Tiket Ets Ipoh Ke Kuala Lumpur Murah


Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur murah?Siapa yang tidak mahu jika tiket ETS dijual dengan murah? Apalagi sebagai seorang pelajar yang sering pulang ke rumah di Ipoh dari tempat belajar di Kuala Lumpur (KL) dan kawasan sekitarnya.
Begitu juga dengan penumpang yang sudah berkeluarga dan bekerja di Kuala Lumpur. Sudah pasti tiket ETS murah memberi satu peluang yang baik kepada pengguna ETS Ipoh ke Kuala Lumpur.
ETS
ETS adalah singkatan kepada servis kereta api elektik (Electric Train Service) yang beroperasi di Malaysia semenjak 2010 oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Kereta api yang beroperasi secara elektrik ini sudah menjadi pilihan ramai dalam melakukan perjalanan selain daripada bas kerana dapat menjimatkan waktu perjalanan dengan kelajuan140km/jam. 
Bagi mendapatkan keselesaan dan keselamatan ketika dalam perjalanan, kereta api elektrik menjadi pilihan yang tepat memandangkan harganya yang berpatutan.
Kemudahan seperti tempat duduk yang selesa, berdingin hawa dan mempunyai kemudahan awam seperti tandas, kafe dan surau. Terdapat juga power point bagi plug 3-pin di setiap set tempat tempat duduk.
Susunan Tempat Duduk ETS Ipoh ke Kuala Lumpur Terdapat lima gerabak yang disediakan bagi setiap perjalanan yang dinamakan sebagai koc. Koc diberi nama sebagai A, B, C, D, E dan F.
Setiap koc memberikan ruang untuk 60 penumpang dan 44 penumpang di koc yang mempunyai kafe dan surau. Terdapat ruang antara tempat duduk bagi laluan penumpang menambahkan lagi keselesaan untuk berlegar-legar di kawasan koc. 
Susunan kerusi adalah dua dan dua. Ini bermakna satu barisan mempunyai tempat duduk A, B dan C, D. Sebagai contoh, tempat duduk 2A dan 2B adalah bersebelahan.
Kemudian, terdapat ruang untuk berlegar atau bergerak. Selepas itu, barulah tempat duduk 2C dan 2D. Tempat duduk yang mengadap tingkap adalah tempat duduk A dan tempat duduk D. 
Pemilihan tempat duduk boleh dipilih apabila menempah tiket menggunakan laman web e-Tiket KTMB.
Koc yang mempunyai kemudahan kafe dan surau adalah koc C. Tandas terletak di koc B dan E manakala tandas bagi orang kelainan upaya (OKU) terletak di koc D.  
Jenis Perjalanan
Terdapat tiga jenis perjalanan kereta api elektrik iaitu:
Silver (Berhenti di setiap stesen KTM) 
Harga Tiket Ipoh – KL: RM25 (Selepas diskaun: RM19)
Gold (Berhenti hanya di stesen destinasi KTM) 
Harga Tiket Ipoh – KL: RM36 (Selepas diskaun: RM25
Platinum (Berhenti di beberapa stesen KTM) 
Harga Tiket Ipoh – KL: RM46 (Selepas diskaun: RM31) 
Ketiga-tiga kereta api elektrik mempunyai jumlah koc yang sama namun mempunyai tempoh perjalanan yang berbeza.
Perbezaan antara jenis perjalanan tidaklah terlalu ketara tetapi menjadi keutamaan bagi mereka yang perlu berada di destinasi tepat pada waktunya.  
Ketiga-tiga jenis kereta api elektrik ini mempunyai dua laluan yang berbeza iaitu laluan ke arah Utara dan laluan ke arah Selatan.
Laluan ke arah Utara adalah antara stesen KL Sentral, stesen Ipoh, stesen Butterworth dan stesen Padang Besar. Laluan ke arah Selatan adalah laluan antara stesen KL Sentral dan stesen Gemas. 
Trik mendapat Tiket ETS Ipph ke Kuala Lumpur Bagi mendapatkan harga tiket yang lebih murah, pengguna perlulah mendaftar sebagai ahli. Yuran keahlian adalah berpatutan iaitu RM30 bagi tempoh setahun dan tambahan RM3 bagi caj pentadbiran.
Pendaftaran adalah mudah dengan hanya mendaftar di laman web KTMB dan memuat naik bukti yang menunjukkan anda seorang pelajar seperti kad matrik. 
Tempoh proses pendaftaran adalah selewat-lewatnya selama sebulan. Maka, para pelajar dinasihatkan untuk mendaftar lebih awal.
Setelah proses pendaftaran berjaya, pelajar akan menerima KTMB iCard Virtual iaitu kad maya di telefon pintar.
Kad maya ini perlu ditunjukkan untuk membeli tiket di kaunter dan ditunjukkan bersama kad pengenalan semasa pemeriksaan di dalam kereta api . 
Ahli boleh mendapat diskaun sebanyak 24% bagi setiap tiket. Sebagai contoh, tiket yang berharga RM25 akan menjadi RM19 selepas diskaun. Ini bermakna, pengurangan sebanyak RM6.
Secara logiknya, yuran RM30 yang kita bayar seperti membayar diskaun RM6 bagi lima perjalanan pertama yang berjumlah RM30. Selepas lima perjalanan, diskaun yang kita dapat adalah percuma. 
Tiket murah Tiket murah hanya boleh didapati dengan menjadi ahli KTMB terutamanya bagi golongan pelajar. Jenis perjalanan bagi tiket murah adalah perjalanan Silver.
Memandangkan kereta api  perjalanan Silver akan berhenti di setiap stesen, maka masa yang diambil adalah lebih lama berbanding Platinum dan Gold. Namun, hanya satu masa perjalanan yang ditawarkan untuk Silver.
Kereta api  perjalanan jenis Silver hanya ditawarkan pada waktu malam bagi perjalanan bermula di stesen KL Sentral dan pada waktu awal pagi bagi perjalanan bermula di stesen Ipoh.
Perjalanan waktu malam adalah pada jam 9.30 malam bagi perjalanan KL ke Ipoh dan jam 5 pagi bagi perjalanan Ipoh ke KL. Tertakluk kepada perubahan jadual perjalanan.
ETS Pilihan Terbaik bagi Pelajar Perkhidmatan ETS adalah satu pilihan perjalanan yang selesa dan selamat. Harganya berpatutan mengikut jenis perjalanan yang boleh dipilih terutamanya bagi pelajar dengan memilih kereta api elektrik jenis Silver.
Pendaftaran sebagai ahli menjadi bonus untuk mendapatkan harga tiket yang murah. 

The post Tiket ETS Ipoh ke Kuala Lumpur murah appeared first on Radio Senyap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.radiosenyap.com/2019/10/tiket-ets-ipoh-ke-kuala-lumpur-murah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Business Card Murah Cepat Di Q Print Kl Sentral Kuala Lumpur

Buat Business Card Murah Cepat Di Q Print Kl Sentral Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 663 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBeberapa minggu yang lalu aku telah ke Qprint Station di KL Sentral untuk membuat business card yang cepat dan murah Sebenarnya ada yang lagi murah tetapi mengambil masa beberapa hari untuk siap Disebabkan...
5 Fakta Menarik Tentang Luckin Kopi Kuala Lumpur

5 Fakta Menarik Tentang Luckin Kopi Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 531 hits
Aku memang suka jalan jalan cari makan di sekitar Kuala Lumpur especially pada hari hujung minggu Kadang kadang dah penat kerja di hari minggu jadi weekend adalah masa terbaik untuk cari tempat makan yang best best dan enjoy the moment Jadi...
Kegigihan Anak Anak Tiau Cari Dana Untuk Naik Belon Ke Kuala Lumpur

Kegigihan Anak Anak Tiau Cari Dana Untuk Naik Belon Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 350 hits
Menjadi seorang guru bukan sahaja untuk mencurahkan ilmu tetapi guru juga berperanan untuk memahami mempelajari dan mendidik anak anak murid mengenai erti kehidupan dengan penuh hikmah dan kesabaran Usaha yang dilakukan oleh setiap guru unt...
Ambil Kesempatan Terhadap Gadis Naik Konuter Kuala Lumpur

Ambil Kesempatan Terhadap Gadis Naik Konuter Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 1229 hits
Mereka meraba gesel tubuh KUALA LUMPUR Saya penat menghalau lelaki warga asing miang yang gemar menceroboh koc wanita Malangnya mereka cukup keras kepala dan degil Ummu Sharik Hamzan Kamar 23 berkata keadaan itu sering dialami setiap kali s...
Ww Good Morning Kuala Lumpur

Ww Good Morning Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 307 hits
Hi korang Assalammualaikum selamat pagi Good Morning SA pagi ni dengan fresh mood sebab tu pakai baju warna hijau hahaha mulakan hari anda dengan senyuman ye jangan ada aang cari masalah atau memberi masalah hari ni nak tenang tenang aje Th...
Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 827 hits
Lepak Di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur Assalamualaikum dan hi apa khabar semuanya Baru baru ini masa zaza datang ke Kuala Lumpur zaza menetap seminggu dekat rumah kakak Jadi kebetulan ada hari dia cuti dari kerja so kakak ajak jalan jala...
Joint Birthday Celebration For Datin Nasreen And Datin Sofea At Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur

Joint Birthday Celebration For Datin Nasreen And Datin Sofea At Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 512 hits
Hello lovely readersHari ni Misz ella nak share tentang persahabatan ataupun kawan Kita semua ada kawan No one can live alone in this world kan Nak tak nak kita kena akui yang sahabat atau kawan itu memainkan peranan penting dalam hidup kit...
Visit The 14th Private International School Fair In Kuala Lumpur This November

Visit The 14th Private International School Fair In Kuala Lumpur This November

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 357 hits
Can you guess how many international schools there are in Malaysia The answer is more than 150 schools The number of international schools in Malaysia continues to grow to meet the demand from local and expatriate parents alike Many parents...
Beli Pasu Murah Di Ipoh

Beli Pasu Murah Di Ipoh

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 1186 hits
Baru baru ni aku pergi la ke Ipoh kan atas urusan kerja Tapi dalam masa yang sama aku bawa juga family kecil aku ni bercuti di Lost World of Tambun Kasi release tension sikit main air puas puas sambil tengok haiwan haiwan liar Well bercerit...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner