Kenapa Dap Turut Kalah Di Prn Sarawak



Seorang pemerhati politik Sarawak berkata DAP perlu melakukan “muhasabah diri” berikutan prestasi buruknya dalam pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, mengingatkan sokongan pengundi tradisi masyarakat Cina terhadap parti itu semakin merosot.
Walaupun DAP berjaya mengekalkan kerusi Pending dan Padungan, ia kehilangan lima kerusi lain sekali gus menyebabkannya hanya memiliki dua wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memiliki 82 kerusi.
Bercakap kepada MalaysiaNow, James Chin dari Universiti Tasmania berkata pengundi Cina di Sarawak tidak berpuas hati dengan cara Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara sepanjang 22 bulan di Putrajaya.
“DAP mesti melakukan muhasabah diri ​​untuk mengetahui punca prestasi buruknya,” katanya.
“Jika tidak, sukar untuk parti itu membetulkan kesilapannya.”
Sebahagian daripada masalah DAP semasa PRN Sarawak baru-baru ini ialah peratusan keluar mengundi yang rendah termasuk di Pending dan Padungan yang berjaya dipertahankannya.
Di Pending, peratusan keluar mengundi hanya 48.3% manakala di Padungan pula, hanya 42.7% mengundi di pusat pengundian.
Seorang penjual ikan di Padungan yang memperkenalkan dirinya sebagai Aunty Lim berkata, dia tidak mengundi kerana kecewa dengan prestasi PH sewaktu menguasai Putrajaya.
Dia juga turut memberi alasan sibuk mengusahakan perniagaannya yang menanggung kerugian disebabkan pandemik Covid-19, katanya.
“Tiada jaminan untuk dia menang, kerana itu dia perlu bekerja keras,” katanya mengulas berkenaan calon DAP di Padungan, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.
Chong memenangi kerusi itu dengan 4,686 undi, menewaskan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Wee Hong Seng dengan majoriti 1,198 undi.
Sementara itu, di Pending, Violet Yong menang dengan 5,188 undi, majoriti 540 undi mengatasi Milton Foo dari GPS.
Pada PRN sebelum ini, DAP memenangi kerusi majoriti Cina di Padungan, Pending, Kota Sentosa, Bukit Assek, Pelawan, Tanjong Batu dan Pujut dengan margin selesa.
Bagaimanapun, di Bukit Assek yang merupakan kubu kuat DAP di Sibu, calon GPS Joseph Chieng menang dengan 4,684 undi mengalahkan Irene Chang dari DAP yang hanya menerima 3,810 undi.
Peratusan keluar mengundi juga rendah di Bukit Assek dengan hanya 49.29% mengundi pada 18 Disember lalu.
DAP juga kehilangan Pujut dan Pelawan yang dimenanginya pada PRN 2016.
Dalam pada itu, di Padungan yang dimenanginya, ramai yang memberitahu MalaysiaNow mereka kecewa dengan pembangkang kerana mungkir janji.
Mereka berkata mereka tidak keluar mengundi sebagai satu bentuk protes terhadap “roket”, merujuk kepada logo DAP.
“Saya tidak nampak perubahan di sini selepas lima tahun,” kata salah seorang daripada mereka, Thian Ah Jan.
“Saya sangat kecewa. Jika anda lihat di Batu Kawah, ia jauh lebih maju di sana. Kami berada di tengah-tengah pusat bandar tetapi tidak ada begitu banyak kemajuan.”
Peratusan keluar mengundi yang lebih rendah juga dikaitkan dengan kebimbangan terhadap Covid-19 dan pengundi luar kawasan yang tidak pulang pada PRN kali ini.
Chin berkata sokongan pengundi terhadap PH merosot sejak sebelum PRN Melaka yang diadakan bulan lalu.
Beliau juga turut bercakap mengenai semangat kedaerahan yang kuat dalam kalangan pengundi yang menyebabkan timbul keengganan untuk mengundi parti-parti dari semenanjung.
Beliau berkata kemunculan kumpulan pembangkang tempatan seperti Parti Sarawak Bersatu dan Parti Bumi Kenyalang juga turut menyebabkan perpecahan undi pada PRN kali ini.
“Selain rasa tidak senang orang Cina terhadap DAP, sentimen anti-Malaya di Sarawak juga agak tinggi,” katanya sambil memetik slogan “Sarawak first”.
“DAP dan PKR tidak diterima secara meluas di Sarawak kerana nasionalisme Sarawak yang kuat.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/12/kenapa-dap-turut-kalah-di-prn-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rosmah Tak Tanding Prn Sarawak Dap Naikkan Poster Kempen Guna Gambarnya

