Kegigihan Anak Anak Tiau Cari Dana Untuk Naik Belon Ke Kuala Lumpur


Menjadi seorang guru bukan sahaja untuk mencurahkan ilmu tetapi guru juga berperanan untuk memahami, mempelajari dan mendidik anak-anak murid mengenai erti kehidupan dengan penuh hikmah dan kesabaran.
Usaha yang dilakukan oleh setiap guru untuk kebaikan anak-anak muridnya sememangnya merupakan pengorbanan terbesar yang tidak mampu dibalas dengan wang ringgit.
Bagi Izma Harliana Juhar, dia menyimpan impian untuk melihat anak-anak muridnya di Sekolah Kebangsaan Ng Tiau, Sarawak merasai ‘dunia luar’ dengan menaiki ‘belon’. Mungkin dilihat kecil untuk sesetengah orang, tetapi besar ertinya untuk anak-anak pedalaman itu.
Bismillah.
Tuan-tuan yang dikasihi,
Hari ini adalah harinya.Bertahun sebelumnya, saya telah memasang impian yang satu ini.Sebabnya, saya sentiasa dilanda ribut pertanyaan comel anak-anak, – cikgu tak takut ke naik belon (kapal terbang) cikgu? kalau kapal terbang terjatuh, cikgu nak buat apa😅, membula (tipu) je cikgu ni rumah cikgu sebelah keretapi😌, betulkah menara tu tinggi sampai boleh nampak rumah cikgu?🤭 Betul ke memang nampak gajah, zirafah, panda dekat Zoo?😃 dan yadayada.Setiap kali lepas jawab soalan macam tu, saya pun cakaplah, doakanlah cikgu kaya, nanti cikgu bawa kamu ke sana.(cakap doa berkat dan murah rezki, tak faham pula.hee)Fuh, laju je depa sebut aamiin.
Yang sebenarnya anak, kalau nak tunggu kaya tu entah bilalah.hihi.Tapi, entah kekuatan apa yang merasuk cikgu menyebut ini kepada guru besar di suatu pagi.“Cikgu, sebelum saya pindah, saya nak bawa sekali sahaja, mana-mana anak sini untuk terbang ke Kuala Lumpur!”Maka hari ini takdir menuliskan rezki ke tangan anak-anak ini.Mungkin sebab bilangan anak-anak tahun 6 sebelum ini agak ramai, memasang niat saja bunyinya sudah kedengaran mustahil.Sebabnya tuan, pengangkutan air – darat – udara saja sudah mencecah ribuan ringgit, belum yang lain lagi.Pernah trip tahun lepas ada anak bawa RM 5 je semasa pergi Kuching. Syukur sumbangan kalian berlebih, dapatlah anak ini duit poket dan membeli pakaian baru.Jadi, pada saya inilah detik dan waktunyanya.Mungkin sebabnya anak-anak tahun 6 tahun ini 5 orang sahaja.Ya, kalau ikutkan nak bawa semua! Tapi tu lah kan, cikgu Izma belum kaya lagi. Haha.Baik 5 dulu dari tiada.
Tuan-tuan yang dikasihi,
Hari ini adalah harinya.Hampir setahun sebelumnya, jika tuan-tuan masih ingat, hajat tak kesampaian.Sebab nak beli tiket penerbangan di saat akhir tersangatlah mahal.Mujur Kuching destinasi hebat.Jadi kali ini saya beli tiket awal. Kenapa lama sampai seminggu. Alang-alang pergi tuan-tuan, dan beli tiket penerbangan di tarikh tersebut pun kerana tarikh sekian-sekian murah tuan-tuan.Kalau tak jadi? Ya saya redha tuan-tuan.Tapi saat ini, sudah ditahap ini, berikan saya alasan untuk saya berundur.
Tu pun syukur dapat guru besar yang memahami.Didahulukannya dengan sejumlah duit sekolah sedikit, dengan janji, jika ada bajet yang berlebih, saya kembalikannya semula kepada anak-anak lain.Saya sebenarnya paling nak elak guna duit ini, kerana sekolah pedalaman tuan-tuan, tak selalu akaunnya berisi tuan-tuan.
Anak-anak yang disayangi,
Hari ini adalah harinya.Sebelum kita melalui hari ini, harap anak-anak tak lupa.Kita buat aiskrim sama-sama, walaupun makan hari juga nak keras aiskrimnya kerana elektrik sekolah kita tak 24 jam.Anak-anak belajar buat karipap dengan Cikgu Dayang, ya Allah laku keras karipap anak-anak.Cikgu bagi resepi kek coklat, anak-anak berjaya jelmakan ia di dunia nyata – licin!Mujur cikgu simpan 5 potong untuk anak-anak merasa air tangan anak-anak.Dan sebenarnya banyak lagi yang kita lakukan tak tersebut. Banyak juga yang kita rancangkan tak tersahut.Kerana Tuhan selalu juga memintasnya dengan kehendak hebatNya yang lain pula.Kita tenang.Dan kita syukur, dapat lah tak banyak, sedikit menampung belanja kita.Tapi kita puas.Dan kita memang akan teruskan juga beberapa projek kita yang terbengkalai pulang nanti, insyaAllah 😃
Kerana, anak-anak ingat apa yang cikgu pesan. Hidup ini tidak mudah, sayang. Jangan manja.Tak semua yang kita ingin bergolek mesra ke ribaan kita. Untuk itu, kita mesti berusaha, bergolok bergadai apa yang diingin kita.
Pernah di suatu malam saya sebutkan pada Kak Sharifah, antara orang awal yang tahu falsafah keinginan saya yang satu ini.Sebenarnya, nak latih anak-anak ini softskill juga, pandai bercakap, pandai berniaga, pandai buat masak dan sebagainya.Tak mahu 100 peratus minta orang derma.Kiranya, mereka usaha juga untuk ke sana.Nanti dah sampai tarikhnya, kalau betul-betul tak cukup, baru saya minta sumbangandi laman muka buku saya ini.
Tuan-tuan yang dikasihi,
Hari ini adalah harinya, saya mengotakan kata , setelah puas segala ikhtiar dan usaha, saya memerlukan RM 1100 sahaja lagi untuk menampung kos ke beberapa tempat yang telah disenarai untuk memenuhi tentatif, agar segalanya berjalan lancar, seminggu ini.Tidak sampai hati membatalkan ini, kerana melihat mata anak yang bercahaya, katanya makan telur pun takpe. Alahai.Takkan lah cikgu nak bagi kamu makan telur pula.Haha.
Jadi, saya menjemput rakan-rakan, jika mahu berbagi rasa bersama saya, boleh sampaikan sumbangan di akaun ini, Maybank 161097133794 dengan rujukan lawatan. Walaupun seringgit, besar nilainya pada kami, jika masih tidak , tak mengapa doakan segalanya berjalan lancar ya, demi anak-anak pedalaman, anak-anak laskar pelangi saya, anak-anak kita! 🙂
Anak-anak,
Hari ini adalah harinya.Menempuhiya, anak-anak berpeluanglah merasai perjalanan pulang cikgu dari sekolah, syurga anak-anak ke kampung halaman cikgu.Mula awal pagi menaiki perahu selama 3 jam, diikuti bot ekspress 3 jam, naik kereta hampir 1 jam, naik kapal terbang 2 jam, dan naik bas lagi selama 1 jam.Dari pagi membawa ke tengah malam! Ya cikgu tahu anak-anak penat, tapi anak-anak memang pandai menyembunyikan perasaan di sebalik hilai tawa teruja anak-anak. Kerana anak-anak tahu kepenatan ini akan berbayar insyaAllah dengan segala lambakan kenangan dan pengalaman yang bakal anak-anak kecapi!
Dan…
Anak-anak,
Hari ini adalah harinya!Selamat datang Ke Kuala Lumpur anak-anak! Tempat tumpahnya darah bonda yang melahirkan cikgu! Yang hingga kini cikgu tetap merasa ia kota yang tersingkap segala nilai, ilmu dan pendidikan untuk anak-anak terokai!
Kredit Foto: Izma Harliana Juhar Terima kasih kepada warga SK Ng Tiau, semua guru dan staf, bekas-bekas guru , penduduk Rumah Panjang Ejon dan James Saka 😍 Juga tak lupa guru dan staf yang sudi teman saya iringi anak-anak saya ini, tanpa saya dapat menjanjikan sesen pun sponsor untuk mereka.Tanggungan sendiri. Ada yang sponsor banner, bagi kasut cantik untuk anak-anak pinjam, bagi duit poket sikit, support jualan dan sebagainya. Juga family ; abah yang offer nak jadi driver dan mama yang nak masak dan family bagi anak tumpang tidur rumah sekejap😆 Puas kata tak payah, tapi depa nak juga.Katanya jangan membazir.Haha.Sayang semua ❤️
*Sebenarnya, hari ini adalah harinya merujuk tarikh 16 Oktober, 2019. Saya dilanda kesibukan menguruskan itu ini, dan baru hari ini, mampu nak post tulisan ini, itupun agak tergesa-gesa kerana bimbang tertangguh lagi, tapi segalanya insyaALLAH memang ikhlas dari hati :)Semua gambar berkaitan anak-anak, adalah persetujuan anak-anak dan ibu bapa. Moga dijauhkan dari unsur tidak baik. Harap maklum.
Kepada semua yang menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 161097133794 di hari Jumaat barakah ini hingga ke seminggu ini, tiada lain yang dapat saya doakan kecuali sayang Tuhan melimpah ruah ke dalam diri kalian, sepanjang hayat ! <3
Edited.Sehingga jam 12 malam tadi, sumbangan untuk lawatan ini telah mencukupi, alhamdulillah! Terima kasih semua! 😘 Namun begitu, saya terbuka untuk individu yang masih berminat boleh pm saya, untuk perbelanjaan sampingan agar dapat anak-anak ini membeli belah buah tangan atau pakaian sekolah baru untuk dibawa pulang nanti! 😃
#anakanakTiau
#anakanakTiaukeKualaLumpur!
Sumber: Izma Harliana Juhar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/19/kegigihan-anak-anak-tiau-cari-dana-untuk-naik-belon-ke-kuala-lumpur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambil Kesempatan Terhadap Gadis Naik Konuter Kuala Lumpur

Ambil Kesempatan Terhadap Gadis Naik Konuter Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 1229 hits
Mereka meraba gesel tubuh KUALA LUMPUR Saya penat menghalau lelaki warga asing miang yang gemar menceroboh koc wanita Malangnya mereka cukup keras kepala dan degil Ummu Sharik Hamzan Kamar 23 berkata keadaan itu sering dialami setiap kali s...
5 Fakta Menarik Tentang Luckin Kopi Kuala Lumpur

5 Fakta Menarik Tentang Luckin Kopi Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 531 hits
Aku memang suka jalan jalan cari makan di sekitar Kuala Lumpur especially pada hari hujung minggu Kadang kadang dah penat kerja di hari minggu jadi weekend adalah masa terbaik untuk cari tempat makan yang best best dan enjoy the moment Jadi...
Ww Good Morning Kuala Lumpur

Ww Good Morning Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 307 hits
Hi korang Assalammualaikum selamat pagi Good Morning SA pagi ni dengan fresh mood sebab tu pakai baju warna hijau hahaha mulakan hari anda dengan senyuman ye jangan ada aang cari masalah atau memberi masalah hari ni nak tenang tenang aje Th...
Tiket Ets Ipoh Ke Kuala Lumpur Murah

Tiket Ets Ipoh Ke Kuala Lumpur Murah

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 608 hits
Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur murah Siapa yang tidak mahu jika tiket ETS dijual dengan murah Apalagi sebagai seorang pelajar yang sering pulang ke rumah di Ipoh dari tempat belajar di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya Begitu juga dengan ...
Visit The 14th Private International School Fair In Kuala Lumpur This November

Visit The 14th Private International School Fair In Kuala Lumpur This November

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 357 hits
Can you guess how many international schools there are in Malaysia The answer is more than 150 schools The number of international schools in Malaysia continues to grow to meet the demand from local and expatriate parents alike Many parents...
Buat Business Card Murah Cepat Di Q Print Kl Sentral Kuala Lumpur

Buat Business Card Murah Cepat Di Q Print Kl Sentral Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 663 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBeberapa minggu yang lalu aku telah ke Qprint Station di KL Sentral untuk membuat business card yang cepat dan murah Sebenarnya ada yang lagi murah tetapi mengambil masa beberapa hari untuk siap Disebabkan...
Joint Birthday Celebration For Datin Nasreen And Datin Sofea At Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur

Joint Birthday Celebration For Datin Nasreen And Datin Sofea At Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 512 hits
Hello lovely readersHari ni Misz ella nak share tentang persahabatan ataupun kawan Kita semua ada kawan No one can live alone in this world kan Nak tak nak kita kena akui yang sahabat atau kawan itu memainkan peranan penting dalam hidup kit...
Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 827 hits
Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur Assalamualaikum dan hi apa khabar semuanya Baru baru ini masa zaza datang ke Kuala Lumpur zaza menetap seminggu dekat rumah kakak Jadi kebetulan ada hari dia cuti dari kerja so kakak ajak jalan jala...
Hamil Anak Kembar Berat Badan Syahnaz Naik 10 Kg

Hamil Anak Kembar Berat Badan Syahnaz Naik 10 Kg

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 318 hits
Syahnaz Sadiqah sedang hamil anak pertamanya Usia kehamilan istri Jeje Govinda ini sudah menginjak 6 bulan lebih
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It