Kedudukan Zahid Tak Dapat Dipertahan Segerakan Pemilihan Parti Kata Khairy


Predeep Nambiarfreemalaysiatoday.com
-April 9, 2021 4:01 PM
Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Kerja Tertinggi Umno perlu mengadakan mesyuarat segera untuk menetapkan pemilihan parti.
PETALING JAYA: Kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno tidak dapat dipertahankan lagi dan pemilihan parti yang dijadualkan pada Jun perlu diadakan segera, kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ramai ahli parti semakin tidak selesa dengan perbualan telefon didakwa antara Zahid dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang sedang tular di media sosial.

“Saya rasa ramai dalam parti sangat tidak selesa dengan perbualan telefon itu. Saya fikir kedudukan Zahid sebagai presiden parti semakin tidak dapat dipertahankan.

“Oleh itu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti perlu bermesyuarat segera dan membenarkan pemilihan parti diadakan segera.

“Cara terbaik adalah supaya pemilihan parti diadakan sekarang, bukan tunggu hingga akhir tahun,” kata beliau di luar sebuah acara di sini.

Dalam rakaman yang masih belum ditentukan kesahihannya itu, dipercayai perbualan telefon sejurus selepas Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU2020) akhir bulan lalu, seorang lelaki yang suaranya mirip Anwar berseloroh bahawa itu kali pertama beliau mengikuti PAU sejak 22 tahun lalu, dengan seorang lagi lelaki berkata: “Jangan bimbang, itu hanya taktik.”

Anwar dan Zahid menafikan rakaman audio itu dan berkata, laporan polis akan dibuat berhubung perkara berkenaan.

Pada PAU2020, Zahid dilaporkan berkata, MKT memutuskan untuk “Tolak PPBM, Tolak Anwar, Tolak DAP” pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Terdapat desakan bagi Zahid untuk melepaskan jawatan presiden susulan tuduhan jenayah yang sedang beliau hadapi di mahkamah.

Beliau menegaskan beliau tidak perlu berundur kerana telah dipilih secara demokratik dan belum didapati bersalah.

Zahid, yang juga bekas timbalan perdana menteri, berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang membabitkan dana milik yayasan kebajikan bawah naungan beliau, Yayasan Akalbudi.

Pada 30 Jun 2019, Zahid mengumumkan bahawa beliau telah kembali daripada cuti sementaranya, enam bulan selepas membuat keputusan itu.

Beliau menyerahkan tugasnya sebagai presiden Umno kepada timbalannya, Mohamad Hassan, untuk mengelakkan lebih ramai ahli meninggalkan parti itu.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldRephraseRephrase current sentenceEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/04/kedudukan-zahid-tak-dapat-dipertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Parti Lebih Awal Akan Mengakibatkan Perpecahan Dalaman Kata Najib

Pemilihan Parti Lebih Awal Akan Mengakibatkan Perpecahan Dalaman Kata Najib

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 337 hits
Najib Razak berkata 40 Ahli Parlimen berpaling tadah sejak PRU14 seolah olah memberi mesej tidak salah untuk berpaling tadah asalkan matlamat kita tercapai KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Najib Razak berpendapat mengadakan pemilihan Umno...
Panas Khairy Sindir Najib Dulu Pun Tangguh Pemilihan Parti Namun Bn Masih Kalah

Panas Khairy Sindir Najib Dulu Pun Tangguh Pemilihan Parti Namun Bn Masih Kalah

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 428 hits
April 1 2021 Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara sinis menyindir kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa UMNO akan melemah sekiranya parti itu mengadakan pemilihan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 Khai...
Gesaan Segerakan Pemilihan Untuk Umno Benar2 Kembali Berkuasa Atau Supaya Parti Mudah Digadai Kepada Mahiaddin

Gesaan Segerakan Pemilihan Untuk Umno Benar2 Kembali Berkuasa Atau Supaya Parti Mudah Digadai Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 324 hits
Berikutan gesaan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin agar pemilihan UMNO tahun ini disegerakan dan diadakan sebelum PRU15 ramai yang terikut ghairah menambah garam dan gula bagi memeriahkan lagi saranan tersebut Lebih lebi...
Kenapa Nazri Kata Zahid Tiada Kredibiliti Untuk Pimpin Umno Bn

Kenapa Nazri Kata Zahid Tiada Kredibiliti Untuk Pimpin Umno Bn

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 270 hits
PETALING JAYA Peluang Barisan Nasional untuk memenangi pilihan raya umum seterusnya akan sangat tipis selagi Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua gabungan dan tonggak kepada Umno menurut seorang bekas ahli majlis kerja tertinggi Nazri Aziz yang...
Tak Wajar Zahid Cabar Letak Jawatan Menteri Kata Annuar

Tak Wajar Zahid Cabar Letak Jawatan Menteri Kata Annuar

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 456 hits
malaysiakini comDiterbitkan 28 Mar 2021 11 57 pmDikemaskini 12 04 amPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi tidak wajar mencabar sesiapa dalam Umno untuk meletakkan jawatan sebagai menteri kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa Meskipun Zahi...
Bn Akan Lumpuh Pada Pru15 Sekiranya Zahid Pimpin Kata Nazri

Bn Akan Lumpuh Pada Pru15 Sekiranya Zahid Pimpin Kata Nazri

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 308 hits
freemalaysiatoday com April 7 2021 7 30 AMNazri Aziz berkata Zahid Hamidi perlu mengundur diri dan membenarkan orang lain memimpin Umno dan BN PETALING JAYA Peluang Barisan Nasional untuk memenangi pilihan raya umum seterusnya akan sangat t...
Pemimpin Umno Zahid Perlu Berkorban Demi Parti

Pemimpin Umno Zahid Perlu Berkorban Demi Parti

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 309 hits
SHAH ALAM Pucuk pimpinan UMNO termasuk Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berkorban untuk mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan utama parti demi memastikan kelangsungan parti itu terus relevan dalam landskap politik...
Umno Ada Maruah Dan Harga Diri Bukan Hamba Untuk Dibuli Diganyang Kata Zahid

Umno Ada Maruah Dan Harga Diri Bukan Hamba Untuk Dibuli Diganyang Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 361 hits
April 1 2021 10 52 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perjuangan sebenar Umno adalah nasib agama bangsa dan tanah air PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu mempunyai maruah dan harga diri serta bukan ha...
Jangan Heret Umno Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid

Jangan Heret Umno Dalam Masaalah Peribadi Kata Nazri Kepada Zahid

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 261 hits
Meluahkan rasa terkejutnya ketika mendengar perbualan antara presiden PKR dan Umno bekas menteri Mohamed Nazri Aziz berkata sudah tiba masanya Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan mengatakan beliau sering mengheret parti dalam masalahnya N...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine