampas Foto PGA KENINGAU Tiga lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan pemburuan haram di Hutan Simpan Sepulut di sini ditahan Pasukan Gerakan Am dalam Op Bersepadu Khazanah semalam Dalam oper...
Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 236 hits
MALAYSIA NOW Takiyuddin berkata Malaysia komited untuk memastikan sekurang kurangnya 50 daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan Gambar Bernama Menteri Tenaga dan Sumber Asli ...
Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 346 hits
Mesyuarat pengerusi pengerusi komponen Pakatan Harapan Selangor hari ini memutuskan agar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membincang dan memutuskan hala tuju penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dalam Majlis Mesyuar...
Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 377 hits
Annabelle LeePada Isnin lalu orang ramai dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Selangor telah memindahkan separuh daripada Hutan Simpan Kuala Langat Utara kepada sebuah syarikat swasta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan hal ...
Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 248 hits
Biro Politik KEADILAN malam ini telah menerima pandangan dan penjelasan dari YAB Dato Seri Amiruddin Shari Menteri Besar Selangor dan YB Hee Loy Sian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Alam Sekitar Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang ...
Penyahwarta Hutan Simpan Langat Boleh Jadi Isu Panas

Penyahwarta Hutan Simpan Langat Boleh Jadi Isu Panas

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 421 hits
ULASANMB kena jawab PENYAHWARTAAN sebahagian hutan simpan kekal di Kuala Langat Utara bakal menjadi isu panas di Selangor jika ia tidak dituntaskan dengan baik Pilihan raya akan datang menanti dengan penuh gahirah untuk menatang isu berkena...
Skandal Hutan Simpan Selangor

Skandal Hutan Simpan Selangor

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 342 hits
Tindakan parti PKR memanggil MB sagat wajar dan contoh yang baik parti menguasai kerajaan Ini patut dilakukan oleh MT UMNO terhadap PM dalam beberapa isu semasa terutama yang melibatkan kepentingan rakyat
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation