Penyahwarta Hutan Simpan Langat Boleh Jadi Isu Panas


ULASAN

MB kena jawab.PENYAHWARTAAN sebahagian hutan simpan kekal (HSK) di Kuala Langat Utara bakal menjadi isu panas di Selangor jika ia tidak dituntaskan dengan baik. Pilihan raya akan datang menanti dengan penuh gahirah untuk menatang isu berkenaan sebagai modal politik utama.Sudah pasti pihak pembangkang di Selangor akan menggunakan isu tersebut sebagai modal politik ampuh dengan menyocok pengundi pertengahan dan bukan Melayu agar menolak kerajaan PH yang akan diterjemahkan sebagai tidak mesra alam. 
Pennyahwartaan hutan simpan kekal itu menjadi hangat apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor yang bersidang dua hari lepas memaklumkan sebanyak 536.7 hektar hutan simpan kekal itu dibebaskan sebagai hutan simpan yang boleh digunakan. Kawasan itu diberikan sebuah syarikat Gabungan Indah Sdn. Bhd untuk tujuan pembangunan. 
Mulanya kesemua kawasan hutan seluas 991.9 hektar dicadang untuk dinyahwartakan namun ia dibantah hangat daripada banyak pihak. Persidangan Dun Selangor November 2020 telah mengundi bagi membantah cadangan itu dan Dewan bersetuju sebulat suara.
Tanpa telus.
Semacam ada sedikit kemisterian berhubung penyahwartaan kawasan hutan berkenaan kerana dibuat seperti tanpa telus. Rupanya ia telah diluluskan oleh MMKN sejak Mei lalu dan baru didedahkan di Dewan Undangan Negeri yang bersidang dua hari lepas. 
Perkara itu didedahkan oleh Exco Alam Sekitar dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian. Kelewatan memaklumkan tindakan MMKN itu menyebakan timbul sangkaan ada sesuatu yang berlaku dan helah hendak menyembunyikannya.
Langkah meluluskan tindakan itu menimbulkan kekecewaan dan kekesalan pihak tertentu. Dua orang Adun Selangor dari DAP meminta agar ia ditimbang semula menarik balik keputusan untuk mennyahwartakan hutan simpan kekal berkenaan.
Dua orang Adun itu daripada DAP, Lim Yi Wei (Kampung Tunku) dan Michelle Ng Mei Sze (Subang Jaya). Kedua-dua Adun itu juga kecewa dan merasa anih dengan keputusan itu dan mohon ia ditarik balik. 
Apa menimbulkan rasa pelik dan kecewa mereka kerana sebelum ini DUN Selangor yang bersidang November 2020 pernah mengundi berbulat suara agar ia dibatalkan. Mengapa tiba-tiba diberitahu yang ia dinyahwartakan? Mereka persoal kenapa keputusan Dewan boleh dilanggar? 
Sebelum ini juga berbagai pihak membuat bantahan cadangan menyahwarta kawasan hutan itu. Beberapa Ngo Pencita Alam membantah kerana ia boleh merosak ekosistem kerana hutan itu sangat diperlukan untuk kehidupan. 
Orang Asli juga membuat bantahan kerana pembongkaran hutan itu boleh menjejaskan kediaman mereka yang berhampiran dengan hutan simpan berkenaan. 
Bukan itu sahaja, dalam sesi pendengaran awam diadakan, peserta dan agensi yang memberi pandangan membantah tindakan tu.
Apakah penyahwartaan dilakukan kerana ada kuasa yang boleh mengatasi keputusan DUN Selangor? Jika itulah realitinya maka tidak ada kuasalah DUN Selangor kerana tidak dapat mempertahankan keputusan sudah dibuat. Dimana kemuliaan Dewan apabila ia boleh diperkotak katikan?  
MB Selangor Amiruddin Shari wajar memberi ulasan dan kepusan bagi mengelakkan kekeliruan berhubung perkara ini dan jangan sampai isu hutan simpan ini dieksploikan sebagai isu politik.
Harap ia dapat diselsaikan bagi mengelakkan masalah kepada kerajaan PH Selangor yang disinonimkan sebagai kerajaan rakyat. Cadangan dua Adun DAP itu wajar dipertimbangkan. 
Persoalan juga timbul kenapa cadangan dan kerisauan itu dibangkitkan oleh Adun DAP, dimana Adun Melayu dan India serta yang lain? Kenapa senyap? [wm.kl.2:00 31/08/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/08/penyahwarta-hutan-simpan-langkat-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Minta Amirudin Jelaskan Isu Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Pada Parti

Anwar Minta Amirudin Jelaskan Isu Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Pada Parti

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 323 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPresiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari untuk memberi penjelasan terperinci berhubung aduan bahawa kerajaan negeri telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan...
Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

Syarikat Modal Rm1 Dapat Hak Bangunkan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 378 hits
Annabelle LeePada Isnin lalu orang ramai dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Selangor telah memindahkan separuh daripada Hutan Simpan Kuala Langat Utara kepada sebuah syarikat swasta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan hal ...
Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

Nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara Selari Matlamat Pembangunan Selangor Jpns

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 239 hits
Nilai biodiversiti hutan simpan dan kawasan gantian hampir sama SHAH ALAM Kerajaan negeri Selangor telah mengambil kira kesemua aspek dalam membuat keputusan yang terbaik berkaitan isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara Jabatan P...
Pemimpin Umno Mahu Kerajaan Campur Tangan Isu Nyahwarta Hutan Langat

Pemimpin Umno Mahu Kerajaan Campur Tangan Isu Nyahwarta Hutan Langat

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 227 hits
Pemimpin UMNO mahu Kerajaan campur tangan Isu nyahwarta hutan Langat Kerajaan Persekutuan wajar campur tangan dalam isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan memaksa kerajaan Selangor menyerahkan kawasan hutan itu sekiranya tiad...
Kenapa Perlu Mangsakan Hutan Simpan Kuala Langat Demi Pembangunan

Kenapa Perlu Mangsakan Hutan Simpan Kuala Langat Demi Pembangunan

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 265 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Apakah ada deal yang cuba disorokkan kerajaan PH Selangor BANGI Kenapa hutan simpan Kuala Langat Utara menjadi mangsa sedangkan banyak tanah tanah lain di Selangor yang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan Persoa...
Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 237 hits
MALAYSIA NOW Takiyuddin berkata Malaysia komited untuk memastikan sekurang kurangnya 50 daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan Gambar Bernama Menteri Tenaga dan Sumber Asli ...
Skandal Hutan Simpan Selangor

Skandal Hutan Simpan Selangor

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 343 hits
Tindakan parti PKR memanggil MB sagat wajar dan contoh yang baik parti menguasai kerajaan Ini patut dilakukan oleh MT UMNO terhadap PM dalam beberapa isu semasa terutama yang melibatkan kepentingan rakyat
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia