Dua Kali Kalah Prn Anwar Masih Pujuk Dap Dan Amanah Sokongnya Sebagai Calon Pm



(Agenda Daily) – Walaupun dua kali tewas dengan memalukan dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Sarawak, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih cuba melobi rakan parti blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) supaya mencalonkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri (PM) gabungan itu.
Anwar masih cuba hidup dalam fantasi dengan berangan dirinya masih relevan untuk menjadi PM dan cuba membuktikan dirinya masih relevan bagi DAP serta Amanah mengekalkannya sebagai calon PM kepada PH.
Dua PRN sudah berlalu, parti PKR yang dipimpinnya gagal memenangi satu kerusi pun, bahkan rakan sekutunya juga tewas teruk apabila gagal mengekalkan kerusi yang ditandingi sebelum ini.
Bagaimanapun, Anwar masih berterusan cuba menyakinkan dirinya perlu dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang dan satu-satunya calon PM bagi PH dan tidak boleh ada calon lain.
Namun, pengumuman Warisan untuk masuk dalam politik nasional dengan melebarkan sayapnya ke Semenanjung memberi tamparan dan cabaran terhadapnya.
Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal secara rasmi mengesahkan partinya yang diasaskan di Sabah akan menjadi sebuah parti nasional dan akan masuk bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) nanti.
Pengumuman Shafie itu secara tidak langsung memberi isyarat jelas Anwar akan dicabar sebagai calon PM, malah blok pembangkang kini mempunyai alternatif calon lain selain Presiden PKR itu.
Anwar sebelum ini selesa kerana tidak mempunyai pencabar dikalangan pemimpin blok pembangkang yang akan mencabarnya bagi jawatan nombor satu tersebut, namun beliau kini sudah ada pencabar terdekat iaitu Shafie.
Difahamkan Anwar mula kepanasan selepas pengumuman Shafie tersebut dan sedang berusaha untuk memujuk DAP serta Amanah agar mengekalkannya sebagai satu-satunya calon PM mereka.
Tetapi, sumber memberitahu DAP sudah dingin dengan Anwar dan mula tidak selesa dengan percaturan politik yang dilihat banyak merugikan mereka.
Spekulasi wujud gerakan dikalangan pemimpin DAP yang mahu menyingkirkan Anwar bukan lagi cerita dongeng tetapi ia sah wujud dan sedang dirancang dengan rapi.
Bagaimanapun Anwar dapat menghidu gerakan tersebut selepas menerima maklumat dalaman beberapa wakil DAP dalam parti yang setia kepadanya.
Individu pertama yang mengesahkan wujud gerakan untuk menurunkan Anwar daripada mengetuai PH adalah bekas pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Cheng Hau mendakwa terdapat beberapa mesyuarat dalam talian, Zoom diadakan dalam kalangan MP, bekas menteri dan akar umbi DAP sebenarnya cuba memujuk supaya tidak menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri (PM) bagi PH, sebaliknya memilih Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pendedahan itu juga disahkan kemudiaannya Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razak yang mengakui terdapat beberapa pemimpin DAP yang cenderung menyokong Dr Mahathir sebagai calon PM dan membuat kritikan terbuka kepada Presiden PKR itu.
“Kita tak terkejut dengan pendedahan ini sebab bagi kita sikap beberapa kepimpinan DAP terhadap Dr Mahathir dan kecenderungan mereka menyokong bukan lagi perkara yang tersembunyi, ia dapat dilihat dengan jelas.
“Beberapa pemimpin DAP cenderung memihak dan lebih bersimpati kepada Dr Mahathir dan sikap kritikal beberapa pemimpin DAP terhadap Anwar juga bukan perkara yang boleh disorok lagi, ia memang berlaku,” katanya dipetik dalam satu laporan media sebuah portal.
Keputusan yang memalukan dalam PRN Sarawak juga semakin meresahkan DAP, difahamkan pemimpin atasan sedang mencari jalan untuk memberitahu Anwar supaya berundur secara terhormat atau ditendang keluar.
“Kekalahan PRN Sarawak selepas kekalahan memalukan di Melaka sangat membimbangkan… Gambaran semakin jelas apa yang akan berlaku selepas ini sekiranya Anwar kekal mengetuai PH.
“DAP sudah tidak boleh tahan dengan Anwar yang disifatkan sebagai liabiliti dan sedang mencari jalan segera untuk membuang Anwar,” kata sumber parti.
Menyedari perkara tersebut, Anwar kini cuba mencari jalan dengan menggunakan pemimpin atasan DAP yang setia kepadanya dengan memujuk mereka supaya mengekalkannya sebagai calon PM bagi PH.
Namun, beliau perlu memberikan alasan dan hujah yang munasabah untuk menunjukkan dirinya masih relevan kepada gabungan itu kerana sudah jelas rakyat kini tidak lagi menyokongnya.
“Anwar sudah tidak lagi popular dan rakyat sudah tidak mempercayainya lagi… Sokongan dan pengaruhnya sudah terhakis, rakyat tidak melihatnya sebagai ikon kepada perjuangan untuk membela nasib rakyat,” kata sumber lagi.
Namun, DAP boleh memilih untuk kekal bersama dengan Anwar dan berdepan risiko bakal kehilangan lebih banyak kerusi dalam PRU-15 nanti kerana sanggup melayani strategi bodoh Anwar yang berterusan dan tidak serik berunding dengan Presiden UMNO Datuk Seri AHmad Zahid Hamidi.
Paling tidak boleh dilupakan orang ramai adalah bagaimana Anwar boleh mengeluarkan kenyataan mempertahankan pemimpin UMNO yang lompat parti dengan memberi label ‘katak berprinsip’ sehingga mengakibatkan rakyat hilang kepercayaan kepada blok pembangkang, PH.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/12/20/dua-kali-kalah-prn-anwar-masih-pujuk-dap-dan-amanah-sokongnya-sebagai-calon-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Pilih Calon Yang Setia Kali Ini Anwar

Pkr Pilih Calon Yang Setia Kali Ini Anwar

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 217 hits
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kegagalan parti memilih calon yang baik dalam pilihan raya lalu sehingga mereka melompat setelah menang Namun katanya kali ini hal itu tidak akan berlaku kerana calon dipilih adalah dalam ...
Kenapa Dap Turut Kalah Di Prn Sarawak

Kenapa Dap Turut Kalah Di Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 247 hits
Seorang pemerhati politik Sarawak berkata DAP perlu melakukan muhasabah diri berikutan prestasi buruknya dalam pilihan raya negeri baru baru ini mengingatkan sokongan pengundi tradisi masyarakat Cina terhadap parti itu semakin merosot Walau...
Senarai Penuh Calon Ph Bertanding Prn Sarawak

Senarai Penuh Calon Ph Bertanding Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 289 hits
MALAYSIA DATELINESenarai penuh calon Pakatan Harapan bertanding dalam PRN Sarawak8 calon AMANAH1 N42 Semop Fadillah Sabali2 N40 Kabong Hud Andri3 N07 Samariang Abg Halil Abg Naili4 N05 Demak Laut Jen Peli5 N44 Jemoreng Ustazah Zainab6 N16 M...
Mb Aminuddin Jangka Pengundi Sarawak Berubah Prn Kali Ini

Mb Aminuddin Jangka Pengundi Sarawak Berubah Prn Kali Ini

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 214 hits
Pihan Raya Negeri Sarawak kali ini dijangka akan mencatat sejarah kebangkitan rakyat untuk berubah selepas 58 tahun diperintah oleh GPS tanpa pembangunan yang nyata Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tanda tand...
Uranus Pernah Dilanggar Objek Dua Kali Ganda Saiz Bumi

Uranus Pernah Dilanggar Objek Dua Kali Ganda Saiz Bumi

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 199 hits
Oleh KOSMO Uranus berputar pada bahagian sisi dengan paksinya menghala hampir pada sudut tepat kepada kesemua planet lain dalam sistem suria Getty Images Science Photo Library RFLONDON Sekumpulan saintis membuat penemuan baharu bahawa Plane...
Dap Dan Amanah Ekstremis Pas Dan Umno Parti Apa Pula

Dap Dan Amanah Ekstremis Pas Dan Umno Parti Apa Pula

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 200 hits
Akhirnya kesemua pihak dalam PH termasuk wira wira kaum ini tersungkur dalam bingkai perkauman yang direka oleh UMNO dan PAS ujarnya Beliau berkata jika semua pihak bersatu di bawah naratif jalan tengah Malaysia PAKATAN HARAPAN mampu menjad...
Dap Crushed Pkr Amanah Wiped Out In Sarawak Election

Dap Crushed Pkr Amanah Wiped Out In Sarawak Election

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 291 hits
Pakatan Harapan suffered a huge setback in Sarawak after its mainstay DAP was crushed in the state elections while PKR was completely wiped out In the 2016 state election DAP had won seven seats while PKR won three This time around DAP only...
Better For Amanah To Merge With Dap Analysts Say On Pkr Tie Up Proposal

Better For Amanah To Merge With Dap Analysts Say On Pkr Tie Up Proposal

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 196 hits
They say this would allay Malay concerns about the Chinese majority party Analysts say a suggestion that Amanah work with PKR will not succeed in attracting the Malay vote to Pakatan Harapan adding that the PAS splinter will have a bigger i...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah