Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns


Siti Fatimah

Nilai biodiversiti hutan simpan dan kawasan gantian hampir sama  SHAH ALAM– Kerajaan negeri Selangor telah mengambil kira kesemua aspek dalam membuat keputusan yang terbaik berkaitan isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan tersebut adalah selaras dengan matlamat pembangunan Selangor ke arah kestabilan sosioekonomi, dinamik, mampan dan lestari.
JPNS memaklumkan kerajaan negeri masih mengekalkan kira-kira 46 peratus daripada kawasan HSKLU, mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat, dekat sini sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK).
Menurut kenyataan tersebut secara keseluruhannya, cadangan penyahwartaan HSKLU telah melalui proses yang begitu teliti oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam selaras dengan Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014.
“Proses penyiasatan awam ini telah berlangsung selama lebih satu tahun sejak keputusan cadangan penyahwartaan HSKLU diterima pada November 2019.
“Kesemua bantahan yang diterima telah dikumpulkan dan diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor untuk pertimbangan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan berkenaan melalui MMKN Ke-17/2021 5 Mei lalu yang disahkan oleh MMKN Ke-18 pada 19 Mei lepas, hanya seluas lebih kurang 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKLU ini diluluskan untuk dinyah warta di bawah Seksyen 11 dan 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.
“Berdasarkan keputusan MMKN yang sama, seluas lebih kurang 581.48 hektar telah diluluskan sebagai kawasan gantian HSK iaitu melibatkan PT4182 mukim Sungai Panjang, daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 308.62 hektar; Ampang Pechah, mukim Buloh Telor, daerah Hulu Selangor seluas lebih kurang 208.98 hektar dan Bukit Broga, mukim Semenyih, daerah Hulu Langat seluas lebih kurang 63.88 hektar,” jelas kenyataan terbabit.
JPNS memaklumkan, hasil kajian pakar perunding yang dilantik kerajaan negeri iaitu UPM Consultancy & Services Sdn Bhd pada 2020 turut digunakan dalam pertimbangan penyahwartaan HSKLU dan berdasarkan kajian mereka, nilai biodiversiti hutan simpan itu dan kawasan gantian adalah hampir sama.
“Kawasan gantian HSKLU yang dinyah warta terdiri daripada jenis hutan paya gambut di mukim Sungai Panjang iaitu sama jenis hutan dengan HSKLU manakala, kawasan gantian di Ampang Pechah dan Bukit Broga adalah jenis hutan bukit.
“Kawasan gantian Ampang Pechah mempunyai kepentingan koridor rangkaian ekologi hidupan liar dikenali sebagai central forest spine (CFS) sepertimana ditetapkan dalam Rancangan Fizikal Negara Ketiga manakala kawasan Bukit Broga mempunyai nilai-nilai ekopelancongan yang amat tinggi dan merupakan antara tarikan kawasan pendakian utama di Selangor,” maklum kenyataan itu.
JPNS memaklumkan kerajaan negeri turut mengenakan beberapa syarat kepada pemaju Gabungan Indah Sdn Bhd yang telah diluluskan pemberimilikan di kawasan nyah warta HSKLU pada tahun ini antaranya termasuklah pengekalan 20 peratus daripada kawasan pembangunannya sebagai kawasan hijau serta keperluan translokasi spesies-spesies flora dan fauna yang berkepentingan.
“Selain itu, MMKN juga telah meluluskan sebahagian kawasan untuk penggantian baki Rizab Orang Asli Busut Baru iaitu seluas lebih kurang 42.1 hektar di bawah Seksyen 7, Akta Orang Asli 1954.
“Justeru, isu tuntutan perizaban kawasan Orang Asli Busut Baru seluas lebih kurang 404.6 hektar sebagai penggantian kawasan disebabkan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak 2006 dapat diselesaikan,” maklum kenyataan tersebut.
Menurut jabatan itu lagi, HSKLU merupakan hutan yang telah terpisah daripada kompleks hutan utama dan mengalami tekanan pembangunan tanah tepu bina di sekelilingnya seperti Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Bandar Saujana Putra dan Gamuda Cove.
JPNS memaklumkan HSKLU juga telah diklasifikasikan sebagai kawasan yang berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar pada tahun 2012, 2013, 2014, 2017 dan 2021.– Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/nyahwarta-hutan-simpan-kuala-langat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Perlu Mangsakan Hutan Simpan Kuala Langat Demi Pembangunan

Kenapa Perlu Mangsakan Hutan Simpan Kuala Langat Demi Pembangunan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 274 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Apakah ada deal yang cuba disorokkan kerajaan PH Selangor BANGI Kenapa hutan simpan Kuala Langat Utara menjadi mangsa sedangkan banyak tanah tanah lain di Selangor yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan Persoa...
Anwar Minta Amirudin Jelaskan Isu Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Pada Parti

Anwar Minta Amirudin Jelaskan Isu Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Pada Parti

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 340 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPresiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari untuk memberi penjelasan terperinci berhubung aduan bahawa kerajaan negeri telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan...
Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 269 hits
MALAYSIA NOW Takiyuddin berkata Malaysia komited untuk memastikan sekurang kurangnya 50 daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan Gambar Bernama Menteri Tenaga dan Sumber Asli ...
Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 253 hits
Biro Politik KEADILAN malam ini telah menerima pandangan dan penjelasan dari YAB Dato Seri Amiruddin Shari Menteri Besar Selangor dan YB Hee Loy Sian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Alam Sekitar Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang ...
Selangor Batal Nyahwarta Hutan Simpan

Selangor Batal Nyahwarta Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 381 hits
Kontroversi nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara selesai hari ini apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang memutuskan beberapa ketetapan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari terdapat 3 keputu...
Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 387 hits
Annabelle LeePada Isnin lalu orang ramai dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Selangor telah memindahkan separuh daripada Hutan Simpan Kuala Langat Utara kepada sebuah syarikat swasta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan hal ...
Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

Ph Selangor Mahu Mb Putuskan Hala Tuju Nyahwarta Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 356 hits
Mesyuarat pengerusi pengerusi komponen Pakatan Harapan Selangor hari ini memutuskan agar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membincang dan memutuskan hala tuju penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dalam Majlis Mesyuar...
Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lunch Date Dengan Team Mate Di The Light Hotel Penang

Wanita Hilang Selama Setahun Akhirnya Hanya Jumpa Rangka

Lirik Lagu Antara Puisi Dan Rautmu Arish Mikael

Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Ex Pesuruhjaya Sprm Cabar Pmx Bebaskan Najib Razak

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British