Doa Minum Air Zam Zam Kelebihan Air Zam Zam


Doa Minum Air Zam-Zam & Kelebihan Air Zam-Zam
Air Zam-Zam adalah merupakan air suci yang sangat ‘bernilai’ kerana kelebihannya yang banyak serta mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia hanya dapat ditemukan dari sumur Zamzam yang terletak di dalam Masjidil Haram, Arab Saudi.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: Air Mazi – Perbezaannya Dengan Air Mani & Keperluan Mandi Wajib
Pengertian Zamzam Merujuk laman sesawang Mufti WP, perkataan Zamzam dalam bahasa Arab bermaksud yang banyak atau melimpah. 
Manakala Zamzam yang dimaksudkan dalam Syariat adalah air yang berasal daripada telaga Zamzam yang terletak berhampiran Ka’bah, yang berjarak sekitar 38 hasta.
Dinamakan Zamzam sesuai dengan maksudnya, kerana sememangnya air daripada telaga tersebut sangat banyak dan berlimpah. Tidak habis walaupun diambil dan dibawa setiap hari ke seluruh penjuru dunia oleh umat Islam.  
Dinamakan dengan Zamzam boleh juga diambil daripada perbuatan Hajar. Ketika air Zamzam terpancar, beliau segera mengumpulkan dan membendungnya. Atau diambil daripada galian Malaikat Jibril dan perkataannya ketika dia berkata kepada Hajar. 
Disebutkan juga, bahawa Zamzam adalah ‘alam, atau nama asal yang berdiri sendiri, bukan berasal daripada kalimat atau perkataan lain. Atau juga diambil daripada suara air Zamzam tersebut, kerana Zamzamatu al-ma’ adalah suara air itu sendiri. 
Nama lain bagi Zamzam seperti telah diketahui antara lain disebut juga sebagai barrah (kebaikan), madhmunah (yang berharga), taktumu (yang tersembunyi), hazmah Jibril (galian Jibril), syifa’ suqim (ubat penyakit), syarab al-abrar (minuman orang-orang baik), tayyibah (yang baik).
Kisah Sejarah Air Zam-Zam Air zamzam muncul semasa zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim AS di sebuah tempat yang tidak ada tanda-tanda kehidupan. 
Nabi Ismail pada masa itu masih bayi. Akibat kehausan, Nabi Ismail terus menerus menangis. Siti Hajar kemudian berusaha mencari air dengan berlari sebanyak 7 kali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Atas izin Allah, muncullah mata air yang dikenal sebagai air zamzam. 
Kisah ini ada juga diceritakan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Abbas RA. 
وَجَعَلَتْ أُمُّ إِسْمَاعِيلَ تُرْضِعُ إِسْمَاعِيلَ وَتَشْرَبُ مِنْ ذَلِكَ المَاءِ، حَتَّى إِذَا نَفِدَ مَا فِي السِّقَاءِ عَطِشَتْ وَعَطِشَ ابْنُهَا، وَجَعَلَتْ تَنْظُرُ إِلَيْهِ يَتَلَوَّى، أَوْ قَالَ يَتَلَبَّطُ، فَانْطَلَقَتْ كَرَاهِيَةَ أَنْ تَنْظُرَ إِلَيْهِ، فَوَجَدَتِ الصَّفَا أَقْرَبَ جَبَلٍ فِي الأَرْضِ يَلِيهَا، فَقَامَتْ عَلَيْهِ، ثُمَّ اسْتَقْبَلَتِ الوَادِيَ تَنْظُرُ هَلْ تَرَى أَحَدًا فَلَمْ تَرَ أَحَدًا، فَهَبَطَتْ مِنَ الصَّفَا حَتَّى إِذَا بَلَغَتِ الوَادِيَ رَفَعَتْ طَرَفَ دِرْعِهَا، ثُمَّ سَعَتْ سَعْيَ الإِنْسَانِ المَجْهُودِ حَتَّى جَاوَزَتِ الوَادِيَ، ثُمَّ أَتَتِ المَرْوَةَ فَقَامَتْ عَلَيْهَا وَنَظَرَتْ هَلْ تَرَى أَحَدًا فَلَمْ تَرَ أَحَدًا فَفَعَلَتْ ذَلِكَ سَبْعَ مَرَّاتٍ، قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَذَلِكَ سَعْيُ النَّاسِ بَيْنَهُمَا» فَلَمَّا أَشْرَفَتْ عَلَى المَرْوَةِ سَمِعَتْ صَوْتًا، فَقَالَتْ صَهٍ – تُرِيدُ نَفْسَهَا -، ثُمَّ تَسَمَّعَتْ، فَسَمِعَتْ أَيْضًا، فَقَالَتْ: قَدْ أَسْمَعْتَ إِنْ كَانَ عِنْدَكَ غِوَاثٌ، فَإِذَا هِيَ بِالْمَلَكِ عِنْدَ مَوْضِعِ زَمْزَمَ، فَبَحَثَ بِعَقِبِهِ، أَوْ قَالَ بِجَنَاحِهِ، حَتَّى ظَهَرَ المَاءُ
Maksudnya: 
“Ibu Ismail menyusukan anaknya (Ismail) dan meminum daripada air yang ada sehingga akhirnya air tersebut habis. Dia (Hajar) dan juga anaknya merasa kehausan (disebabkan kehabisan simpanan air). 
Dia melihat anaknya dalam keadaan yang cemas kerana anaknya terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan. 
Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Shafa kerana ia adalah bukit yang paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, dengan harapan terdapat seseorang tetapi ternyata tiada seseorang pun. 
Setelah itu, dia pun turun (dari bukit Shafa) dan ketika sampai di lembah, dia mengangkat hujung pakaiannya lalu berusaha keras sehingga dia sampai ke lembah iaitu bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya sambil melihat apakah terdapat seseorang di sana? 
Tetapi, ternyata tiada seseorang juga. Dia melakukan perkara sedemikian sehingga tujuh kali. Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW: “Itulah sa’ie yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”. 
Ketika dia sampai di puncak bukit Marwah, dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”. Dia cuba mendengarnya lagi lalu dia mendengar suara itu dengan berkata: “Engkau telah memperdengarkan suaramu, apakah bersama engkau terdapat pertolongan?”. 
Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat zamzam. Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar”. 
[Riwayat al-Bukhari, (3364)]
Doa Minum Air Zam-Zam  Berikut adalah beberapa bacaan doa minum air zam zam yang boleh diamalkan.
Doa 1: Daripada Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zam-zam berdoa:
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ عِاْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشَفِيًا مِنْ كُلِّ دَاءٍ 
Allāhumma innī as’aluka ‘ilman nafi’an, wa rizqan wasi’an, wa syifā’an min kulli dā’in.
Maksud: “Ya Allah ya Tuhanku! Daku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.”  (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Doa 2: اللَّهُمَّ إنَّهُ قَدْ بَلَغَنِي عَنْ نَبِيِّك أَنَّهُ قَالَ مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ، وَأَنَا أَشْرَبُهُ لِسَعَادَةِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ اللَّهُمَّ، فَافْعَلْ
Allāhumma Innahū Qad Balaghanī ‘An Nabiyyika Annahū Qāla, ‘Mā’u Zamzama Li Mā Syuriba Lah,’ Wa Anā Asyrabuhū Li Sa‘Ādatid Duniyā Wal Ākhirah. Allāhumma Faf‘Al. 
Maksud: “Wahai Tuhanku, sungguh telah sampai padaku hadis dari Nabi-Mu, ia bersabda, ‘Air zamzam bermanfaat sesuai tujuan diminumnya,’
Doa 3: اللَّهُمَّ زِدْ هَذَا الْمَاءَ تَبَرُّكًا وَسَلَامًا وَنُورًا وَهُدًى
Allahumma zid haadza al-maa tabarrukan wa salaaman wa nuuran wa hudan.
Maksud: “Ya Allah, tambahkanlah berkah, keselamatan, cahaya, dan petunjuk dalam air ini.”
Kelebihan Air Zam-Zam 1. Air zamzam adalah air terbaik di dunia.
 Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ ،
Maksudnya: “Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam-Zam. dan penawar bagi penyakit”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)] [al-Haitahmi mengatakan bahawa perawi-perawinya adalah thiqah (boleh dipercayai dan hadith ini juga disahihkan oleh Ibn Hibban. Lihat: Majma’ al-Zawaid, 286/3]
2. Air zamzam boleh mengenyangkan sesiapa yang meminumnya. 
 Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
فِيْهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ
Maksudnya: “Padanya (air zamzam) terdapat makanan yang mengenyangkan”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)]
3. Air zamzam merupakan penawar bagi penyakit. 
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ
Maksudnya: “Dan penawar bagi penyakit”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, (4077)]
4. Air zamzam digunakan untuk mencuci hati Nabi SAW.
Daripada Abu Zar RA, bahawa Nabi SAW bersabda : 
فَنَزَلَ جِبْرِيْلُ عَلَيْهِ السَّلَام فَفَرَّجَ صَدْرِيْ، ثُمَّ غَسَلَهُ بِمَاءٍ زَمْزَمَ
Maksudnya: “Maka Jibril AS turun lalu membelah dadaku, kemudian dia (Jibril) mencucinya dengan air zamzam”. [Riwayat al-Bukhari (1636)]
Adab Minum Air Zam-Zam Berdoa sambil minum air zamzam. Menghadap kiblat: Ibn Abbas (RA) berkata bahawa seseorang itu hendaklah minum air Zamzam sambil menghadap kiblat. (Sunan Ibnu Majah 3061) Berdiri: Ibnu Abbas r.a. berkata: “Aku telah memberikan air zamzam kepada Nabi Muhammad SAW dan beliau meminumnya sambil berdiri.” (Sunan an-Nasai, 2965) Minum air zamzam dalam 3 tegukan: Dalam riwayat lain, Ibn Abbas (RA) menasihati umat Islam supaya meminum air Zamzam dalam tiga teguk kerana ia adalah sunnah Nabi Muhammad (SAW). (Sunan Ibnu Majah, 3061) Sapukan sedikit air zamzam di dada, kepala dan muka. Minumlah air zam-zam sehingga kenyang kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang. Sesudah minum, ucapkan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى (baca Alhamdulillah). Sumber:
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-125: AIR ZAMZAM (ماء زمزم) – Mufti WP #37: Kelebihan Air Zamzam dan Hadith Tentangnya – DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Doa Ketika Minum Air Zamzam – Tabung Haji

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-minum-air-zam-zam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-minum-air-zam-zam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Zam Zam Sejarah Kelebihan Adab Ketika Meminumnya

Air Zam Zam Sejarah Kelebihan Adab Ketika Meminumnya

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 296 hits
Air zam zam diberikan julukan sebagai sebaik baik air di atas muka bumi ini Apakah alasannya ia dipanggil dengan penuh kemuliaan seperti itu Artikel pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda berkenaan dengan kelebihan air zam zam yang b...
Anak Anak Minum Susu Segar Lepas Umur 2 Tahun Doktor Ini Kongsi Kelebihan Susu Segar

Anak Anak Minum Susu Segar Lepas Umur 2 Tahun Doktor Ini Kongsi Kelebihan Susu Segar

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 220 hits
Banyak kelebihan susu segar Susu segar mengandungi fosforus dan selenium yang bagus untuk sel otak sistem metabolisma serta fungsi enzim dan tiroid Susu segar diperkaya dengan kalsium dan protein adalah sumber yang terbaik untuk menjaga kes...
Air Kelapa Banyak Khasiatnya Untuk Kesihatan Beri Anak Minum Paling Kurang Sekali Dalam Seminggu

Air Kelapa Banyak Khasiatnya Untuk Kesihatan Beri Anak Minum Paling Kurang Sekali Dalam Seminggu

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 194 hits
atau nama saintifiknya Cocos nucifera banyak khasiatnya untuk kesihatan Ibu bapa boleh mula ajar anak anak minum air kelapa sekurang kurangnya seminggu sekali Terbukti air kelapa bukan sekadar minuman penghilang dahaga Air Kelapa Banyak Kha...
Tips Yang Bisa Diterapkan Agar Anak Lebih Suka Minum Air Putih

Tips Yang Bisa Diterapkan Agar Anak Lebih Suka Minum Air Putih

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 149 hits
Membiasakan anak untuk minum air putih perlu dilakukan sejak masih kecil karena manfaat kesehatannya
Amk Kedah Mahu Projek Lra Diselesaikan Noktahkan Masalah Bekalan Air

Amk Kedah Mahu Projek Lra Diselesaikan Noktahkan Masalah Bekalan Air

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 127 hits
Oleh Abdullah Zaid Kelewatan dua projek menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau di bawah agensi Kerajaan Negeri Kedah memberi kesan buruk kepada bekalan air rakyat Kedah di kebanyakan kawasan terjejas Menurut Penga...
Unveiling The Pinnacle Of Air Travel Saudia Redefines Luxury And Affordability

Unveiling The Pinnacle Of Air Travel Saudia Redefines Luxury And Affordability

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 223 hits
Saudia the national flag carrier of the Kingdom of Saudi Arabia is thrilled to be at the forefront of transformative travel experience that merges unparalleled luxury with remarkable affordability As the airline of choice for discerning tra...
Video Pilot Susi Air Dimunculkan Opm Bicara Dikawal Pasukan Bersenjata

Video Pilot Susi Air Dimunculkan Opm Bicara Dikawal Pasukan Bersenjata

papar berkaitan - pada 14/4/2024 - jumlah : 100 hits
Kapten Philips dikelilingi pasukan OPM bersenjata lengkap berbicara di video berdurasi satu menit 43 detik
Tni Geram Opm Sebar Kebohongan Manfaatkan Pilot Susi Air Yang Disandera

Tni Geram Opm Sebar Kebohongan Manfaatkan Pilot Susi Air Yang Disandera

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 102 hits
Sebuah video beredar Tampak Pilot Susi Air yang disandera OPM TNI geram lantaran OPM memanfaatkan sandera untuk menyebar kebohongan
Lagi Kes Dihanyutkan Kepala Air Seorang Lemas Seorang Hilang

Lagi Kes Dihanyutkan Kepala Air Seorang Lemas Seorang Hilang

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 109 hits
Mohd Roji Kawimdroji bh com myANGGOTA bomba dan APM mengangkat seorang lelaki yang lemas selepas dihanyutkan kepala air di air terjun di Kampung Sebat Sematan hari ini FOTO Ihsan JBPMKuching Keseronokan empat sahabat mandi manda di air terj...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik