Keistimewaan Awal Zulhijjah



Telah sampai kepada kita awal Zulhijjah yang mana keistimewaannya amat hebat dan besar. Untuk memahami kelebihan, fadhilat dan keistimewaanya, kami nukilkan daripada kitab Lata'if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Hanbali.

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.
“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini -baginda memaksudkan 10 hari terawal Zulhijjah-.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda: “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali (syahid).” [Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438), Ibn Majah (1727), al-Tirmidzi (757)]

Antara dalil khusus kepada kelebihan suatu amalan dalam tempoh 10 hari terawal Zulhijjah ke atas jihad yang sama tempohnya ialah hadis yang diriwayatkan dalam Shahih Ibnu Hibban daripada Jabbir, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَفْضَلُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ، قَالَ: فَقَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، هُنَّ أَفْضَلُ أَمْ عِدَّتُهُنَّ جِهَادًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ، قَالَ: هُنَّ أَفْضَلُ مِنْ عِدَّتِهِنَّ جِهَادًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Tidak ada hari-hari yang afdal di sisi Allah berbanding 10 hari dalam bulan Zulhijjah.” Seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, adakah hari-hari itu afdal atau jihad di jalan Allah dalam tempoh tersebut?” Baginda bersabda: “Ia afdal berbanding jihad di jalan Allah dalam tempoh tersebut.”

Justeru, amalan yang dilakukan pada 10 hari ini dilebihkan ke atas jihad yang dilakukan pada 10 hari juga, bukannya secara mutlak.

Adapun perbahasan mengenai setiap harinya menyamai setahun, sebulan, atau 1000 hari, maka semuanya termasuk daripada hadis-hadis yang dhaif (lemah) tentang kelebihan beramal. Kebanyakannya menceritakan tentang kelebihan puasa dalam tempoh 10 hari terawal Zulhijjah, sedangkan puasa juga mempunyai keistimewaan dalam gandaan pahalanya. Puasa bagi Allah, dan Allah berhak memberi ganjarannya. Ia tidak khusus kepada puasa bahkan meliputi semua amalan. Sebenarnya hadis itu menjadi dalil kepada setiap malam yang dilakukan pada 10 hari tersebut lebih utama daripada amalan yang sama yang dilakukan selain daripada tempoh itu dalam suatu tahun. Maka, maksudnya adalah orang yang berjihad pada 10 hari terawal Zulhijjah lebih utama berbanding orang yang berjihad ada waktu selainnya dalam suatu tahun.

Sesungguhnya Allah SWT bersumpah dengan 10 malam terawal Zulhijjah dengan berfirman:

وَالْفَجْرِ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢﴾
“Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari terawal Zalhijjah).” (Surah al-Fajr: 1-2)

Berkenaan maksud fajar, ada ulama' mengatakan ia adalah seluruh waktu fajar, waktu terbit fajar, solat subuh, atau seluruh waktu siang; yang semua ini adalah khilaf dalam kalangan mufassirin. Selain itu, ada juga pandangan yang memilih maksudnya ialah; waktu fajar tertentu, fajar yang terbit pada hari pertama dari 10 hari terawal Zulhijjah, atau fajar pada hari terakhirnya, iaitu hari raya korban. Berdasarkan semua pandangan ini, tempoh 10 hari tersebut merangkumi waktu fajar yang telah disumpah oleh Allah.

Sumpahan ini menunjukkan kepada kelebihan malam-malamnya, tetapi tidak sabit hadis berkenaan semua malam atau salah satunya menyamai malam al-Qadr.

Beberapa kumpulan ulama Mazhab Hanbali mendakwa bahawa malam Jumaat afdal daripada malam al-Qadr, namun pengambilannya daripada Imam Ahmad adalah tidak benar. Oleh itu, berpandukan kepada pandangan mereka, melebihkan 10 malam ini ke atas malam al-Qadr boleh diterima.

Pandangan sebenar ialah pandangan sebahagian ulama’ muta’akhkhirin yang mengatakan: “Keseluruhan 10 malam terawal Zulhijjah afdal daripada keseluruhan 10 malam di bulan Ramadhan walaupun dalam 10 malam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang tiada tolok bandingnya.” Wallahua’lam.

Diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad, daripada Abu Sa’id al-Khudri:

أن النبي صلى علىيه و سلم قال في حجة الوداع في خطبته يوم النحر : ألا إِنَّ أحرمَ الأَيَّامِ يومُكُمْ هذا ألا وإِنَّ أحرمَ الشُّهورِ شَهْرُكُمْ هذا ألا وإِنَّ أحرمَ البَلَدِ بَلَدُكُمْ هذا
“Bahawa Nabi SAW bersabda ketika haji wada’ dalam khutbahnya pada hari raya korban: “Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia hari ialah hari kamu ini (Arafah). Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia bulan ialah bulan kamu ini (Zulhijjah). Ingatlah, sesungguhnya semulia-mulia tempat ialah tempat kamu ini (Makkah).” [Riwayat Ibnu Majah (3931)]

Hadis ini turut diriwayatkan daripada Jabir, Wabisah Bin Ma’bad, Nubait Bin Syarit, dan para sahabat selain mereka, daripada Nabi SAW. Kesemuanya memberi petunjuk bahawa bulan Zulhijjah adalah sebaik-baik bulan haram iaitu bulan yang paling tinggi kehormatannya.

10 hari ini adalah termasuk daripada tempoh 40 hari yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa alaihissalam. Firman Allah Taala:

وَوَاعَدْنَا مُوسَىٰ ثَلَاثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ۚ وَقَالَ مُوسَىٰ لِأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلَا تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ ﴿١٤٢﴾
“Kami telah menjanjikan tempoh kepada Musa (untuk diberikan kitab Taurat) selama 30 malam, dan Kami sempurnakan jumlahnya dengan 10 lagi, lalu cukuplah waktu yang ditentukan oleh Tuhannya selama 40 malam.” Musa berkata kepada saudaranya, Harun (semasa hendak keluar dalam tempoh 40 hari ini): “Gantikanlah aku dalam urusan memimpin kaumku, perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah turuti jalan golongan yang melakukan kerosakan.” [Surah al-A'raf: 142]

Abdurrazaq meriwayatkan daripada Ma'mar, daripada Yazid bin Abu Ziyad, daripada Mujahid, katanya: “Tidak ada amalan pada seluruh hari dalam setahun yang afdal daripada 10 hari terawal Zulhijjah. Ia adalah 10 hari yang disempurnakan oleh Allah kepada Nabi Musa Alaihissalam.”

Oleh itu, marilah kita beramal dan perbanyakkan amal kebajikan. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa melakukan amal soleh untuk bekalan di akhirat kelak.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/08/keistimewaan-awal-zulhijjah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah

Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 359 hits
Tidak berapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Zulhijjah insya Allah Bulan yang juga dikenali sebagai bulan haji dan sinonim dengan ibadat korban Bagi jemaah haji apabila tiba bulan ini semakin hampir mereka dengan kemuncak ibada...
Tentukan Awal Zulhijjah 1440h Kemenag Gelar Sidang Isbat 1 Agustus

Tentukan Awal Zulhijjah 1440h Kemenag Gelar Sidang Isbat 1 Agustus

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 188 hits
Sidang dijadwalkan akan dipimpin oleh Dirjen Bimas Islam Muhammadiyah Amin karena Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin tengah bertugas sebagai Amirul Hajj di Arab Saudi
Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 404 hits
Tinggal dua hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan Islam yang baru iaitu Bulan Zulhijah Bulan ini antara bulan yang menjadi perhatian umat Islam di seluruh dunia kerana adanya ibadah haji yang akan diadakan pada setiap tahun Jemaah yang ...
Keistimewaan 10 Hari Di Bulan Zulhijjah Yang Perlu Kita Tahu

Keistimewaan 10 Hari Di Bulan Zulhijjah Yang Perlu Kita Tahu

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 486 hits
Keistimewaan 10 hari di bulan Zulhijjah yang perlu kita tahu Alhamdulillah Hari ni 1 Zulhijjah 1440H Moga para jemaah yang mengerjakan The post appeared first on
Parlimen Mungkin Bubar Awal

Parlimen Mungkin Bubar Awal

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 354 hits
P H AKAN GUGUR DENGAN SENDIRINYA ATAU BUBAR PARLIMEN ISHH SANGAT MENAKUTKAN P H Pak Karamu Meski mabuk bercinta berlaku adillah wahai PAS Diterbitkan 22 Jul 2019 9 07 malam Dikemaskini 22 Jul 2019 9 07 malam ULASAN Kenyataan Timbalan Presid...
5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 552 hits
5 Rahsia Manusia Berjaya Bangun Awal Pagi Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulilah masih di berikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini Orait Biasa tak baca kenapa manusia yang Berjaya akan bangun awal pagi Awal pagi tu dalam...
Kisah Awal Mula Saldo Nol Masjid Jogokariyan

Kisah Awal Mula Saldo Nol Masjid Jogokariyan

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 239 hits
Usai sholat seorang laki laki tampak terbaring di Masjid Jogokariyan Jamaah lain mengira ia sedang lelah dan mengantuk sehingga tak kuat duduk lalu istirahat dan tertidur Saat didekati ternyata ia tidak sedang istirahat Ia tak sadarkan diri...
Musim Pertama What If Akan Meneroka 23 Filem Awal Marvel Studios

Musim Pertama What If Akan Meneroka 23 Filem Awal Marvel Studios

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 296 hits
Dalam temubual bersama laman hiburan Screenrant baru baru ini presiden Marvel Studios Kevin Feige telah mendedahkan bahawa siri animasi What If musim pertama akan memberi fokus kepada cerita dari The Infinity Saga Menurutnya lagi What If ak...
Happy Awal Muharram 1435h

Happy Awal Muharram 1435h

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 428 hits
dan Bersempena tahun baru 1435H salam Maal Hijrah diucapkan Sama sama menanam azam dan tekad untuk menjadi insan yang lebih baik disisiNya InsyaAllahAlhamdulillah Ala kulli hal Segala puji pujian hanya layak bagi Allah dalam setiap keadaan ...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya