Pemilihan Parti Lebih Awal Akan Mengakibatkan Perpecahan Dalaman Kata Najib




Najib Razak berkata 40 Ahli Parlimen berpaling tadah sejak PRU14, seolah-olah memberi mesej ‘tidak salah untuk berpaling tadah asalkan matlamat kita tercapai’.
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak berpendapat, mengadakan pemilihan Umno lebih awal mungkin akan melemahkan dan memecahkan lagi parti dengan mereka yang kalah berkemungkinan tertarik menyertai parti lawan.

Idea untuk mengadakan pemilihan parti lebih awal adalah atas desakan menteri sains teknologi dan inovasi Khairy Jamaluddin yang hari ini berkata, pemilihan yang sepatutnya berlangsung tahun ini perlu diadakan supaya konflik dalaman parti dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum berlangsung.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Demokrasi Malaysia, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pemilihan parti lebih awal boleh mengakibatkan perpecahan dalam parti berlaku kerana akan ada yang bertanding menang dan kalah.

“Jika ada parti yang mahu melemahkan Umno, mereka akan menunggu pemilihan dan memujuk sesiapa yang kalah untuk menyertai mereka.”

Tambahan pula katanya, adalah sukar untuk mewujudkan persaingan yang sama rata atau setara di mana ahli Umno yang berjawatan menteri boleh menggunakan jentera kerajaan bagi meningkatkan peluang untuk menang, seterusnya tidak adil untuk mereka yang tiada jawatan Kabinet.

Katanya, memandangkan semua risiko itu, keputusan mengadakan pemilihan awal perlu diteliti dengan berhati-hati oleh pihak yang bertanggungjawab.

Amaran ‘penyakit’ yang melanda Malaysia

Ketika menutup ucapannya tadi, Najib menyenaraikan beberapa ‘penyakit’ yang kini melanda negara sambil menegaskan pembaharuan struktur perlu dilakukan berhubung tindakan lompat parti, dana politik dan pendaftaran pemilih.

Katanya, dengan membiasakan budaya lompat parti sebagai jalan akhir, ia sama seperti memberitahu orang ramai bahawa ‘tidak salah untuk berpaling tadah asalkan matlamat kita tercapai.’

Najib berkata, sehingga hari ini, seramai 40 Ahli Parlimen berpaling tadah sejak PRU14 dan tahun 2020 turut menyaksikan perubahan pentadbiran kerajaan di empat negeri yang juga terhasil akibat lompat parti.

Tambahnya, ketidakstabilan itu telah mengakibatkan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia jatuh 68% kepada USD2.5 bilion tahun lalu sedangkan negara jiran Indonesia berjaya menarik pelaburan sebanyak USD18 bilion melalui FDI.

“Prestasi Malaysia adalah lebih buruk berbanding negara jiran,” katanya.

Najib juga mengingatkan bahawa lompat parti dan pengisytiharan Darurat oleh kerajaan telah membuka ruang untuk kerajaan berterusan meminjam wang tanpa memperincikan bagaimana dan di mana ia akan dibelanjakan.

Beliau juga mengulas cadangan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz untuk mengadaptasi sistem senarai parti di mana kerusi akan kekal bersama parti apabila penyandang memutuskan untuk berpaling tadah kepada parti lain.

Mengenai derma pilihan raya, Najib berkata hakikatnya setiap aktiviti politik memerlukan kos, sama seperti aktiviti lain.

“Seiring dengan kos adalah aktiviti mengumpul dana. Soalannya bagaimana parti politik melakukannya, dan pada skala yang cukup besar untuk menanggung kos yang berkaitan dalam menggerakkanya,? soal Najib.

Pada 2014, Najib berkata, dia telah mencetuskan idea mengenai Akta Dana Politik sambil menambah PH, ketika berkuasa pada 2018 tidak menunaikan janji untuk melaksanakannya.

Mengenai penangguhan dasar Undi-18, Najib berkata itu menunjukkan kerajaan hari ini tidak mempercayai golongan muda dapat membuat keputusan untuk diri mereka sendiri.

“Adakah kerajaan sedia ada menafikan hak kebebasan golongan muda menjalankan tanggungjawab mereka untuk memilih? Jika begitu tidakkah pentadbiran hari ini memberitahu generasi muda bahawa mereka tidak mempunyai suara untuk menentukan masa depan mereka? soalnya.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×freemalaysiatoday.com
Minderjeet Kaur dan Imran Ariff
-March 30, 2021 10:27 PM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/pemilihan-parti-lebih-awal-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Khairy Sindir Najib Dulu Pun Tangguh Pemilihan Parti Namun Bn Masih Kalah

Panas Khairy Sindir Najib Dulu Pun Tangguh Pemilihan Parti Namun Bn Masih Kalah

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 394 hits
April 1 2021 Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara sinis menyindir kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan bahawa UMNO akan melemah sekiranya parti itu mengadakan pemilihan sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 Khai...
Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Boleh Cetus Keretakan Pecah Belah Parti Najib

Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Boleh Cetus Keretakan Pecah Belah Parti Najib

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 239 hits
227 total views 196 views today KUALA LUMPUR 30 Mac Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 boleh membawa keretakan dan memecah belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah dicuri oleh parti lain kata Ketua Bahagian UMNO Pekan ...
Adik Najib Kata Seluruh Sistem Bermasalah Bukan Pemimpin Saja

Adik Najib Kata Seluruh Sistem Bermasalah Bukan Pemimpin Saja

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 187 hits
March 24 2021 Masalah yang dihadapi tatkala negara masih bergelut dengan pandemik COVID 19 hari ini bukan hanya berpunca daripada kekurangan dari sudut kepimpinan kerajaan tetapi juga melibatkan sistem secara keseluruhannya Bekas Ketua Pega...
Walau Dibantah Kerajaan Tetap Pinda Hukuman Lebih Berat Terhadap Lgbt Kata Menteri

Walau Dibantah Kerajaan Tetap Pinda Hukuman Lebih Berat Terhadap Lgbt Kata Menteri

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 293 hits
KUALA LUMPUR Biarpun mendapat bantahan Kumpulan G25 kerajaan akan tetap melakukan pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu terbabit kegiatan lesbian gay biseksual dan transgender Me...
Hiburan Jangan Siasat Saya Dan Scha Buka Pelitup Muka Awal Ashaari Kata Mereka Patuh Sop Di Majlis Kahwin Neelofa

Hiburan Jangan Siasat Saya Dan Scha Buka Pelitup Muka Awal Ashaari Kata Mereka Patuh Sop Di Majlis Kahwin Neelofa

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 371 hits
Pelakon dan pengacara Awal Ashaari menerusi sebuah hantaran di Instagramnya berharap bahawa dia dan isteri Scha Alyahya tidak dipanggil untuk siasatan selepas kecoh mengenai majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz telah disiasat oleh pihak po...
Jangan Cakap Beretorik Jika Mahu Parti Melayu Bersatu Kata Hishammuddin

Jangan Cakap Beretorik Jika Mahu Parti Melayu Bersatu Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Ketua Umno Bahagian Sembrong Hishammuddin Hussein meminta semua pihak tidak beretorik jika mahu parti Melayu bersatu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 Beliau berkata masih ada masa untuk semua pihak berbincang dan memikir...
Pertamuan Najib Zahid Dan Ku Li Petunjuk Awal Halatuju Umno

Pertamuan Najib Zahid Dan Ku Li Petunjuk Awal Halatuju Umno

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 521 hits
BORHAN AHMADPertemuan tiga pemimpin utama Umno Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Razak dan Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberikan petunjuk awal halatuju parti itu menjelang pemilihan pim...
Gps Menang Lebih Penting Banding Beri Bersatu Kerusi Kata Mahiaddin

Gps Menang Lebih Penting Banding Beri Bersatu Kerusi Kata Mahiaddin

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 318 hits
KUCHING 2 April Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak selaku rakan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri ke 12 adalah lebih penting berbanding peruntukan kerusi untuk Bersatu Muhyiddi...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat