Makan Asam Pedas Ikan Merah Tiba Tiba Orang Belanja


 Assalamualaikum WBT


SABTU, 22 November 2025
Pagi tu, kami bersarapan mee goreng. Mee goreng tu Sk tapau dari kantin dan bawa balik rumah. Tujuannya bila-bila PI kata lapar malam-malam, bolehlah dipanaskan tapi yang peliknya, kalau ada makanan kat rumah, tak pulak datang lapar tu, hihihi. Jadinya, mee goreng tu Sk panaskan untuk sarapan. Tengahari tu, Sk tanya PI nak masak apa? PI kata, kita makan kat luar jer sebab PI ada urusan di bank dan nak pergi mall beli apatah masa tu dia cakap. Sekarang ni, Sk dah lupa masa tu PI cakap nak beli apa, heheh.



Selesai urusan di bank, kami pergi makan dulu sebelum ke mall. Hasil perbincangan, kami menuju ke Restoran Asam Pedas Gemuk di pusat bandar. Dah lama tak makan asam pedas kat sini. Zaman beranak kecik dulu pernah dua kali kot makan kat sini tapi lepas tu lama tak datang sebab macam susah nak ke sini, banyak kerja penambahbaikan jalan untuk masa hadapan. Sk tak sempat nak ambil gambar menu, tapi jika ke sini, memang semua worang nak makan asam pedas la. Dekat sini semua asam pedas ikan ya, tetel tak ada



Kami pilih ikan merah bahagian ekor. Sk tak pasti ikan tu berapa besar tapi ikannya dipotong kecik-kecik macam ni. Dalam gambar ni bahagian hujung ekor ikan yang dikerat dua. Kalau kerat dua pun besar macam ni, maknanya besarlah ikannya. Ikan terasa segar dan manis. Ada bendi dan tomato dalam kuah asam pedas. Kuah asam pedas tak pekat, tak cair, sedang-sedang aje dan sedappp. Dia datang dalam periuk tanah yang tengah mendidih-didih. Awas, jangan gopoh nanti melocot bibir seminggu, hahaha



Ikan senangin goreng ni memang terkenal di restoran ni. Boleh dikatakan hampir semua meja pelanggan ada ikan senangin goreng. Tapi hari tu, ikan senangin kami macam tak fresh sangat rasa dia. Sk macam selalulah, kurang makan ikan goreng jika dah ada ikan gulai. Ikan ni dia potong-potong tak putus macam tu supaya senang nak dibahagi-bahagikan jika datang ramai



Kailan Ikan Masin. Ikan masin dia berisi bukan guna tulang ikan masin macam di sesetengah kedai tomyam, hehehe



Bos cadangkan kami ambil Sotong Goreng Kering ni. Sotong isi tebal tu dia goreng bersama bawang besar dan direnjis kicap soya. Memang sedap dan disyorkan. Sotong tu walaupun tebal tapi lembut. Mungkin dia guna sotong katak yang besar-besar tu



Tengah-tengah makan, owner restoran lambai dan tunjuk makanan kami telah dibayar oleh seorang kenalan PI yang kebetulan makan di meja sebelah kami. Syukur Alhamdulillah, rezeki PI la hari tu, selamat duit dia, hihi. Terima kasih kepada kawan PI tu, Sk lupa nama dia. Orangnya memang pemurah dan suka belanja kawan-kawan. Semoga Allah swt tambahkan lagi rezeki beliau dan isterinyq dalam bentuk wang, kesihatan dan kesejahteraan serta dikurniakan zuriat yang soleh, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn



Kekenyangan makan asam pedas, PI kata tak jadilah pergi mall, tak larat nak jalan, hihi. Terlanjur lalu Skudai (memang laluan balik pun), Sk ajak PI ke Ware Houz yang baru dibuka di sana



Geram tengok macam-macam barangan rumah dan pakaian dijual dengan harga borong. Dia macam kedai Tik Tok, hahahaha. Sk beli kusyen bertali untuk letak dalam sangkar kucing



Akhirnya, sebelum sampai rumah, singgah Taman Teratai pulak beli air kelapa. Minta dia kopekkan siap la, ikat masuk plastik. Sampai rumah masuk dalam jag, letak ais banyak-banyak... tuang dalam gelas, ahhhh.. segar rasanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/makan-asam-pedas-ikan-merah-tiba-tiba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Gigit Mata Kail Ketika Makan Ikan Goreng Di Restoran

Wanita Gigit Mata Kail Ketika Makan Ikan Goreng Di Restoran

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 156 hits
Ingatkan tulang Wanita gigit mata kail ketika makan di restoranKOSMO SEORANG wanita tergigit mata kail ketika makan ikan goreng Foto Shin Min Daily NewsSINGAPURA Seorang wanita yang sedang leka menjamu selera di sebuah restoran di Yishun Si...
Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api Campur Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 5/12/2025 - jumlah : 225 hits
Rasa teringin betul nak makan masakan lemak cili api Asyik masak singgang masak sup masak asam je Tak kisahlah ikan ke ayam ke atau apa apa je lah Asalkan masak lemak cili api Nak masak ayam masak lemak cili api macam malas sebab ambil masa...
Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

Kecepatan Terkecoh Ikan Tercepat Di Lautan

papar berkaitan - pada 7/12/2025 - jumlah : 230 hits
Ikan Terpantas di Lautan Sailfish Kenali sailfish juara kelajuan tak terbantah di lautan yang mampu mencapai hingga 68 mph Dengan sirip dorsal berbentuk layar yang berwarna cerah dan tubuh yang berkilau biru pemangsa ini menguasai perairan ...
Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 181 hits
Salam Disember kawan2 semua ade ke lagi yang sudi nak bertandang kat dapo kak rose ni Asik tenggelam timbul sebab vitamin malas tu dah bertepek banyak sangat susah dah nak buangnya kali ni meh lah nak tepek ikan yang kak roe masak dikala ad...
Mengangkat Inovasi Komuniti Dari Ikan Buntal Ke Kelestarian Lautan

Mengangkat Inovasi Komuniti Dari Ikan Buntal Ke Kelestarian Lautan

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 166 hits
Oleh Ts Dr Sairatul Dahlianis Ishak Dr Roslizawati Ab Lah Universiti Malaysia Terengganu Ikan buntal sering dikaitkan dengan toksin dan bahaya namun di tangan komuniti pesisir spesies ini membuka peluang baharu melalui inovasi produk dan pe...
Sbdj Siri 230 Wanita Berkaki Ikan

Sbdj Siri 230 Wanita Berkaki Ikan

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 154 hits
Keadaan ini membuat saya resah semacam Rasanya ingin menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian datuk Biar dia tau apa ang sedang kami alami Tetapi bila memikirkan keadaan itu akan menimbulkan masalah pada datuk saya tidak jadi melakukann...
Ditahan Atas Kesalahan Seludup 229 Ikan Hidup Dalam Skirt

Ditahan Atas Kesalahan Seludup 229 Ikan Hidup Dalam Skirt

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 173 hits
KOSMO SEBANYAK 229 ikan diseludup di bawah skirt seorang wanita Foto WeiboBEIJING Seorang wanita baru baru ini ditahan ketika cuba menyeludup 229 ekor ikan hidup ke Tanah Besar China dengan menyembunyikannya di bawah skirt lapor portal beri...
Ikan Bakar Terangkat Sungai Merab Kajang Where Fresh Grilled Seafood Meets Authentic Malaysian Flavors

Ikan Bakar Terangkat Sungai Merab Kajang Where Fresh Grilled Seafood Meets Authentic Malaysian Flavors

papar berkaitan - pada 1/12/2025 - jumlah : 285 hits
Ikan Bakar Terangkat Sungai Merab Kajang Where Fresh Grilled Seafood Meets Authentic Malaysian Flavors Published November 27 2025 Reading Time 4 5 minutes Topic Travel Food Hidden along the bustling Jalan Ayer Itam in Kampung Sungai Merab L...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jangan Jahil Murakkab

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2025

Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi