Boarding Pass Tak Mention Am Pm Pelajar Kolej Terlepas Flight Kerana Salah Waktu
‘Boarding pass tak mention am, pm’ – Pelajar kolej terlepas flight kerana salah waktu.
(📸 ©thereporter.my/)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
‘Boarding pass tak mention am, pm’ – Pelajar kolej terlepas flight kerana salah waktu
Memasuki hari ketujuh Syawal, ramai yang sudah kembali ke rumah dan mula bekerja. Dan tidak ketinggalan juga pelajar sekolah dan universiti sudah mula sesi pembelajaran.
Namun begitu, seorang pelajar yang berasal dari Sabah terpaksa menangguhkan sesi pembelajarannya gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang.
Kisah yang terjadi pada gadis ini dikongsikan oleh abangnya menerusi hantaran di Facebook. Katanya, bukan adiknya seorang sahaja yang terlepas penerbangan tersebut, malah ramai yang mengalami nasib yang sama.
Sangkaannya, penerbangan dari Sandakan ke Kuala Lumpur adalah pada jam 1.15 tengahari. Tetapi rupa-rupanya penerbangan tersebut adalah pada jam 1.15 pagi.
“Ramai orang Sandakan tertinggal flight ke Semenanjung. Baru perasan ada juga Air Asia buat penerbangan 1.15 pagi Sandakan ke Kuala Lumpur.
“Aku ingatkan adikku saja tertinggal flight rupanya ramai. Dalam boarding pass juga tidak di mention “am” atau “pm”. Hanya dia mention 1.15 tidak semua orang boleh tahu kiraan jam begitu pagi or petang. Auto burn tiket berharga RM 5++. Bila cek harini harga tiket RM 1.2k one way,” katanya.
Lelaki ini juga menitipkan pesanan buat orang ramai agar memeriksa dengan betul tiket penerbangan supaya tidak berlaku kejadian yang sama seperti dialami adiknya.
“Kepada kawan-kawan yang balik kampung cek betul-betul tiket flightnya jangan sampai macam kes adik aku ni terlupa tengok waktu penerbangannnya. Moga kalian selamat sampai di tempat yang dituju,” tulisnya.
Sementara itu, diruangan komen netizen menyatakan tidak perlu untuk menyalahkan pihak penerbangan, sebaliknya pemilihan waktu merupakan pilihan sendiri. Dan waktu yang dipaparkan adalah mengikut sistem 24 jam.
Sumber: Mohd Hisham Romel
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2024/04/boarding-pass-tak-mention-am-pm-pelajar.html