Mampukah Keadilan Lakukan Kejutan Dalam Prn Sarawak


 



Oleh: Redzuan Shamsudin






ULASAN: Dibayangi prestasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, KEADILAN Sarawak perlu memberikan sesuatu yang lebih positif dalam PRN kali ini.






Mungkin mempertahankan rekod menang 3 DUN dianggap terbaik dalam cabaran sengit Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang begitu besar dananya dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang juga tidak kurang dana serta penajanya. Bagaimanapun, KEADILAN sebagai parti yang telah bertapak di Sarawak sejak tahun 2000 tidak mungkin mahu diukur prestasi dengan hanya 3 kerusi DUN.






Parti yang telah melalui cabaran dua dekad dan dikenali oleh majoriti pengundi Sarawak seharusnya menunjukkan prestasi yang lebih menggalakkan.






Wajar menang 5 kerusi






KEADILAN wajar menang sekurang kurangnya 5 kerusi berdasarkan usia parti. Tidak mengulangi prestasi PRN 2016. Dengan bertanding hanya 28 kerusi dan sumber boleh ditumpukan ke kawasan kawasan berpotensi maka seharusnya keputusan PRN kali ini adalah yang terbaik buat KEADILAN.






Namun adakah pengundi tempatan akan menyokong calon KEADILAN? Berdasarkan mood kelihatan KEADILAN boleh mendapat banyak undi di kerusi kerusi sekitar Kuching dan Miri. Di kedua dua bandar besar ini penyokong KEADILAN agak banyak. Biar pun kesukaran berkempen di kekang Prosedur Operasi Piawai (SOP) namun pengundi masih boleh mendapatkan mesej kempen melalui internet.






Golongan berpendidikan yang telah bosan dengan corak pentadbiran GPS selama 58 tahun mungkin akan melakukan perubahan, terutama isu akses internet yang tidak stabil, banjir kilat serta kemudahan asas yang gagal diperbaiki oleh parti pemerintah.






Tidak boleh diperkecilkan arus bantahan pengundi muda dan berpendidikan yang berpendapat 'sekiranya menyokong pembangkang atau kerajaan, kemajuan tetap sama'. Pendapat seperti itu boleh didengar di kawasan kawasan sub bandar. Kebanyakan generasi terdahulu telah mengundi GPS terlalu lama dan tidak mendapat pembangunan yang selayaknya. Maka bagi generasi muda seharusnya GPS 'diajar' dengan mengundi pembangkang.



Cuma ke arah mana amarah tersebut akan diterjemahkan menjadi undi, tidak dikenalpasti. Kemungkinan juga undi akan pergi kepada parti baharu PSB yang dipimpin banyak tokoh politik berpengalaman Sarawak.




Manifesto terbaik






Dari segi manifesto KEADILAN menawarkan tawaran yang logik dan lumayan. Berbekalkan jumlah RM31 bilion rizab tunai Sarawak, mungkin manifesto KEADILAN boleh meransang golongan Atas Pagar yang berpendidikan untuk mencuba kerajaan baharu dan mengharapkan janji bantuan tunai atau pembangunan tersebut akan berhasil.






Bagi kawasan pendalaman pula, KEADILAN menjanjikan pemberian tanah tanah lot dan skim pembangunan tanah Selda. Tawaran Selda menarik bagi anak muda yang telah berkeluarga tetapi tidak memiliki tanah untuk diusahakan. Cuma terdapat sedikit faktor ketidakpastian kerana skim sama tidak ditawarkan dalam manifesto DAP dan Amanah yang sepatutnya diikutsertakan, bagi memberi keyakinan sekiranya parti parti dalam Pakatan Harapan menang maka Selda boleh direalisasikan.






Terlepas daripada tawaran tawaran manifesto, suasana PRN di Sarawak mungkin tidak begitu menyebelahi KEADILAN di kawasan bukan bandar dan sub bandar. Cuma dalam beberapa hari terakhir, kelihatan protes dari golongan di atas 40an kepada GPS dengan pengakuan tidak akan keluar mengundi kerana kecewa dengan ahli ahli politik gabungan itu.






Persaingan KEADILAN, PSB






Protes seperti ini di sesetengah kawasan akan membuka persaingan di antara KEADILAN dan PSB. Sekiranya di kawasan berkenaan mempunyai banyak penyokong KEADILAN tetapi tidak cukup untuk mengalahkan GPS maka dengan boikot penyokong GPS, KEADILAN berpotensi menang.



Hal ini tidak mustahil berpandukan kebangkitan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu apabila KEADILAN mampu menang di beberapa kerusi Parlimen yang dianggap mustahil untuk dimenangi, biar pun kemudian calon calon tersebut melompat menyertai Bersatu.

Sekiranya gelombang PRU 14 boleh diulangi dalam PRN kali ini maka tidak mustahil KEADILAN akan mendapat lebih daripada 3 kerusi DUN. Dengan prestasi itu KEADILAN boleh membuat kejutan sekali lagi dalam PRU ke 15.




________________________________________________________________________________






Artikel ini disediakan berdasarkan pemerhatian pasukan Suara Keadilan yang membuat liputan di PRN sarawak





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/mampukah-keadilan-lakukan-kejutan-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadilan Letak 28 Calon Prn Sarawak

Keadilan Letak 28 Calon Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 277 hits
KEADILAN menurunkan sebanyak 28 orang calon pada Pilihan Raya Negeri Sarawak dalam proses penamaan calon hari ini Kesemua 28 calon KEADILAN diterima pencalonan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya tanpa seorang pun bermasalah Sementara itu Ketua P...
Tiga Kerusi Penentu Peluang Keadilan Di Prn Sarawak

Tiga Kerusi Penentu Peluang Keadilan Di Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 182 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan tiga daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri ditandingi sebagai penanda aras pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Katanya tiga kerusi itu adalah Telang Usan Mulu dan Lam...
Wanita Keadilan Hantar 6 Nama Calon Prn Sarawak

Wanita Keadilan Hantar 6 Nama Calon Prn Sarawak

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 286 hits
Wanita KEADILAN menghantar 6 nama calon untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak Ketua Wanita KEADILAN Selangor Rodzial Ismail berkata 6 nama itu adalah berdasarkan kuota wanita daripada kira kira 30 kerusi DUN yang akan dipertandingkan KEADILAN k...
Prn Sarawak Mampukah Gps Kembali Berkuasa Peroleh Majoriti Besar

Prn Sarawak Mampukah Gps Kembali Berkuasa Peroleh Majoriti Besar

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 184 hits
Oleh RAMALAN bahawa Gabungan Parti Sarawak kembali berkuasa selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri ke 12 Sarawak menimbulkan persoalan utama sama ada ia mampu memperoleh majoriti besar untuk tampil sebagai gabungan politik perta...
Rosmah Tak Tanding Prn Sarawak Dap Naikkan Poster Kempen Guna Gambarnya

Rosmah Tak Tanding Prn Sarawak Dap Naikkan Poster Kempen Guna Gambarnya

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 241 hits
AGENDA DAILY Poster provokasi yang dinaikkan DAP Sarawak dibawa turun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya terpaksa membawa turun poster gambar poster Datin Seri Rosmah Mansor yang dinaikkan jentera DAP sebagai bahan kemp...
Analisis Prn Sarawak Padang Tak Sama Rata Untung Siapa

Analisis Prn Sarawak Padang Tak Sama Rata Untung Siapa

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 208 hits
JIKA anda sekarang di bandar raya Kuching atau Sibu Bintulu dan Miri okey sahaja capaian internetnya Tetapi keluar sahaja dari bandar bandar itu menghala ke pinggir bandar apa lagi pedalaman ke laut lah liputannya Tenggelam timbul Kawasan k...
Prn Sarawak 23 043 Mengundi Awal Hari Ini

Prn Sarawak 23 043 Mengundi Awal Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 277 hits
Hari ini bakal berlangsung proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ia bakal melibatkan 23 ribu 043 pengundi SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawan...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto

Oil Tanks And Hidden Risks Why Waiting To Remove Them Isn T Worth It

25 Lelaki Dan Seorang Wanita Warganegara Indonesia Ditahan Terlibat Judi Sabung Ayam

Lelaki Tendang Anak Kucing Hingga Mati