Rosmah Tak Tanding Prn Sarawak Dap Naikkan Poster Kempen Guna Gambarnya

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 241 hits
AGENDA DAILY Poster provokasi yang dinaikkan DAP Sarawak dibawa turun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya terpaksa membawa turun poster gambar poster Datin Seri Rosmah Mansor yang dinaikkan jentera DAP sebagai bahan kemp...
Agensi Kerajaan Negeri Turut Berkempen Dalam Prn Sarawak

Agensi Kerajaan Negeri Turut Berkempen Dalam Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 214 hits
Kempen pilihan raya menurut undang undang pilihan raya hanya dibenarkan kepada parti parti politik yang bertanding Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kunjungan beliau ke DUN Telang Usan...
Dua Kali Kalah Prn Anwar Masih Pujuk Dap Dan Amanah Sokongnya Sebagai Calon Pm

Dua Kali Kalah Prn Anwar Masih Pujuk Dap Dan Amanah Sokongnya Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 256 hits
Walaupun dua kali tewas dengan memalukan dalam dua Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Sarawak Datuk Seri Anwar Ibrahim masih cuba melobi rakan parti blok pembangkang Pakatan Harapan supaya mencalonkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri ga...
Prn Sarawak Mampukah Gps Kembali Berkuasa Peroleh Majoriti Besar

Prn Sarawak Mampukah Gps Kembali Berkuasa Peroleh Majoriti Besar

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh RAMALAN bahawa Gabungan Parti Sarawak kembali berkuasa selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri ke 12 Sarawak menimbulkan persoalan utama sama ada ia mampu memperoleh majoriti besar untuk tampil sebagai gabungan politik perta...
Tiga Kerusi Penentu Peluang Keadilan Di Prn Sarawak

Tiga Kerusi Penentu Peluang Keadilan Di Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 181 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan tiga daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri ditandingi sebagai penanda aras pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Katanya tiga kerusi itu adalah Telang Usan Mulu dan Lam...
Mampukah Keadilan Lakukan Kejutan Dalam Prn Sarawak

Mampukah Keadilan Lakukan Kejutan Dalam Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh Redzuan Shamsudin ULASAN Dibayangi prestasi Pilihan Raya Negeri Melaka KEADILAN Sarawak perlu memberikan sesuatu yang lebih positif dalam PRN kali ini Mungkin mempertahankan rekod menang 3 DUN dianggap terbaik dalam cabaran sengit Gabu...
Prn Sarawak Keharmonian Tulen Masyarakat Kunci Kestabilan

Prn Sarawak Keharmonian Tulen Masyarakat Kunci Kestabilan

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 207 hits
Perbezaan ideologi politik tidak pernah menggugat keutuhan perpaduan antara rakyat Sarawak yang pelbagai entik dan latar belakang Kata calon GPS DUN N 36 Layar Datuk Gerald Rentap Jabu keharmonian yang dibudayakan di negeri itu menjadi kunc...
Iktibar Dari Prn Sarawak Buat Parti Parti Di Semenanjung

Iktibar Dari Prn Sarawak Buat Parti Parti Di Semenanjung

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 224 hits
Iktibar dari PRN Sarawak buat parti parti di SemenanjungOleh MOHD SAYUTI OMAR December 19 2021Seperti mana dijangka dari awal parti GPS memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak sekaligus memberi gambaran parti parti luar tidak ada simpati oleh...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep