Gesaan Segerakan Pemilihan Untuk Umno Benar2 Kembali Berkuasa Atau Supaya Parti Mudah Digadai Kepada Mahiaddin




Berikutan gesaan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin agar pemilihan UMNO tahun ini disegerakan dan diadakan sebelum PRU15, ramai yang terikut ghairah menambah garam dan gula bagi memeriahkan lagi saranan tersebut.
Lebih-lebih lagi, KJ yang tewas dalam pemilihan 2018 lalu, turut mengocak hati dan perasaan mereka yang anti Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dengan kata-kata – UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.
Terutama Annuar Musa yang dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung BN, beliau paling awal memberi respon dengan mengatakan pemilihan harus diadakan pada Jun tahun ini juga.
Ini kerana, kata Menteri Wilayah Persekutuan itu, Jun ini cukup tiga tahun tempohnya selepas pemilihan yang lalu diadakan pada Jun 2018.
Logik dan wajarkah gesaan menyegerakan pemilihan UMNO?
Kecuali jika ini memperlihatkan KJ tidak sabar untuk bertanding sekali lagi sebagai Presiden UMNO,sebetulnya agak pelik dengan gesaan tersebut, selain kerana beliau hanya melontarkannya sebaik saja kPAU2020 memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dan ketetapan Ahli-Ahli Parlimen UMNO akan keluar daripada kerajaan PN menjelang 1 Ogos, alasannya bahawa parti memerlukan pemimpin yang mempunyai mandat yang jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat juga ternampak tidak berfakta.
Bagaimana untuk mengatakan Zahid Hamidi yang menang jawatan Presiden UMNO dengan 99 undi bahagian-bahagian menewaskan KJ sendiri yang mendapat 61 undi dan Ku Li 30 undi, sebagai tidak mempunyai mandat yang jelas?
Dengan hakikat bahawa jika undi KJ dan Ku Li dicampurkan pun tidak mampu mengatasi undi Zahid Hamidi, tidakkah ini bermakna mandat Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam menerajui UMNO tersangat jelas?
Di samping itu, dengan calon UMNO berjaya memenangi banyak PRK sebelum ini, bukankah ia menunjukkan kepimpinan UMNO sedia ada telah mendapat sokongan rakyat?
Isyarat bagaimana lagi yang KJ mahukan?
Berkenaan kenyataan Annuar, memang benar pemilihan UMNO yang lepas diadakan pada Jun 2018 dan sepatutnya Jun 2021 ini diadakan pemilihan yang berikutnya.
Tetapi, berikutan pandemik Covid19, PAU2020 telah tertangguh sehingga ia baru saja diadakan pada 27 dan 28 Mac 2021 yang lalu.
Dalam hal ini, bagaimana untuk mengadakan PAU2021 beserta pemilihan pucuk pimpinan pada Jun, sedangkan PAU2020 baru saja berakhir?
Sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar tentunya arif bahawa sebelum pemilihan di peringkat pusat, pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian mesti diadakan terlebih dahulu.
Oleh kerana sekarang sudah bulan April dan tidak lama lagi umat Islam menyambut puasa dan kemudian Hari Raya Aidil Fitri, bagaimana untuk menyelesaikan pemilihan cawangan dan bahagian dalam tempoh tidak sampai dua bulan, serentak dengan puasa dan raya, bagi membolehkan pemilihan diadakan pada Jun?
Untuk itu, oleh kerana tempoh yang munasabah untuk cawangan mengadakan persidangan tahunan ialah dirasakan sekitar Jun dan Julai, seterusnya mesyuarat perwakilan bahagian pada September atau Oktober, maka tarikh yang logik untuk PAU2021 ialah sama ada November atau Disember tahun ini.
Walaupun UMNO ada peruntukan untuk menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan, namun oleh kerana Zahid Hamidi sendiri pernah berjanji tidak akan berbuat demikian, mahu tidak mahu, pemilihan hampir pasti akan diadakan sebelum berakhirnya tahun 2021 ini.
Cuma, bersabar dan bertenanglah sikit.
Sedemikian, jika PRU15 diadakan sebelum sekitar Ogos sebaik UMNO membuat ketetapan menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan, ia hampir pasti akan dihadapi oleh barisan kepimpinan UMNO yang sedia ada.
Zahid Hamidi bukan saja akan mengetuai UMNO dan BN menghadapi PRU15, malah beliau jugalah nanti yang akan menandatangani watikah calon, termasuk kepada KJ dan Annuar.
Yang menjadi persoalan besar, mengapa KJ dan Annuar begitu ghairah mahu pemilihan UMNO disegerakan dan mesti diadakan pada Jun?
Adakah ia untuk memastikan UMNO ada barisan kepimpinan baru bagi menghadapi PRU15 yang kononnya lebih diterima rakyat dan barisan kepimpinan baru yang dimaksudkan itu ialah mereka daripada kalangan kluster menteri semuanya?
Jika kluster menteri yang akan menerajui UMNO, apakah UMNO akan kekal dengan keputusan putus hubungan sedia ada dengan Bersatu sebagaimana itulah kehendak akar umbi yang diluluskan melalui usul bahagian-bahagian sebelum ini?
Atau akhirnya dengan kepimpinan baru, masa depan UMNO lebih mudah digadai kepada Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin bagi membolehkannya kekal lagi sebagai Perdana Menteri?
Selepas itu, apa agaknya nasib UMNO? 
(Shahbudindotcom 04/04/2021)












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/gesaan-segerakan-pemilihan-untuk-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Perlu Berani Adakan Pemilihan Parti Penganalisis

Umno Perlu Berani Adakan Pemilihan Parti Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 250 hits
KUALA LUMPUR UMNO perlu berani membuat pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 bagi membentuk kematangan dan menunjukkan kepada pengundi luar makna sebuah perjuangan dalam parti kata penganalisis politik Ab Jalil Backer Menurut Ab J...
Kedudukan Zahid Tak Dapat Dipertahan Segerakan Pemilihan Parti Kata Khairy

Kedudukan Zahid Tak Dapat Dipertahan Segerakan Pemilihan Parti Kata Khairy

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 143 hits
freemalaysiatoday com April 9 2021 4 01 PMKhairy Jamaluddin berkata Majlis Kerja Tertinggi Umno perlu mengadakan mesyuarat segera untuk menetapkan pemilihan parti PETALING JAYA Kedudukan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno tidak dapat ...
Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Boleh Cetus Keretakan Pecah Belah Parti Najib

Pemilihan Umno Sebelum Pru15 Boleh Cetus Keretakan Pecah Belah Parti Najib

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 231 hits
227 total views 196 views today KUALA LUMPUR 30 Mac Pemilihan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 boleh membawa keretakan dan memecah belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah dicuri oleh parti lain kata Ketua Bahagian UMNO Pekan ...
Tok Mat 3 Perkara Utama Perlu Dilakukan Jika Umno Mahu Kembali Ke Putrajaya

Tok Mat 3 Perkara Utama Perlu Dilakukan Jika Umno Mahu Kembali Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR Tiga perkara utama perlu dilakukan oleh ahli Umno sekiranya parti Melayu itu berhajat untuk kembali ke tampuk pentadbiran negara khususnya menang dalam pilihan raya umum ke 15 kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan Mohamad b...
Pru15 Hak Umno Nak Kerjasama Bersatu Atau Tidak Muhyiddin

Pru15 Hak Umno Nak Kerjasama Bersatu Atau Tidak Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 335 hits
malaysiakini comDiterbitkan 27 Mar 2021 5 58 pm Lawan satu dengan satu boleh juga Lawan satu dengan dua pun boleh juga ini politik kata presiden Bersatu menyentuh kemungkinan pertembungan politik PRU15 Keputusan Umno sama ada mahu bekerjasa...
Pengukuhan Dalam Umno Sentiasa Berjalan Parti Terus Kukuh Depani Cabaran Mohamed Khaled Nordin

Pengukuhan Dalam Umno Sentiasa Berjalan Parti Terus Kukuh Depani Cabaran Mohamed Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 195 hits
Hari ini kita bersyukur UMNO telah memasuki tahun ke 75 perjuangan dan kita juga akan sama sama menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2020 Kalau kita lihat kita telah melalui pelbagai jatuh bangun sebagai sebuah parti politik dan syukur Alhamdu...
Adakah Menteri Umno Kena Buat Laporan Kepada Najib Atau Zahid

Adakah Menteri Umno Kena Buat Laporan Kepada Najib Atau Zahid

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 265 hits
Saya membaca tulisan Najib Razak bekas PM Antara tulisannya yang panjang lebarKeputusan muktamad dalam PAU ialah untuk tidak bertanding bersama PPBM Anwar dan DAP pada PRU15 dan memberi mandat kepada presiden dan MKT UMNO untuk tentukan mas...
Adakah Umno 3 0 Untuk Sokong Pm Dari Parti Lain Soal Najib

Adakah Umno 3 0 Untuk Sokong Pm Dari Parti Lain Soal Najib

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 278 hits
Saya tak faham kenapa nama saya disebut sedangkan saya bukan presiden parti mahupun ahli MKT UMNO Malah saya mungkin tak dapat pertahankan jawatan ketua bahagian Pekan pun jika hasrat kerajaan PN untuk membankrapkan saya berjaya Namun sama ...
Umno Sebagai Kabinet Kerajaan Atau Tidak Diketahui Petang Ini Ahmad Maslan

Umno Sebagai Kabinet Kerajaan Atau Tidak Diketahui Petang Ini Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR Keputusan sama ada UMNO masih sebahagian daripada Kabinet kerajaan Perikatan Nasional atau sebaliknya hanya akan diketahui petang ini Demikian jelas Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan apabila diminta mengulas mengena...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Maggi Goreng

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Sedapnya Kopi Kering Beku Kapsul Dari Zus Coffee

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Mencipta Paper Bag Yang Berkesan Elemen Dan Pilihan Bahan

11 Jam Dan 1 Jam

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice