Keluarga Adib Bidas Kenyataan Igp Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kematian


Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk membentuk pasukan petugas baru untuk memeriksa kembali semua aspek kematian anggota bomba berkenaan.
“Perlu ditekankan di sini bahawa Mahkamah Koroner telah pun memberikan dapatannya tentang punca dan sebab kematian arwah Adib.
“Memandangkan keputusan tersebut tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak melalui proses rayuan atau semakan yang sah, maka ia adalah kewajipan pihak polis untuk menjuruskan siasatan bagi mencari siapakah dia “dua atau lebih orang” yang menyebabkan kematian arwah Adib, dan bukannya mempersoalkan semula punca kematiannya lagi sama ada dibunuh atau tidak, sebab hal tersebut telah pun selesai diputuskan mahkamah.
“Justeru itu, kami dengan tegas menolak sebarang keperluan untuk siasatan semula punca kematian kononnya melalui satu “pasukan kajian semula’,” kata keluarga Adib dalam satu kenyataan melalui peguam mereka hari ini.
Abdul Hamid sebelum ini mencadangkan penubuhan pasukan petugas untuk menyiasat semula semua aspek kematian Adib dan mengatakan bahawa pasukan petugas itu akan memusatkan perhatian kepada para saksi.
Abdul Hamid berkata polis akan mencadangkan untuk membentuk pasukan petugas ini kepada Kementerian Dalam Negeri kerana terdapat pendapat yang bertentangan dari dua ahli patologi yang telah melakukan bedah siasat ke atas Adib.
Polis juga telah memanggil 31 saksi dari inkues dan sebanyak 52 saksi baru telah memberikan keterangan mereka, kata Hamid.
Ketua polis negara itu berkata setakat ini, tidak ada seorang pun saksi yang dapat memberitahu polis bahawa mereka melihat Adib dipukul semasa rusuhan itu.
Namun, keluarga Adib menafikan bahawa polis telah memanggil semula semua 31 saksi dari inkues tersebut kerana ayah Adib tidak pernah dipanggil oleh polis untuk mendapatkan keterangannya, selain daripada beberapa saksi utama yang lain.
“Ini menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan siasatan dan sebaliknya memberikan alasan kononnya telah menemui jalan buntu, berbohong kononnya telah ‘exhausted all means’, tanpa mengerahkan usaha yang sebenar-benar untuk mendapatkan keadilan untuk Adib,” kata kenyataan itu.
Keluarga Adib juga mengatakan bahawa tidak adil bagi IGP untuk mengatakan bahawa tidak ada saksi yang dapat mengesahkan Adib dibunuh, atau mengatakan Adib tidak diserang hanya kerana tiadanya sebarang kesan kecederaan mempertahankan diri pada tubuh badannya.
Jelas keluarga Adin, perkara itu telah dijelaskan dalam inkues tahun lalu.
“Dakwaan-dakwaan ini sudah pun dijawab dengan jelas di dalam inkues dan tindakan KPN menimbulkan semula perkara ini menunjukkan PDRM tidak meneliti dan tidak faham kronologi kejadian kes ini, berdasarkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang ada,” kata mereka.
Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Disember 2018, setelah mengalami kecederaan ketika bertugas di lokasi rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya kira-kira sebulan sebelumnya.
Pada 27 September tahun lalu, koroner Rofiah Mohamad dalam memberi keputusan telah mengaitkan kematian Adib dengan tindakan jenayah yang dilakukan oleh dua atau tiga penyerang yang tidak dikenali.
Mahkamah juga telah menerima teori bekas ketua forensik Hospital UKM Dr Shahrom Abdul Wahid bahawa Adib mengalami kecederaan parah ketika dia tersepit di antara pintu kenderaan bomba.
Ia menyimpulkan bahawa pintu kenderaan telah beberapa kali menghempap Adib dengan penyerang menendang pintu berulang kali.
Rofiah juga mengatakan bahawa berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh saksi, termasuk N Suresh, mahkamah telah menetapkan bahawa sekitar 20 hingga 30 orang telah menyerang mangsa.
Susulan keputusan Mahkamah Koroner, yang diadakan bagi menentukan penyebab kematian Adib, polis telah membuka kembali penyiasatannya terhadap insiden tersebut sebagai siasatan kes bunuh.
The post Keluarga Adib bidas kenyataan IGP, bantah cadangan kaji semula sebab kematian appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/12/keluarga-adib-bidas-kenyataan-igp-bantah-cadangan-kaji-semula-sebab-kematian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 709 Barisan Peguam Bidas Percanggahan Kenyataan Kpn Terhadap Kes Kematian Adib

Rentasan 709 Barisan Peguam Bidas Percanggahan Kenyataan Kpn Terhadap Kes Kematian Adib

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 294 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7091 PEMIMPIN KAYA RAKYAT MISKIN KATA ANWAR 2 PERLUKAH BATAS KEBEBASAN MEDIA 3 ADIB MANGSA POLITIK BIGOTRY 4 BUY MUSLIM FIRST ITU RETORIK POLITIK
Polis Masih Siasat Kes Kematian Adib Saksi Akan Dipanggil Semula

Polis Masih Siasat Kes Kematian Adib Saksi Akan Dipanggil Semula

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 398 hits
Abdul Hamid Bador memberi jaminan kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim akan disiasat dari semua sudut dan tidak akan menyembunyikan sebarang fakta berkaitan KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata siasatan berhubung kes ...
Keluarga Adib Tidak Setuju Polis Siasat Kembali Kematian

Keluarga Adib Tidak Setuju Polis Siasat Kembali Kematian

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 247 hits
Perubahan politik dari kerajaan PH kepada kerajaan pro Melayu Perikatan Nasional tidak memudahkan urusan mengenal pasti pembunuh anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang mati dalam rusuhan di sebuah kuil di Selangor pada 201...
Naratif Dakwa Adib Tak Dibunuh Salah Tidak Adil Pada Keluarga

Naratif Dakwa Adib Tak Dibunuh Salah Tidak Adil Pada Keluarga

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 206 hits
Harap polis terus usaha tangkap pembunuh walaupun sukar BANGI Usaha menuntut keadilan di atas kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mesti diteruskan meskipun menemui jalan sukar serta memakan tempoh masa yang lama Jus...
Pemimpin Umno Bantah Cadangan Pengerusi Spr Datuk Azhar Sebagai Speaker Parlimen Baharu

Pemimpin Umno Bantah Cadangan Pengerusi Spr Datuk Azhar Sebagai Speaker Parlimen Baharu

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR Seorang pemimpin Barisan Nasional memohon penjelasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mencadangkan pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat b...
Kes Adib Keputusan Inkues Tak Mengikat Siasatan Polis Kata Igp

Kes Adib Keputusan Inkues Tak Mengikat Siasatan Polis Kata Igp

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 306 hits
MALAYSIAKINIPasukan Kajian Semula berhubung kematian Muhammad Adib Mohd Kassim bukan bermakna tidak menghormati keputusan Mahkamah Koroner dalam inkues menyiasat punca kematian anggota bomba itu kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Abd...
Cadangan Penebusan Ganti Cuti Rehat Dengan Wang Tunai Dikaji Semula

Cadangan Penebusan Ganti Cuti Rehat Dengan Wang Tunai Dikaji Semula

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 439 hits
APAKAH GANTIAN CUTI REHAT Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan BILA BERKUATKUASA Award Gantian Cuti Rehat t...
Keluarga Arwah Adib Dukacita Dengan Pdrm

Keluarga Arwah Adib Dukacita Dengan Pdrm

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 220 hits
HARAKAH DAILY KELUARGA arwah Adib meletakkan harapan yang sangat tinggi agar Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan dengan bersungguh sungguh dan telus bagi mencari dan menangkap pembunuh arwah Adib sesuai dengan dapatan terperinci Mahk...
Selangor Laksana Semula Sumbangan Khairat Kematian Bermula Tahun Depan Mb

Selangor Laksana Semula Sumbangan Khairat Kematian Bermula Tahun Depan Mb

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 242 hits
Shah Alam Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan semula pemberian sumbangan wang khairat kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas tahun depan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan diumumkan oleh beliau ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids