Bila Suhu Badan 39 C Segera Buat Pemeriksaan Doktor Pesan Jangan Pandang Ringan Demam Semasa Hamil


Bahaya atau tidak demam yang dialami semasa hamil adalah bergantung kepada jenis jangkitan kuman. Tambahan lagi pada masa kini, terlalu banyak jangkitan baru. Oleh itu, paras bahaya atau tidak demam itu kepada anda yang sedang hamil adalah bergantung kepada pendedahan diri kepada kuman yang ada.
Menurut Dr Lily Fariza Karim, Pengarah Perubatan yang juga Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan, demam itu adalah salah satu simptom. Jadi, tidak boleh dikatakan sama ada ia ok ataupun sebaliknya sekiranya dialami oleh ibu hamil. Pemeriksaan doktor perlu dilakukan untuk mengetahui punca demam itu disebabkan oleh apa, lebih-lebih lagi jika demam itu melebihi daripada 38°C.
Sekiranya demam yang dialami terus tinggi iaitu antara 39°C hingga 40°C dan pada masa yang sama ada simptom berkaitan seperti anda keletihan, tidak berselera makan dan kurang minum air, itu menunjukkan demam itu bukan simptom yang biasa.
Oleh yang demikian, anda  perlu segera ke hospital. Dalam kes seperti ini, ia perlu dilakukan kerana anda memerlukan pemeriksaan doktor. Jika perlu, ujian darah dan rawatan sokongan seperti drip intravenous perlu dilakukan.
Lazimnya, semasa mengandung, daya ketahanan tubuh wanita mengandung seseorang itu lebih rendah berbanding orang biasa. Disebabkan itulah, anda mudah mendapat jangkitan. Kadang-kadang orang biasa tidak mudah mendapat jangkitan seperti yang dialami oleh wanita hamil.
Walau bagaimanapun, jika demam itu adalah kurang daripada 38°C dan pada masa yang sama anda rasa ok dan tiada simptom sampingan lain, maka boleh ambil paracetamol. Selain daripada paracetamol, terdapat beberapa ubat untuk mengubati demam namun tidak begitu berkesan. Jadi, paracetamol adalah ubat paling berkesan untuk mengatasi demam.Tambahan pula, paracetamol mudah didapati. Jadi, pengambilannya sudah mencukupi.
Risiko boleh menular kepada kandungan Bergantung kepada jenis demam dan jangkitan kuman yang disyaki, ia boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan. Apa yang membimbangkan oleh para doktor ialah jangkitan virus yang dialami anda boleh menular kepada bayi. Biasanya jika demam itu dialami dalam trimester pertama.
Ia boleh menjejaskan proses pembentukan organ. Penyakitnya adalah seperti rubela, German measles atau measles. Lantaran itulah, trimester pertama adalah tahap paling kritikal sepanjang tempoh kehamilan.
Satu lagi yang dirisaukan ialah apabila anda mendapat jangkitan chicken pox semasa trimester ketiga. Perlu anda ketahui bahawa di dalam mukus faraj terdapat banyak gelembung virus. Dalam proses kelahiran, bayi akan melalui saluran peranakan dalam proses kelahiran normal boleh terdedah kepada jangkitan yang sama.
Hal ini terutamanya jika anda mengalami chicken pox dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin. Sekiranya demam anda aktif dalam tempoh kritikal  itu, maka doktor akan menasihatkan anda untuk menjalani proses kelahiran melalui pembedahan caesarean.
Di dalam lain masa, risiko jangkitan boleh berlaku jika demam ada ada simptom. Jangkitan kuman merebak kepada bayi mengikut jenisnya. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan nadi bayi menjadi laju. Hal ini kerana apabila suhu badan tinggi dan anda mengalami dehidrasi  kerana kekurangan air, ia akan menjadikan aliran darah kepada bayi menjadi kurang, lalu nadi bayi pun menjadi laju. Lama-kelamaan bayi boleh mengalami distress.
Jadi, anda perlu cepat berjumpa doktor. Impaknya, ia boleh buat bayi distress dan paling teruk bayi meninggal dalam kandungan. Jika hal ini berlaku semasa di trimester ketiga dan usia kandungan lebih 34 minggu, bayi boleh dikeluarkan. Sebaliknya, jika umur kandungan kurang daripada itu, ia boleh sebabkan risiko kematian. Oleh sebab itu, sangat penting untuk anda kekal dehidrasi dan turunkan suhu dengan cepat.
The post Bila Suhu Badan 39°C, Segera Buat Pemeriksaan! Doktor Pesan Jangan Pandang Ringan Demam Semasa Hamil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bila-suhu-badan-39c-segera-buat-pemeriksaan-doktor-pesan-jangan-pandang-ringan-demam-semasa-hamil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prolong Jaundice Boleh Dielakkan Daripada Berpanjangan Doktor Ini Kongsi 9 Amalan Patut Dibuat Semasa Hamil

Prolong Jaundice Boleh Dielakkan Daripada Berpanjangan Doktor Ini Kongsi 9 Amalan Patut Dibuat Semasa Hamil

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 347 hits
Jaundis dianggap berpanjangan sekiranya keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi yang dilahirkan pramatang Menurut Dr Roliza Ibrahim Doktor Pakar Kanak kanak Avisena Specialist Hos...
Doktor Beritahu 11 Punca Rahim Jatuh Jangan Ambil Mudah Punca Nombor 5

Doktor Beritahu 11 Punca Rahim Jatuh Jangan Ambil Mudah Punca Nombor 5

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 341 hits
Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh Lebih berbahaya jika ia berlaku tanpa disedari dan seterusnya menggugat kesihatan rahim Menurut Dr Siti Aishah Daud Pakar Perbidanan Sakit Pua...
Klinik Kerajaan Dimaki Babi Doktor Perjelaskan Kenapa Tunggu Lama Semasa Menerima Rawatan

Klinik Kerajaan Dimaki Babi Doktor Perjelaskan Kenapa Tunggu Lama Semasa Menerima Rawatan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 815 hits
Oleh KENAPA ADA KALANYA KENA TUNGGU LAMA SEBELUM DAPAT JUMPA DOKTOR DI KLINIK KERAJAAN Jadi pakcik kena betul betul jaga pemakanan ubat yang kita bagi ni selain untuk darah tinggi ia juga untuk Tak sempat habis ayat untuk nasihat pakcik pas...
Berkas Pemeriksaan Rampung 5 Anggota Dprd Sumut Segera Disidang

Berkas Pemeriksaan Rampung 5 Anggota Dprd Sumut Segera Disidang

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 239 hits
Komisi Pemberantasan Korupsi merampungkan berkas penyidikan lima tersangka kasus dugaan suap anggota DPRD Sumatera Utara periode 2009 2014 Dengan demikian lima dari 38 tersangka kasus dugaan suap tersebut segera menjalani sidang perdana
Usaha Kurangkan Minuman Ringan Amal Pemakanan Sihat Ambil Suplemen Kesuburan Berhasil Isteri Dr Say Shazril Hamil

Usaha Kurangkan Minuman Ringan Amal Pemakanan Sihat Ambil Suplemen Kesuburan Berhasil Isteri Dr Say Shazril Hamil

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 706 hits
Usaha instafamous Dr Say Shazril akhirnya membuahkan hasil Setelah beberapa bulan berusaha untuk mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat mengamalkan pemakanan lebih sihat kurangkan pemakaian pakaian dalam di rumah dan mengambil supleme...
Kumpul Bareng Sopir Angkot Kapolda Sumut Pesan Jangan Mudah Diadu Domba

Kumpul Bareng Sopir Angkot Kapolda Sumut Pesan Jangan Mudah Diadu Domba

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 325 hits
Dia mengatakan apabila ada kegiatan mogok polisi yang kewalahan untuk membantu menggantikan transportasi yang tidak bisa dipakai Sebab selama 2 tahun Agus di Medan baru satu kali dan diharap jangan ada lagi aksi mogok
Pameran Dagang Terbesar Kembali Digelar Jokowi Pesan Jangan Memalukan Indonesia

Pameran Dagang Terbesar Kembali Digelar Jokowi Pesan Jangan Memalukan Indonesia

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 311 hits
Menteri Perdagangan Enggartiasto Lukita mengatakan pameran ini digelar dalam rangka mendorong pertumbuhan ekspor produk produk Indonesia Sebab pada tahun ini pihaknya menargetkan sebanyak 26 ribu pengunjung dari 125 negara hadir dalam pamer...
Anak Masukkan Kertas Dalam Hidung Bukan Cebisan Biasa Tapi Sangat Bahaya Jangan Pandang Mudah

Anak Masukkan Kertas Dalam Hidung Bukan Cebisan Biasa Tapi Sangat Bahaya Jangan Pandang Mudah

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 505 hits
Anak kecil kita sememangnya harus dipantau 24 jam Ada banyak aktiviti yang mereka lakukan kadangkalanya boleh mengundang bahaya Jadi anak anak tidak boleh dibiarkan bermain sendirian Benda benda kecil terutamanya amat berisiko Salah satu ba...
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations