Kejang Otot Kaki Semasa Hamil Memang Menyakitkan Pakar Kongsi 4 Cara Atasinya


Kekejangan otot kaki menyakitkan. Hanya orang yang pernah melalui akan tahu betapa sakit rasanya. Ditambah pula dalam keadaan perut yang semakin membesar, anda tentunya sukar untuk meluruskan kaki, menghilangkan rasa kejang.

Menurut Dr Nurhazinat, pakar perbidanan dan sakit puan, otot kaki menampung berat badan yang berlebihan semasa hamil. Rahim yang membesar juga memberi tekanan kepada pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas. Hal ini berlaku bersama dengan kesan hormon progesteron iaitu antara hormon utama yang terhasil semasa hamil. Kehadiran hormon progesteron memberi kesan kepada ketahanan atau kekuatan otot kaki sepanjang kehamilan.
Kenali punca
Kekejangan betis semasa hamil adalah disebabkan oleh pemakanan dan beberapa faktor lain. Mama perlu peka faktor yang mungkin menjadi puncanya.
Keletihan otot betis. Tekanan pada urat saraf bahagian kaki. Peredaran darah yang tidak lancar. Ketidakseimbangan garam galian atau mineral di dalam badan sama ada terlalu sedikit kalsium atau magnesium atau terlalu banyak fosforus. Namun data yang menyokong pendapat kekurangan mineral menyebabkan keadaan ini terhad. Serangan malam
Menurut pendapat kebanyakan ibu hamil, kekejangan pada betis kerap kali berlaku pada waktu malam. Kata Dr Nurhazinat, kekejangan betis selalu berlaku pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk, keadaan fizikal yang tidak aktif semasa tidur atau pun pergerakan secara tiba-tiba seperti mengeliat selepas rehat yang panjang. Maka, tidak hairanlah kekejangan kerap kali berlaku pada waktu malam atau ketika anda sedang berehat.
Apabila berlaku kekejangan betis, anda perlu meregangkan otot tersebut. Luruskan kaki, perlahan-lahan bengkokkan (flex) bahagian buku lali kaki dan jari-jari kaki ke arah anda. Pastikan sendi lutut anda lurus. Sekiranya bersendirian, anda boleh membongkokkan badan, capai jari-jari atau ibu jari kaki, dan tarik jari tersebut ke arah anda dengan sendi lutut pada keadaan lurus. Sekiranya bersama pasangan, anda boleh meminta suami untuk perlahan-lahan menolak jejari kaki tersebut ke arah anda. Apabila melakukan perkara ini, anda akan berasa sakit terlebih dahulu, sebelum ia beransur-ansur hilang. Anda juga boleh mengurangkan kekejangan tersebut dengan mengurut bahagian otot betis perlahan-lahan. Sekiranya masih tidak berjaya, bangun dari katil dan lakukan aktiviti berjalan selama beberapa minit. Cara elak kejang betis
Ada cara untuk mencegahnya daripada terus berlaku walaupun sebab sebenar yang menjadi punca kekejangan otot kaki masih lagi tidak jelas. Anda boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegahnya pada masa akan datang.
Meregangkan otot betis Lakukan aktiviti regangan sebelum tidur, boleh membantu mengelakkan kejadian kejang betis semasa hamil. Berdiri sejauh panjang lengan anda dari dinding, letakkan tapak tangan anda pada dinding tersebut dan gerakkan kaki kanan ke belakang kaki kiri. Perlahan-lahan, bengkokkan kaki kiri ke hadapan, pastikan kaki kanan anda kekal lurus atau tegak dan tapak kaki kanan tidak berganjak/bergerak dari lantai tersebut. Tahan regangan tersebut selama 30 minit, hati-hati untuk mengekalkan belakang anda lurus dan paha ke hadapan. Kemudian, tukar kaki dan ulang regangan yang sama. Lakukan regangan ini selama 5 – 10 minit.
Kekal aktif Lakukan senaman atau aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan berlakunya kekejangan ini. Anda perlu mengelakkan dari berdiri terlalu lama atau duduk dengan posisi kaki bersilang.
Vitamin dan mineral tambahan Ambil vitamin dan mineral tambahan seperti vitamin C, magnesium, potassium dan kalsium. Anda juga boleh mengambil makanan yang kaya dengan magnesium seperti bijirin, kekacang dan buah-buahan kering. Pengambilan pisang disyorkan setiap hari kerana pisang kaya dengan potassium, membantu mengurangkan kekejangan otot. Anda juga digalakkan meminum susu atau mengambil pil kalsium untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi semasa hamil.
Air yang mencukupi Minum air mencukupi dan memastikan diri sentiasa terhidrat akan membantu mengelakkan kejang otot. Peka dengan warna air kencing! Air kencing yang berwarna kuning pekat biasanya menandakan anda tidak mengambil air yang mencukupi.
 
The post Kejang Otot Kaki Semasa Hamil Memang Menyakitkan! Pakar Kongsi 4 Cara Atasinya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/kejang-otot-kaki-semasa-hamil-memang-menyakitkan-pakar-kongsi-4-cara-atasinya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Punca Kejang Betis Semasa Hamil

5 Punca Kejang Betis Semasa Hamil

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 358 hits
rnah rasa sakit betis sangat tengah tengah malam Rasa betis tegang sangat sangat Tu la Kejang Betis atau Betis Cramp Calf Cramp Jom tengok kenapa masalah kejang betis kerap menyerang ibu hamil
Masa Hamil Kaki Kejang Waktu Malam Boleh Keluar Air Mata Tahan Sakit Tip Ini Boleh Membantu

Masa Hamil Kaki Kejang Waktu Malam Boleh Keluar Air Mata Tahan Sakit Tip Ini Boleh Membantu

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 638 hits
Kejang atapun otot kejang adalah satu pengerasan otot kaki yang berlaku secara tiba tiba tanpa mampu dikawal Ia selalunya berlaku pada otot bahagian belakang kaki belakang peha dan bahagian depan peha Anda juga boleh mengalami otot kejang i...
Ketahui Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki

Ketahui Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 702 hits
Kuku Cengkam atau Cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping...
Anak Tak Suka Sayur Pakar Pemakanan Ini Kongsi 5 Langkah Penyelesaiannya

Anak Tak Suka Sayur Pakar Pemakanan Ini Kongsi 5 Langkah Penyelesaiannya

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 591 hits
Anak kecil memang selalu bermasalah untuk mengambil sayur sayuran dalam hidangan makanan harian Ketika masih bayi lazimnya semuanya dimakan tanpa banyak karenah Kebiasaannya masalah timbul apabila si kecil ini mula diberi makan makanan sepe...
Elak Anak Hafal Bahasa Biar Dia Faham Ingat Guna Pakar Bahasa Kongsi 6 Tip Ajar Anak Cakap

Elak Anak Hafal Bahasa Biar Dia Faham Ingat Guna Pakar Bahasa Kongsi 6 Tip Ajar Anak Cakap

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 437 hits
Kanak kanak memang dilahirkan dengan keupayaan untuk belajar Bahasa Tetapi mestilah ada input yang diberikan untuk mereka belajar Belajar menyebut dan menggunakan Bahasa adalah satu kebolehan yang berbeza Anak anak yang boleh menyebut belum...
Dr Izzar Kongsi Cara Berpantang Isterinya Patutlah Ummi Nazeera Cepat Recover Dan Maintain Cantik

Dr Izzar Kongsi Cara Berpantang Isterinya Patutlah Ummi Nazeera Cepat Recover Dan Maintain Cantik

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 633 hits
Selepas Ummi Nazeera habis pantang suaminya Dr Mohd Izzar Anwari berkongsikan cara berpantang yang diamalkan oleh Ummi selepas melahirkan anak sulungnya Ayra Aneesah secara pembedahan Melalui perkongsian di instagramnya Dr Izzar ada memberi...
Bila Suhu Badan 39 C Segera Buat Pemeriksaan Doktor Pesan Jangan Pandang Ringan Demam Semasa Hamil

Bila Suhu Badan 39 C Segera Buat Pemeriksaan Doktor Pesan Jangan Pandang Ringan Demam Semasa Hamil

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 514 hits
Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman Tambahan lagi pada masa kini terlalu banyak jangkitan baru Oleh itu paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah berg...
Kebas Kaki Dan Tangan Punca Serta Cara Mengatasinya

Kebas Kaki Dan Tangan Punca Serta Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1421 hits
Adakah anda sering mengalami kebas di kaki dan tangan Kebas sebenarnya adalah keadaan di mana berlaku kekurangan rasa Ia sering kali dikaitkan dengan iritasi saraf atau saraf yang terhimpit terutama di bahagian hujung saraf seperti di hujun...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai My Light Chord

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog