Prn Sarawak Mampukah Gps Kembali Berkuasa Peroleh Majoriti Besar


Oleh Bernama  RAMALAN bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) kembali berkuasa selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak menimbulkan persoalan utama sama ada ia mampu memperoleh majoriti besar untuk tampil sebagai gabungan politik pertama dari Sarawak yang memerintah Bumi Kenyalang.
Pada 2016, empat parti komponen GPS bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menawan 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertanding. Margin kemenangan turut didorong oleh kejayaan 11 calon langsung, lima daripada mereka telah meninggalkan gabungan politik itu dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB). 
Berbekal sehari sahaja lagi kempen esok, beberapa gelanggang bagi perebutan kerusi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar kini menjadi faktor penentu kepada keputusan akhir antara GPS dengan pencabar utamanya iaitu DAP dan PSB.
GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). Melalui calon langsung, mereka memperoleh 88 peratus undi pada PRN sebelum ini.
Pada 3 Nov lepas, apabila DUN dibubarkan, kerusi dewan telah dirombak susulan perubahan politik. GPS masih memiliki jumlah kerusi terbesar iaitu 68 diikuti PSB (enam), DAP (lima), Bersatu (satu dan Bebas (satu).
GPS bertanding di semua 82 kerusi manakala DAP meletakkan calon di 26 DUN. PSB, yang membuat penampilan sulung pada pilihan raya kali ini, bertanding di 70 kerusi dan diterajui kumpulan calon langsung BN yang memenangi pilihan raya itu pada 2016 serta dua penyandang daripada PKR yang kini menyertai parti itu.
Di kawasan bandar, perebutan undi kaum Cina di Kuching dan Sibu dilihat amat sengit.
Di ibu kota, hab perniagaan Padungan menanti wakil rakyat yang baharu. Ia menyaksikan persaingan sengit antara Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng, yang merupakan calon GPS daripada SUPP.
Terdapat pelbagai pendapat berhubung situasi itu dan Chong dilihat memiliki kelebihan kerana beliau adalah Pengerusi DAP Sarawak.
Parti pembangkang itu bagaimanapun telah dikritik kerana didakwa gagal menunaikan janjinya kepada Sarawak semasa menjadi sebahagian daripada kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan yang umurnya tidak panjang.
“Tiada jaminan bahawa beliau akan menang dan beliau perlu berjuang untuk meraih kejayaan,” kata seorang ahli perniagaan yang mengundi di Kuching.
Kerusi Batu Lintang, yang terletak berhampiran Kuching, pula dilihat boleh bertukar pemilik selepas dua penggal berada di bawah PKR.
Ia dijangka menyaksikan pertarungan sengit antara penyandang dua penggal See Chee How dan pencabarnya Sih Hua Tong daripada GPS.
See terpaksa berdepan pandangan serong pengundi bahawa beliau adalah ‘katak politik’ kerana kini bersama PSB. Sih bagaimanapun telah membuktikan kecekalannya kerana meskipun tewas dua kali di kawasan itu, beliau terus membuka pusat khidmat di situ.
Bawang Assan dan Dudong pula menjadi kerusi panas di Sibu.

Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh, 79, terus berusaha menawan kerusi Bawang Assan buat penggal ketujuh berbekalkan kejayaannya sebelum ini semasa bersama-sama SUPP.
Merupakan individu tertua antara 349 calon yang bertanding, pengalaman yang dimiliki Wong selama bertahun-tahun di kawasan itu serta hubungannya dengan penduduk rumah panjang dilihat mampu memberi kelebihan kepada beliau.
Bagaimanapun, beliau perlu meraih sokongan bumiputera yang cenderung memihak kepada calon kerajaan.
GPS telah meletakkan Robert Lau Hui Yew, yang merupakan Pengerusi SUPP Bawang Assan, sebagai calonnya dalam persaingan lima penjuru di kawasan itu.  
Keputusan di DUN Dudong pula akan diikuti dengan penuh minat. Ia merupakan satu-satunya kawasan yang menyaksikan pertandingan lapan penjuru pada pilihan raya ini dan kerusi DUN itu yang pernah dimenangi SUPP telah diberikan kepada Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang dikenali sebagai pemimpin lantang bersuara.
Terdapat pandangan bahawa beliau sudah terlalu sibuk sebagai Ahli Parlimen Bintulu serta Duta Khas Malaysia ke China dan persoalan yang berlegar ialah sama ada ahli akar umbi SUPP akan menyokongnya.    
“Persaingan di kawasan luar bandar sedikit berbeza. Hubungan kekeluargaan, agama, sentuhan peribadi dan calon amat penting.
“Kebanyakan muka baharu kini berlumba-lumba untuk memperkenal diri mereka dan ia adalah umpama perkenalan sekali lalu kerana untuk ke satu-satu rumah panjang memakan masa lima hingga enam jam,” kata Felo Kanan Majlis Profesor Malaysia Dr Jeniri Amir.
Antara pertembungan paling ditunggu-tunggu di kawasan luar bandar ialah persaingan lima penjuru di Ba’kelalan di mana penyandang Baru Bian bertanding untuk penggal ketiga di bawah parti lain.
Beliau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti undi 538 pada 2016 sebagai Pengerusi PKR Sarawak namun kali ini bertanding atas tiket PSB bagi kerusi yang mempunyai 8,503 pemilih berdaftar.
Pertandingan sebenar di kawasan itu ialah antara calon GPS daripada PDP Sam Laya daripada etnik Lun Bawang dan merupakan peguam seperti Baru. 
DUN Telang Usan, Opar dan Tamin turut berada dalam radar bagi persaingan di kawasan pedalaman.
Telang Usan, yang dimenangi dengan majoriti tipis 167 undi dalam pertandingan dua penjuru pada 2016 mungkin menjadi kawasan agak sukar untuk ditawan oleh GPS.
Gabungan politik itu mengekalkan Dennis Ngau untuk bertanding bagi penggal ketiga dalam persaingan lima penjuru menentang Gia Bala daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Philip Jau Ding daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Jau Jok daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB).— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/prn-sarawak-mampukah-gps-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Tak Bertanding Prn Sarawak Akan Sokong Gps

Bn Tak Bertanding Prn Sarawak Akan Sokong Gps

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 167 hits
BN mengesahkan tidak akan menyertai pilihan raya negeri Sarawak sebaliknya akan menyokong bekas rakan parti komponennya Gabungan Parti Sarawak GPS terdiri daripada PBB PRS PDP dan SUPP yang dahulunya adalah sebahagian daripada BN tetapi mem...
Prn Sarawak Uji Jenama Gps

Prn Sarawak Uji Jenama Gps

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 199 hits
SELEPAS selesai Pilihan Raya Negeri Melaka tumpuan negara bakal beralih kepada PRN Sarawak yang akan membuka gelanggangnya pada Isnin ini bermula dengan penamaan calon manakala hari mengundi pada 18 Disember PRN Sarawak ke 12 akan menyaksik...
Mampukah Keadilan Lakukan Kejutan Dalam Prn Sarawak

Mampukah Keadilan Lakukan Kejutan Dalam Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 156 hits
Oleh Redzuan Shamsudin ULASAN Dibayangi prestasi Pilihan Raya Negeri Melaka KEADILAN Sarawak perlu memberikan sesuatu yang lebih positif dalam PRN kali ini Mungkin mempertahankan rekod menang 3 DUN dianggap terbaik dalam cabaran sengit Gabu...
Prn Sarawak Pilihan Raya Negeri Pertama Gps

Prn Sarawak Pilihan Raya Negeri Pertama Gps

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 339 hits
Fajar Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 menyinsing di Bumi Kenyalang hari ini Tidak seperti sebelumnya PRN Sarawak kali ini banyak kelainannya Ada banyak yang pertama dan ada banyak sejarah baharu yang telah sedang dan bakal tercatat Beriku...
Pkr Mungkin Tanding 25 Kerusi Pada Prn Sarawak Kata Anwar

Pkr Mungkin Tanding 25 Kerusi Pada Prn Sarawak Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 193 hits
December 3 2021 Anwar Ibrahim berkata PKR tidak bertanding banyak kerusi pada PRN Sarawak susulan persefahaman dengan DAP dan Amanah selain beberapa kerusi yang mungkin diberikan kepada calon Parti Sarawak Bersatu PETALING JAYA Presiden PKR...
Terbaik Good Luck Pada Calon2 Pkr Yg Terpilih Prn Sarawak Jumlah Kerusi Tak Penting Yg Penting Kita Lawan Tetap Lawan

Terbaik Good Luck Pada Calon2 Pkr Yg Terpilih Prn Sarawak Jumlah Kerusi Tak Penting Yg Penting Kita Lawan Tetap Lawan

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 216 hits
Terbaik Good luck pada Calon2 PKR yg terpilih PRN Sarawak Jumlah kerusi tak penting yg penting KITA LAWAN TETAP LAWAN Tahniah kepada 27 calon Keadilan Sarawak Selamat berjuang pada PRN kali ni N01 Opar Meneng Anak Biris N06 Tupong Ahmad Naz...
Perpecahan Pembangkang Tambah Rencah Dalam Prn Sarawak

Perpecahan Pembangkang Tambah Rencah Dalam Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 194 hits
December 6 2021 Seorang penganalisis berkata Gabungan Parti Sarawak yang menikmati sokongan padu di kerusi pedalaman sebelum ini dijangka memenangi pilihan raya negeri Sarawak KUCHING Pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini dan walaupu...
Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


There Is An Awakening

2 Aidilfitri 2024

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Life Begin At 40

Perubahan Bila Masuk 40an

Adapting To Consumer Behavior