Keluarga Arwah Adib Dukacita Dengan Pdrm


HARAKAH DAILY
KELUARGA arwah Adib meletakkan harapan yang sangat tinggi agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh dan telus, bagi mencari dan menangkap pembunuh arwah Adib, sesuai dengan dapatan terperinci Mahkamah Koroner yang mengesahkan bahawa arwah mati dibunuh.

Walau bagaimanapun, keluarga arwah Adib amat kesal dengan beberapa bahagian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 10 Julai 2020, yang jelas tidak menghormati dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner tersebut.

Sehubungan itu, barisan peguam telah diarahkan oleh bapa arwah Adib, untuk menjawab dan membetulkan fakta-fakta terpesong, tidak benar serta menyimpang yang diungkapkan oleh KPN di dalam sidang medianya tersebut, seperti yang berikut ini:

Adalah tidak adil untuk KPN merumuskan kononnya tiada keterangan yang dapat mengaitkan arwah Adib dibunuh, hanya kerana dua orang pegawai Bomba yang bersama Adib pada malam kejadian mengatakan mereka tidak nampak apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi tidak munasabah untuk KPN cuba menggambarkan kononnya Adib tidak diserang kerana tiada kesan kecederaan mempertahankan diri pada tubuhnya. Dakwaan-dakwaan ini sudah pun dijawab dengan jelas di dalam inkues dan tindakan KPN menimbulkan semula perkara ini menunjukkan PDRM tidak meneliti dan tidak faham kronologi kejadian kes ini, berdasarkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang ada.

Seperti yang telah diterangkan oleh Mahkamah Koroner di dalam keputusannya yang mendalam lagi terperinci, ketika Adib ditarik dan diserang, dia telah pun berada dalam keadaan separa sedar akibat kecederaan dalaman, iaitu hentakan kuat yang mematahkan tulang rusuknya. Justeru, dalam keadaan separa sedar tersebut, sudah tentu mustahil untuk arwah mempertahankan dirinya ketika beliau ditarik dan diserang, sekali gus menjelaskan mengapa tiadanya sebarang kesan kecederaan mempertahankan diri pada tubuh badannya. Manakala bagi kecederaan ditarik pula, terdapat kesan luka sagat sepanjang 15 cm pada pinggang arwah, yang konsisten dengan kesan ditarik, dan 3 butang jaket celoreng bomba arwah yang terputus. Keterangan daripada 3 orang saksi utama berbangsa India juga menyatakan bahawa ada yang melihat aksi-aksi dan gerakan-gerakan seperti memukul, menendang dan memijak oleh sekumpulan 20-30 orang lelaki yang sedang mengerumuni Adib disamping mendengar ayat-ayat dalam bahasa Tamil seperti ‘Bodoh, bomba pun mau pukul ke?’ ‘Jangan pukul!’ dan ‘Berani kamu Melayu masuk kawasan sini’. Seorang daripada saksi utama ini juga telah melakonkan semula bagaimana bahunya telah disepak pada waktu beliau secara kebetulan terjatuh atas tubuh Adib. Sekiranya beliau tidak terjatuh atas tubuh Adib pada ketika itu, sudah tentu sepakan itu mengenai badan Adib.
Perlu ditekankan di sini bahawa Mahkamah Koroner telah pun memberikan dapatannya mengenai punca dan sebab kematian arwah Adib. Memandangkan keputusan tersebut tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak melalui proses rayuan atau semakan yang sah, maka ianya adalah kewajipan pihak polis untuk menjuruskan siasatan bagi mencari siapakah dia ‘dua atau lebih orang’ yang menyebabkan kematian arwah Adib, dan bukannya mempersoalkan semula punca kematiannya lagi sama ada dibunuh atau tidak, sebab hal tersebut telah pun selesai diputuskan Mahkamah. Justeru itu, kami dengan tegas menolak sebarang keperluan untuk siasatan semula punca kematian kononnya melalui satu ‘pasukan kajian semula’.
Cubaan oleh KPN untuk menidakkan kewujudan ‘dying declaration’ dan menuduh kononnya ia baru ditimbulkan sekarang, serta mempersoalkan pula seolah-olah ianya diada-adakan, adalah satu lagi kenyataan tidak bertanggungjawab. ‘Dying declaration’ tersebut telah pun dikemukakan sebagai ekshibit I 31, di mana ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), pada 12 Disember 2018, Adib ada memberikan keterangannya kepada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. ‘Dying declaration’ arwah juga diberikan kepada staf IJN pada waktu dan hari yang lain, yang mana staf IJN tersebut telah dipanggil menjadi saksi di dalam prosiding Inkues. Kedua-dua ‘dying declaration’ ini mengesahkan dirinya telah ditarik keluar dari van EMRS, dan kemudian dipukul.
Institut Jantung Negara tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kononnya arwah Adib tidak dapat berkomunikasi dengan efektif sepanjang dirawat di IJN. Bahkan hakikatnya bapa arwah
Adib dan keluarga yang lain berada di IJN sepanjang tempoh masa Adib dirawat, dan mereka mengesahkan bahawa terdapat satu peringkat di mana arwah menunjukkan peningkatan kesihatan yang baik, serta dapat berkomunikasi dengan baik. Malah apabila ahli keluarganya datang melawat, Adib sendiri dapat bertanya khabar, serta pernah meminta kebenaran staf IJN untuk menonton perlawanan bola sepak.
Adalah amat mengecewakan kerana kenyataan media KPN untuk menerangkan perkembangan siasatan pembunuh Adib, ternyata telah hanya mendedahkan kejahilan KPN dan PDRM terhadap fakta terperinci kes ini. Sekiranya KPN membaca Nota Keterangan, Alasan Penghakiman penuh dan meneliti semula semua Ekshibit Mahkamah, kami yakin KPN tidak akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab seperti yang telah diungkapkannya.
Kami juga mempunyai maklumat bahawa dakwaan KPN kononnya PDRM telah memanggil sekali lagi kesemua 30 saksi inkues adalah tidak benar, kerana bapa arwah Adib sendiri tidak pernah dipanggil semula dan terdapatnya saksi utama lain yang juga tidak dipanggil sehingga ke hari ini. Ini menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan siasatan dan sebaliknya memberikan alasan kononnya telah menemui jalan buntu, berbohong kononnya telah ‘exhausted all means’, tanpa mengerahkan usaha yang sebenar-benar untuk mendapatkan keadilan untuk Adib.
Peguam keluarga arwah Adib:
MOHD KAMARUZAMAN A. WAHAB
AHMAD TAUFIQ BAHARUM
SYAZLIN MANSOR
MOHD ZUBIR EMBONG
MOHD TAJUDDIN ABD RAZAK
AHMAD LUTFI AWANG
MOHAMMED ZAMRI IBRAHIM
YAHAYA OTHMAN – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/keluarga-arwah-adib-dukacita-dengan-pdrm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Adib Mahu Mulakan Tindakan Sivil Terhadap Polis

Keluarga Adib Mahu Mulakan Tindakan Sivil Terhadap Polis

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 226 hits
Peguam Mohd Kamaruzaman A Wahab berkata keluarga Adib akan memfailkan saman menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis mengawal keadaan pada hari kejadian yang kemudiannya menyebabkan kematian beliau PETALING JAYA Peguam me...
Kes Adib Pdrm Sangkal Keluarkan Kenyataan Bercanggah Dengan Mahkamah Koroner

Kes Adib Pdrm Sangkal Keluarkan Kenyataan Bercanggah Dengan Mahkamah Koroner

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR 13 Julai Polis Diraja Malaysia menyangkal dakwaan tidak menghormati dan mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan keputusan mahkamah koroner berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Ketua Polis Negara Tan S...
Naratif Dakwa Adib Tak Dibunuh Salah Tidak Adil Pada Keluarga

Naratif Dakwa Adib Tak Dibunuh Salah Tidak Adil Pada Keluarga

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 201 hits
Harap polis terus usaha tangkap pembunuh walaupun sukar BANGI Usaha menuntut keadilan di atas kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mesti diteruskan meskipun menemui jalan sukar serta memakan tempoh masa yang lama Jus...
Polis Akan Teliti Tuntutan Saman Keluarga Adib Kata Kpn

Polis Akan Teliti Tuntutan Saman Keluarga Adib Kata Kpn

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 329 hits
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya juga bersedia menerima tindakan sivil daripada mana mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim KUALA LUMPUR...
Keluarga Adib Tidak Setuju Polis Siasat Kembali Kematian

Keluarga Adib Tidak Setuju Polis Siasat Kembali Kematian

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 243 hits
Perubahan politik dari kerajaan PH kepada kerajaan pro Melayu Perikatan Nasional tidak memudahkan urusan mengenal pasti pembunuh anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang mati dalam rusuhan di sebuah kuil di Selangor pada 201...
Keluarga Adib Bidas Kenyataan Igp Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kematian

Keluarga Adib Bidas Kenyataan Igp Bantah Cadangan Kaji Semula Sebab Kematian

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 322 hits
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk membentuk pasukan petugas baru untuk memeriksa kembali semua aspek kematian anggota bomba ber...
Polis Disaman Keluarga Adib

Polis Disaman Keluarga Adib

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 238 hits
Polis Disaman Keluarga Adib Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas dakwaan kegagalan dan kecuaian polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu Bapa allahyarham Mohd Kassim Ab...
Arab Saudi Adalah Milik Keluarga Saud

Arab Saudi Adalah Milik Keluarga Saud

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 509 hits
Arab Saudi mendapat nama bersempena nama Abd al Aziz ibn Saud raja dan ketua politik Arab pada suatu ketika dahulu Jika bukan kerana hegemoni barat maka tidak tertubuhlah Arab Saudi Inilah sebabnya selama ini tindakan tindakan Arab Saudi se...
Bawa Teman Lelaki Jumpa Mak Ayah Pemuda Jadi Imam Untuk Keluarga Kekasih

Bawa Teman Lelaki Jumpa Mak Ayah Pemuda Jadi Imam Untuk Keluarga Kekasih

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 591 hits
Setiap pasangan yang bercinta pastinya mahu mengakhiri hubungan mereka dengan membina sebuah perkahwinan yang bahagia Sebelum melangkah ke peringkat seterusnya para pasangan kebiasaannya terlebih dahulu meminta restu daripada keluarga agar ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti