Elak Anak Hafal Bahasa Biar Dia Faham Ingat Guna Pakar Bahasa Kongsi 6 Tip Ajar Anak Cakap


Kanak-kanak memang dilahirkan dengan keupayaan untuk belajar Bahasa. Tetapi mestilah ada input yang diberikan untuk mereka belajar. Belajar menyebut dan menggunakan Bahasa adalah satu kebolehan yang berbeza. Anak-anak yang boleh menyebut, belum tentu boleh menggunakan Bahasa tersebut dalam persekitaran.
Jadi pembelajaran Bahasa bukan sahaja untuk anak menghafal perkataan tapi ianya lebih kepada FAHAM, INGAT, GUNA. Untuk memperolehi kesemua kemahiran ini kanak-kanak perlu belajar Bahasa dengan manusia juga kerana hanya manusia sahaja yang boleh menggunakan Bahasa yang dipelajari dalam persekitaran yang sesuai.
TIP #1: KANAK-KANAK BANYAK BELAJAR DENGAN ORANG YANG RESPONSIVE
Kanak-kanak belajar memahami dan bercakap semasa mereka berinteraksi dan bermain dengan orang-orang yang rapat dengan mereka setiap hari. Apabila selalu bermain dan berinteraksi bersama, kanak-kanak akan berasa rapat dan ada hubungan yang baik yang mana ia akan memberikan motivasi pada kanak-kanak untuk terus berinteraksi walaupun kemahiran Bahasa mereka masih lemah.

Menjadi responsive bukanlah bermaksud kita perlu bercakap setiap masa.. tetapi cuba mendekati anak dan memberi respon yang bersesuaian mengenai perkara yang mereka minat. Contohnya seperti mengiyakan, mengangguk, bercakap mengenai minat mereka dll. Kajian menunjukkan bahawa, kanak-kanak yang meluangkan masa bersama orang yang interaktif mempunyai lebih banyak kosa kata.
Peranan kita: Perhatikan apa yang menarik minat anak anda, tunggu mereka memberikan mesej dan dengar dengan bersungguh-sungguh apa yang cuba disampaikan oleh anak dan respon dengan minat. Ini akan memberikan anak-anak peluang untuk dengar & belajar perkataan berkaitan minat mereka.
TIP #2: KANAK-KANAK BELAJAR PERKATAAN BERKENAAN MINAT MEREKA
Macam kita juga, kanak-kanak belajar lebih banyak apabila mereka mempunyai minat tentang sesuatu. Ini juga boleh diaplikasikan dalam pembelajaran Bahasa. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak belajar perkataan dengan lebih banyak apabila ibubapa berinteraksi berkenaan sesuatu yang anak minat berbanding apabila ibubapa yang menjuruskan perhatian mereka kepada perkara lain.

Peranan kita: Apabila anda melihat kanak-kanak berminat akan sesuatu, jadikan ia sebagai topik perbualan antara anda dan anak. Apabila anak memberikan perhatian yang lebih pada apa yang anda cakapkan, maka akan lebih banyaklah perkataan yang akan mereka pelajari
TIP #3: KANAK-KANAK BELAJAR APA YANG MEREKA DENGAR DENGAN KERAP
Untuk kanak-kanak belajar Bahasa, mereka perlu mendengar dengan lebih banyak. Untuk kanak-kanak yang belajar banyak Bahasa, mereka perlu mendegar lebih banyak untuk setiap Bahasa tersebut.

Peranan kita: Dengan menambah input Bahasa dalam aktiviti dan pengalaman seharian, kita secara automatik telah menambah input Bahasa kepada kanak-kanak. Sebarang aktiviti yang kita lakukan boleh digunakan untuk mengajar Bahasa. Sebagai contoh, bercerita tentang makanan yang dimakan atau yang sedang dimasak, bercerita berkenaan karakter dan sesuatu kejadian di dalam buku cerita, bercerita berkenaan anggota badan semasa mandi… Sekiranya anak mengalami pengalaman yang baru seperti pergi ke klinik, anda boleh ceritakan berkenaan sesuatu di dalam klinik tersebut seperti doctor, ubat, sakit dll lagi.. Jadi pendedahan anak kepada perkataan-perkataan baru akan menjadi banyak. Yang paling penting sekali adalah, ibubapa perlu bercakap dengan Bahasa yang mereka selesa dan pakar. Kerana sekiranya kita tidak selesa bercakap dengan sesuatu Bahasa, kita tidak akan dapat memberikan input yang maksimum kepada anak dan anak juga lebih sukar untuk memberikan respon.
TIP #4: FLASHCARD, GAJET & TV BUKAN PENYELESAIAN
Kanak-kanak belajar lebih banyak melalui aktiviti dan pengalaman yang dilalui dalam hidup seharian mereka. Kanak-kanak belajar bercakap dan berkomunikasi adalah melalui bermain dan berinteraksi dengan orang sekeliling mereka. Mengajar perkataan (cth: menamakan flash card) adalah sangat membosankan untuk kanak-kanak. Begitu juga apabila kanak-kanak belajar perkataan melalui gajet & tv, mereka akan mengalami kesukaran untuk menggunakannya dalam kehidupan yang sebenar jika tiada panduan dari ibubapa / guru / penjaga.

Peranan kita: Perkenalkan perkataan-perkataan baru semasa bermain dan berinteraksi dengan anak. Gunakan aktivti harian seperti bermain, membaca, aktiviti rutin seperti makan, mandi dan memakai pakaian.
TIP #5: KUNCI UTAMA – PELBAGAIKAN
Apabila belajar Bahasa, kanak-kanak perlukan kepelbagaian seperti:
Pelbagai perkataan – Bukan hanya perkataan-perkataan yang biasa di rumah sahaja, malah pelbagai perkataan-perkataan lain yang jarang digunakan di persekitaran yang berbeza (kata nama, perbuatan, sifat, kedudukan, perasaan dll) Pelbagai orang – Pelbagaikan orang-orang yang berkomunikasi dengan anak. Pendedahan kepada pelbagai orang dan jenis komunikasi akan menggalakkan kanak-kanak belajar dengan lebih baik (cth: orang dewasa, guru, kawan-kawan dll) Pelbagai contoh – Kanak-kanak perlu mendengar dan melihat cara menggunakan perkataan yang dipelajari secara berulang-ulang. Jadi orang sekeliling perlu menjadi contoh yang terbaik untuk menunjukkan kepada kanak-kanak cara komunikasi yang betul. TIP #6: PERKATAAN DAN AYAT BERSAMA-SAMA
Apabila bercakap dan berkomunikasi, kita tidak hanya menggunakan perkataan sepatah-sepatah sahaja, kita akan bercakap menggunakan ayat. Bercakap menggunakan ayat bersama anak akan membantu untuk anak lebih memahami maksud satu-satu perkataan, dan ia juga menunjukkan cara penggunaan perkataan tersebut dengan betul dalam perbualan. Sebagai contoh, apabila kita menunjuk kepada pintu, kita boleh menyambungkan sekali dengan aksi yang boleh dibuat dengan pintu seperti “tutup pintu” atau “buka pintu”. Dengan ini anak bukan sahaja tahu perkataan pintu, tapi nama aksi dan susunan ayat juga.
Peranan kita: Gunakan ayat-ayat yang pendek dan ringkas semasa berbual dengan anak untuk memudahkan anak faham dan mengingat. Pastikan juga susunan ayat adalah betul dengan tatabahasa yang betul.
Belajar Bahasa adalah satu proses yang 2 hala. Jadi pastikan sentiasa ada komunikasi 2 hala dengan anak. Barulah anak akan belajar dengan lebih cepat.
Sumber: Aishah Kassim Academy
Aishah Kassim
Speech Language Pathology
The post Elak Anak Hafal Bahasa, Biar Dia Faham, Ingat, Guna! Pakar Bahasa Kongsi 6 Tip Ajar Anak Cakap appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/elak-anak-hafal-bahasa-biar-dia-faham-ingat-guna-pakar-bahasa-kongsi-6-tip-ajar-anak-bahasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Bahasa Kongsi Cara Kenal Pasti Tanda Awal Anak Lewat Bercakap 3 Tip Ini Mungkin Membantu

Pakar Bahasa Kongsi Cara Kenal Pasti Tanda Awal Anak Lewat Bercakap 3 Tip Ini Mungkin Membantu

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 376 hits
Setiap ibu bapa mengambil berat mengenai perkembangan bahasa pertuturan anak anak Berikut adalah beberapa tanda awal yang mungkin dan patut di perhatikan oleh ibu bapa Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook sila klik type ka...
Mencecah 3 Tahun Bila Ajar Anak Mereka Tak Fokus Dan Suka Main 3 Ciri Ini Ibu Kena Faham

Mencecah 3 Tahun Bila Ajar Anak Mereka Tak Fokus Dan Suka Main 3 Ciri Ini Ibu Kena Faham

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 442 hits
Biasanya bila di rumah ajar anak membaca menulis mak ayah rasa sedikit tercabar Ramai yang selalu suarakan Saya tak boleh nak ajar anak rasa nak marah je lagi lagi sekejap fokus sekejap nak main Kenapa kita rasa macam ni Sebab utama kita ta...
Tak Perlu Marah Anak Lagi Ibu Ini Kongsi 4 Tip Komunikasi Berkesan Kendali Anak 2 Hingga 7 Tahun Tanpa Tantrum Drama

Tak Perlu Marah Anak Lagi Ibu Ini Kongsi 4 Tip Komunikasi Berkesan Kendali Anak 2 Hingga 7 Tahun Tanpa Tantrum Drama

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 420 hits
Setiap ibu tentunya mahu apa yang dimintanya boleh dilakukan oleh anak anak tanpa menimbulkan sebarang masalah emosi drama tantrum konflik Ikuti perkongsian daripada ibu ini Puan Nani Zaik bersama keluarga berkongsi tentang sebuah buku yang...
Ibu Ini Kongsi 6 Tip Bantu Anak Bebas Lampin Dalam Masa Tak Sampai Seminggu

Ibu Ini Kongsi 6 Tip Bantu Anak Bebas Lampin Dalam Masa Tak Sampai Seminggu

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 345 hits
Bantuan daripada ibu bapa amat diperlukan untuk anak anak bebas lampin apabila dia berupaya bercakap untuk memberitahu mahu ke tandas dan boleh mengawal diri Dengan 6 tips ini anak anda boleh bebas lampin dalam masa kurang dari seminggu tel...
Penting Ajar Anak Anda Untuk Ingat Nombor Nombor Ini

Penting Ajar Anak Anda Untuk Ingat Nombor Nombor Ini

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 300 hits
Bila dah berkahwin ada anak anak memang menggembirakan kita sebagai ibu bapa apabila mereka sedikit demi sedikit dapat memahami apa yang kita ajar Diajar bercakap diajar menulis diajar berjalan tak kurang juga lebih advance anak anak diajar...
Buat Aiskrim Kacang Merah Homemade Untuk Anak Guna 3 Jenis Tepung Je Serius Sedap Macam Kedai

Buat Aiskrim Kacang Merah Homemade Untuk Anak Guna 3 Jenis Tepung Je Serius Sedap Macam Kedai

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 928 hits
Pening juga bila anak anak asyik minta aiskrim ketika singgah di kedai atau mengisi minyak di pam minyak Boleh kopak juga bila tiba waktu hujung bulan Nak tolak kesian pula anak menangis Elakkan hal semacam ni berlaku lagi dan lagi apa kata...
Ramai Mengadu Anak Tidur Lewat Malam Doktor Sheikh Muszaphar Kongsi Rutin Anak Tidur Awal Tanpa Meragam

Ramai Mengadu Anak Tidur Lewat Malam Doktor Sheikh Muszaphar Kongsi Rutin Anak Tidur Awal Tanpa Meragam

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 456 hits
Sebagai ibu bapa tentu sekali kita ingin anak anak tidur awal dan dapat tidur yang secukupnya Untuk anak mendapatkan tidur yang cukup dan tidak terlalu lewat malam kita harus menerapkan rutin harian yang baik untuk anak anak terutama sejak ...
Correcting Is Good Tapi Ada Adabnya Farah Lee Kongsi Cara Tegur Anak Yang Tersilap Pilih Perkataan

Correcting Is Good Tapi Ada Adabnya Farah Lee Kongsi Cara Tegur Anak Yang Tersilap Pilih Perkataan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 412 hits
Farah Lee blogger dan instafamous yang kini menuntut di Leeds United Kingdom dalam bidang Pendidikan Khas Kanak kanak berkongsi cara menegur anak yang tersilap pilih perkataan dalam ayat Nak tegur anak yang buat kesilapan dalam ayat ada car...
Ajar Anak Pegang Pensel Menconteng Nampak Simple Tapi Sebenarnya Banyak Faedah Umur Setahun Dah Boleh Mula

Ajar Anak Pegang Pensel Menconteng Nampak Simple Tapi Sebenarnya Banyak Faedah Umur Setahun Dah Boleh Mula

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 869 hits
Mengajar anak memegang pensel juga satu faedah Dengan hanya sebatang pensel dan sehelai kertas dia boleh menerokai pelbagai perkara baru sambil menajamkan skil Anak seronok menconteng dan dalam masa yang sama otaknya di stimulasi Menurut Pe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa