Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas Daripada Kekafiran
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas daripada Kekafiran 22
Apakah anda tahu tentang surah al kafirun ditujukan kepada golongan kafir? Surah ini menceritakan tentang ketegasan dalam beragama bagi orang Islam. Dua ayat terakhir surah al kafirun membawa maksud “Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah, Untukmu agamamu dan untukku agamaku”. Artikel ini menerangkan apakah itu surah al kafirun, surah al kafirun rumi, terjemahannya dan kelebihan surah al kafirun.
Apakah Surah Al Kafirun?
Surah Al Kafirun merupakan surah ke -109 daripada Al Quran. Nama surah al Kafirun diambil daripada perkataan ‘orang-orang kafir’ pada ayat pertama surah itu. Surah ini diturunkan di Mekah dan dikenali sebagai surah Makkiyah, yang mengandungi enam baris ayat sahaja. Surah ini ditujukan kepada orang-orang kafir dan menunjukkan ketegasan dalam beragama di mana orang Islam tidak diizinkannya berkompromi dalam bentuk mencampuradukkan ajaran agama Islam dan agama lain.
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas daripada Kekafiran 23
Surah Al Kafirun Rumi
Berikut adalah lafaz rumi surah al Kafirun:
قُلْ يٰٓاَيُّهَا الْكٰفِرُوْنَۙ
Qul yaa ayyuhal kaafirun
لَآ اَعْبُدُ مَا تَعْبُدُوْنَۙ
Laa a’budu maa ta’buduun
وَلَآ اَنْتُمْ عٰبِدُوْنَ مَآ اَعْبُدُۚ
Wa laa antum aabiduuna maa a’bud
وَلَآ اَنَا۠ عَابِدٌ مَّا عَبَدْتُّمْۙ
Wa laa ana aabidun maa abadtum
وَلَآ اَنْتُمْ عٰبِدُوْنَ مَآ اَعْبُدُۗ
Wa laa antum abiduuna maa a’bud
لَكُمْ دِيْنُكُمْ وَلِيَ دِيْنِ ࣖ
Lakum diinukum wa liyadin
Terjemahan Surah Al Kafirun
Berikut adalah terjemahan ayat surah al kafirun:
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيم
قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ .١
Katakanlah: “Wahai orang kafir
لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ .٢
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ .٣
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah
وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ .٤
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah
وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ .٥
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah
لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ .٦
Untukmu agamamu dan untukku agamaku”
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun Terlepas daripada Kekafiran 24
Pengajaran Surah Al Kafirun
1. Pengajaran dari sudut penyembahan:
Tiada titik pertemuan dalam aspek penyembahan bagi orang Islam dan orang kafir. Golongan mukmin hanya menyembah atau mengabdikan diri kepada Allah saw, manakala orang kafir menyembah berhala, patung mengikut ajaran mereka.2. Pengajaran dari sudut peribadatan:
Tiada titik pertemuan dalam sudut peribadatan. Golongan mukmin beribadah kepada Allah mengikut tatacara syari’at-Nya dan rukun Islam dan tidak melakukan syirik kepada Allah saw. Manakala golongan kafir, mereka melakukan syirik dalam beribadat dan mereka beribadat mengikut hawa nafsu mereka.3. Semua aliran menentang Islam termasuk kepada kekufuran dan dikira dalam golongan orang-orang kafir:
Islam sahaja agama yang diakui oleh Allah saw. Islam merupakan sistem hidup yang berasaskan sumber Rabbani (sumber wahyu daripada Allah saw), manakala sistem kekufuran pula bersumberkan dengan sumber-sumber dunia yang cacat dan tercela.
Kelebihan Mengamalkan Surah Al Kafirun
Kelebihan mengamalkan surah al kafirun:
1. Terlepas dari syirik dan kekafiran
Membaca surah ini menyamai membaca 1/4 daripada Al-Quran. Akan terpelihara daripada syirik jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, dan sebelum tidur.
Ini diriwayatkan dari Jabalah bin Harisah RA berkata, Sabda Rasulullah:
“Apabila kamu berbaring di tempat tidurmu maka bacalah: Qul Ya Ayyuhal Kafirun sampai habis maka sungguhnya ia kelepasan daripada syirik.” – (Hadis Riwayat Imam An-Nasaai).
Pada Riwayat yang lain juga, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila datang kamu ke tempat tidurmu maka bacalah Qul Ya Ayyuhal Kafirun sehingga akhirnya maka ia pelepasan dari syirik.” – (Hadis Riwyaat Imam At-Tabarani).2. Mengamalkan surah al kafirun dapat meningkatkan keimanan diri
Firman Allah saw:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah Al-Anfal, ayat 2).3. Membaca surah al kafirun dapat menjauhkan diri daripada godaan syaitan
Ubay bin Ka’b berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kafirun, pahalanya seperti membaca seperempat Al-Quran, ia akan dijauhkan dari godaan setan, diselamatkan dari kemusyrikan dan diampuni pada hari kiamat.” (Tafsir Nur Ats-Taqalayn 5/684).4. Sunat membaca bersama-sama surah al Ikhlas
Dari Ibnu Umar dikatakan, “Rasulullah SAW membaca surah al-Ikhlas dan al-Kafirun dalam dua rakaat sebelum solat Subuh (solat sunat fajar) dan dua rakaat setelah Mahgrib (Ba’diyyah Maghrib) lebih dari 20 atau 10 kali.” (HR. Ahmad)
Dari ‘Aisyah r.ha. Bahawa Nabi SAW bersabda, “Kedua surah itu ialah sebaik-baik surah!” (HR. Ahmad, Ibnu Majah).
Soalan FAQs Berkenaan Surah Al Kafirun
Dimanakah surah al Kafirun diturunkan?
Makkah
Berapakah ayat dalam surah Al Kafirun?
6 ayat
Apakah kelebihan mengamalkan surah al-Kafirun?
Terlepas daripada kekafiran
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/surah-al-kafirun.html