Pemimpin Umno Bantah Cadangan Pengerusi Spr Datuk Azhar Sebagai Speaker Parlimen Baharu




KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) memohon penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mencadangkan pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata, pihaknya baru mendapat maklum mengenai perkara itu dan sekiranya ia benar, cadangan itu disifatkan janggal kerana Azhar Azizan adalah lantikan bekas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad selain dikenali penyokong tegar pakatan itu.

Menurutnya, faktor berkemungkinan besar cadangan itu dibuat kerana Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional mungkin ingin mendapatkan sebahagian undian daripada blok pembangkang apabila dibuat di Parlimen bagi melantik Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya apabila Parlimen bersidang pada 13 Julai hadapan.

"Jika ini benar, ia adalah sesuatu cadangan yang agak janggal kerana Azhar (Azizan) Harun adalah lantikan Dr Mahathir dan PH dahulu dan sememangnya penyokong tegar PH.

"Dengan segala hormat, tanpa prejudis dan dengan hati yang terbuka dan ikhlas saya ingin bertanya: Adakah YAB Perdana Menteri (Muhyiddin) tidak yakin yang kerajaannya akan mendapat cukup undi di Parlimen sehingga perlu melantik Speaker yang berkecondongan pembangkang (PH)?

"Mohon YAB Tan Sri (Muhyiddin) memberi pencerahan dengan ikhlas dan hati yang terbuka juga," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Sementara, laporan media tempatan mendakwa terdapat beberapa individu bukan ahli Parlimen dikaitkan dengan cadangan menggantikan tempat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohammad Ariff Yusof menjelang berlangsungnya kembali sidang Parlimen bulan hadapan.

Selain Azhar Azizan yang disebut-sebut pilihan utama, nama bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia turut dikaitkan dengan jawatan penting Dewan Rakyat itu bersama seorang lagi bekas peguam.

Menurut laporan akhbar The Star, sumber terdekat mendedahkan pemilihan pemimpin bukan ahli Parlimen diutamakan kerajaan Perikatan Nasional bagi dilantik Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana kerajaan baharu itu memerlukan penglibatan setiap ahli Parlimen menyokongnya di kerusi persidangan.

Penglibatan setiap daripada mereka penting bagi memastikan usul undi tidak percaya kepimpinan Muhyiddin dikemukakan Pakatan Harapan tidak berhasil.

"Muhyiddin amat memerlukan penglibatan semua ahli Parlimen di kerusi Parlimen masing-masing sewaktu persidangan berlangsung.

"Justeru, Speaker (Yang Dipertua) Parlimen perlu dilantik dalam kalangan bukan ahli Parlimen," kata sumber kepada The Star.

Isu pelantikan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat sehingga kini dianggap sangat sulit dengan Muhyiddin dikatakan boleh membuat keputusan mengejut pada saat akhir.

Terdahulu, persidangan Parlimen bermula 13 Julai hadapan dikatakan bakal menyaksikan usaha kerajaan Perikatan Nasional 'menukarkan' Mohamad Ariff dari Parti Amanah Negara (Amanah) dan Timbalannya, Nga Kor Ming dari DAP yang dilantik pada waktu pentadbiran kerajaan PH.

Bagaimana pun, seorang lagi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang menyokong Perikatan Nasional pula akan dikekalkan.

Difahamkan, terdapat dua usul dikemukakan Muhyiddin selaku Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada petang Jumaat lalu bagi 'menyingkirkan' kedua-dua pemimpin itu.

Berdasarkan maklumat dari sumber terdekat kerajaan, usul itu dikemukakan Muhyiddin sangat lewat dan hanya 10 minit sebelum tempoh tamat penghantaran usul iaitu jam 5 petang.

Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang bakal dikosongkan, terdapat spekulasi mendakwa bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Seri Azalina Othman Said antara nama disebut-sebut untuk menggantikan Kor Ming.

Namun begitu, spekulasi itu disifatkan Azalina sebagai tidak matang kerana usul menggantikan dan memilih Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu perlu dikemukakan di Parlimen terlebih dahulu.

Sinar Harian melaporkan kenyataan Pakar Undang-Undang, Profesor Datuk Salleh Buang yang menegaskan usul pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya tidak melanggar doktrin pemisahan kuasa, sebaliknya sah mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, usul tersebut sememangnya boleh dilakukan oleh Muhyiddin selaku Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (Badan Legislatif) di bawah Perkara 57 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Pakar Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, usul bagi pertukaran Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pula boleh dilakukan Muhyiddin mengikut Perkara 57 (2A) Perlembagaan Persekutuan dengan bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian.

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/pemimpin-umno-bantah-cadangan-pengerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azhar Sudah Lepas Jawatan Pengerusi Spr

Azhar Sudah Lepas Jawatan Pengerusi Spr

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 343 hits
Azhar Azizan Harun CHINI Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun dipercayai tidak akan hadir semasa pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Chini pada hari Ahad ini Malah sumber sumber S...
Pemimpin Umno Sifatkan Bersatu Sebagai Bankrap Politik

Pemimpin Umno Sifatkan Bersatu Sebagai Bankrap Politik

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 644 hits
KERELAAN Parti BERSATU berunding dengan rakan lamanya dalam Pakatan Harapan iaitu PKR menggambarkan begitu terdesaknya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencari jalan melepasi ujian getir sidang Parlimen Julai depan seterusnya ...
Kontroversi Speaker Parlimen Baharu

Kontroversi Speaker Parlimen Baharu

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 454 hits
TANGGAL 13 Julai hadapan merupakan tarikh penentuan masa hadapan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga kerajaan pimpinannya Perikatan Nasional Selepas lebih tiga bulan mentadbir kerajaan yang diambil alih Perikatan Nasion...
Ahli Parlimen Pembangkang Bantah Tukar Speaker Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Pembangkang Bantah Tukar Speaker Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 366 hits
Oleh Rohaniza IdrisWakil pembangkang mahu Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dikekalkan NSTP MOHD YUSNI ARIFFINKUALA LUMPUR Sekumpulan ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan penukaran Yang Dipertua Dewa...
Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai Pm

Pemimpin Umno Kurang Selesa Calonkan Semula Muhyiddin Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 447 hits
Seorang pemimpin Umno dari utara meminta agar pertikaian kewajaran Muhyiddin Yassin terus disokong sebagai perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang tidak dipanjangkan Timbalan Pengerusi Umno Perlis Zahidi Zainul Abidin berkata ...
Kamarudin Ganti Husam Sebagai Pengerusi Baru Kada

Kamarudin Ganti Husam Sebagai Pengerusi Baru Kada

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 409 hits
Pelantikan Kamarudin dibuat atas perkenan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah
Megat Najmuddin Dilantik Pengerusi Baharu Sime Darby Plantation

Megat Najmuddin Dilantik Pengerusi Baharu Sime Darby Plantation

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 290 hits
Megat Najmuddin dilantik pengerusi baharu Sime Darby Plantation nbsp Dikemas kini 5 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Jun
Benarkah Pengerusi Spr Letak Jawatan

Benarkah Pengerusi Spr Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 265 hits
Oleh Syed Ibrahim Syed Noh Di tengah tengah suasana kempen Pilihan Raya Kecil DUN Chini timbul khabar angin bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Azhar Azizan Harun telah meletakkan jawatan Sehingga kenyataan saya ini keluar ia te...
Hamas Minta Sokongan Umno Bantah Aneksasi Ke Atas Palestin

Hamas Minta Sokongan Umno Bantah Aneksasi Ke Atas Palestin

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 295 hits
Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh menyampaikan sepucuk surat kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan sokongan antarabangsa dalam usaha membantah rancangan aneksasi Israel untuk merampas dan mengambil hak milik tanah...
Mukhriz Hauls Anwar Irb To Court Over Rm5m Tax Assessment

Pgslot 13 25 10 Slot168 Faro168 Top 50 By Dorris Faro168 Co

Menu Zus Yang Ramai Tak Tahu Americano Add On Velvet Creme Nadi Busyra 2

Kelebihan Mewarna Terapi Kreatif Untuk Kepuasan Dan Kesejahteraan Emosi

As Jan 6 Najib Rally Heats Up Istana Negara Issues Reminder For All To Respect Federal Constitution Law

Benefits Of Crab Soup As High Fever Antidote

Enam Cara Untuk Mencegah Ketagihan Vape Dan Dadah Dikalangan Murid Sekolah

Pkr Coalition Partners Should Challenge Anwar Over Najib


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Kes Bunuh Remaja Polis Tumpu Aspek Selisih Faham Ambil Dadah Berlebihan

Ganggu Jemaah Pengurusan Masjid Santuni Ibu Bapa Lelaki Alami Masalah Mental Esok

International Restore Study Reveals Genetic Therapy Results For Leber Hereditary Optic Neuropathy In Malays

Yang Komen Ramai Wanita Termasuk Golongan Ibu Netizen Persoal Wajah Sembap Guna Wheelchair Intan Najuwa Kesal

Gergasi Kru Dan Icon Entertainment Melakar Sejarah Dengan Konsert Genkru Hari Ke 3

Pelaburan Ria Kini Sudah Mula Dikenakan Yuran Perkhidmatan 0 3