Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah


Tidak berapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke bulan Zulhijjah, insya-Allah. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan haji dan sinonim dengan ibadat korban. Bagi jemaah haji, apabila tiba bulan ini semakin hampir mereka dengan kemuncak ibadat itu iaitu wukuf di Arafah.
Bagi kita yang tidak berkesempatan menjadi tetamu Allah kali ini, mari kita rebut peluang 10 hari pertama Zulhijjah dengan melakukan pelbagai ibadat sunat.
Ada beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya. Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: (Demi fajar dan malam yang sepuluh). (al-Fajr: 1-2)

Menurut Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Hadis riwayat Bukhari)
Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”. (Riwayat Ahmad)
Sementara itu, menurut al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
Oleh itu, marilah kita melipat-gandakan amalan pada bulan ini terutamanya solat. Disunatkan kita keluar awal ke tempat solat fardu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.
Thauban r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu. (Riwayat Muslim). Ini umum untuk semua waktu.
• Puasa. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada sebilangan isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharam) dan tiga hari pada setiap bulan”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
• Takbir, tahlil dan tahmid. Ini berdasarkan hadis Ibnu Umar di atas yang mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illallah), bertakbir (mengucapkan Allahu Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah)”.
Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut sama bertakbir”.
• Puasa pada hari Arafah. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini sabit dari Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. (Riwayat Muslim) Bagaimanapun, amalan ini hanya disunatkan untuk orang yang tidak menunaikan haji.
• Kelebihan Hari Raya Aidiladha (Yaum an-Nahr) pada 10 Zulhijjah.Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelosok dunia. Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdal di dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://norainimemories.blogspot.com/2019/07/kelebihan-10-hari-awal-zulhijjah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zulhijjah Bulan Menambah Amalan Terutamanya Pada 10 Hari Pertama

Zulhijjah Bulan Menambah Amalan Terutamanya Pada 10 Hari Pertama

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 2449 hits
Zulhijjah Bulan Menambah Amalan Berpuasa Sunat Dan Membuat Korban Salam Zulhijjah kepada semua pembaca blog Semoga kita dapat melalui bulan ini dengan menambah amalan sunat kita dan akhirnya mendapat ganjaran pahala yang berganda Insyaa All...
Keistimewaan 10 Hari Di Bulan Zulhijjah Yang Perlu Kita Tahu

Keistimewaan 10 Hari Di Bulan Zulhijjah Yang Perlu Kita Tahu

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 525 hits
Keistimewaan 10 hari di bulan Zulhijjah yang perlu kita tahu Alhamdulillah Hari ni 1 Zulhijjah 1440H Moga para jemaah yang mengerjakan The post appeared first on
Kelebihan Berkahwin Awal Dan Berkahwin Lambat

Kelebihan Berkahwin Awal Dan Berkahwin Lambat

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 331 hits
Bab kahwin adalah hal yang seringkali dibincang dan diperdebatkan antaranya tentang kahwin awal kahwin lambat poligami kahwin lelaki muda kahwin perempuan tua kahwin bawah umur hantaran tinggi hantaran rendah kahwin pilihan sendiri kahwin p...
Keistimewaan Awal Zulhijjah

Keistimewaan Awal Zulhijjah

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 410 hits
Telah sampai kepada kita awal Zulhijjah yang mana keistimewaannya amat hebat dan besar Untuk memahami kelebihan fadhilat dan keistimewaanya kami nukilkan daripada kitab Lata if Al Maarif oleh Ibnu Rajab al Hanbali Al Bukhari meriwayatkan se...
Tentukan Awal Zulhijjah 1440h Kemenag Gelar Sidang Isbat 1 Agustus

Tentukan Awal Zulhijjah 1440h Kemenag Gelar Sidang Isbat 1 Agustus

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 214 hits
Sidang dijadwalkan akan dipimpin oleh Dirjen Bimas Islam Muhammadiyah Amin karena Menteri Agama Lukman Hakim Saifuddin tengah bertugas sebagai Amirul Hajj di Arab Saudi
Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Amalan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 419 hits
Assalamualaikum kelmarin kita sudah masuki di dalam bulan Zulhijjah Bulan terakhir di dalam kalendar Islam Oleh itu jom kita tingkatkan amalan di awal bulan Zulhijjah Oleh kerana keutamaan yang banyak inilah maka digalakkan untuk memperbany...
Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Keistimewaan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 539 hits
Tinggal dua hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan Islam yang baru iaitu Bulan Zulhijah Bulan ini antara bulan yang menjadi perhatian umat Islam di seluruh dunia kerana adanya ibadah haji yang akan diadakan pada setiap tahun Jemaah yang ...
Sambutan Hari Lahir Pak Ndak Zahra

Sambutan Hari Lahir Pak Ndak Zahra

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 285 hits
HAPPY BIRTHDAY PAK NDAK AssalamualaikuAlhamdulillah dapat update blog lagi Kali ni nak share cerita pasal sambutan hari lahir Pak Ndak Zahra yang dah diadakan pada 23hb Mac yang lepas Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar Kami sambut ...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Hard Rock Penang

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

A Grand Comeback For A Grand Seaside Hotel

Pasaran As Pergerakan Sederhana Tetapi Positif

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bekalan Nasi Lemak Air Tangan En Suami

Permata Ametis Si Batu Kecubung

Kaabah Alami Kerosakan

Urutan Surat Dan Ayat Terakhir Yang Diturunkan Kepada Rasulullah

Lirik Lagu Saksi Sufian Suhaimi

Ea Raja Pips Layanan Sistem Manajemen Dalam Bisnis Trading Forex