Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
4 Sebab Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan- Ya, begitulah dunia. Tak semuanya indah dan sempurna belaka. Walaupun bukan pertama kali buat roti puri di rumah, cuti sekolah kali ini menjadi saksi bahawa hidup ini tetap perlu diteruskan meskipun roti puri yang ekau harapkan mengelembung naik tapi tidak menjadi.adehhh.
Sungguhlah den kecewa. Asalnya plan nak buat roti puri beberapa kali asyik tergendala. Lepas tu, fikir bolehlah buat content untuk blog kita kan. Tapi sebagai Blogger berjiwa besar dan berbadan besar saya teruskan juga perkongsian blog dengan tema yang sama, tapi saya kongsi pengalaman kenapa roti puri yang saya buat kali ini tidak menjad gelembungnya.huhu.
Kalau nak resepi roti puri yang menjadi dengan jayanya, boleh tengok post yang pernah saya kongsikan kat sini : Resepi dan Cara Mudah Buat Roti Puri Yang Elok Mengelembung Kejadiannya-
Roti Puri yang menjadi gelembungnya juga boleh buat mak-mak happy dan bahagia sepanjang hari.Itu belum lagi part kalau En.Somi bawak balik pisang goreng panas bila balik keje.Ehh..tibe.kihkih
Roti puri biasanya kita cicah makan dengan pelbagai jenis kari.Kali ini saya sediakan roti puri dengan kari ayam yang pekat versi tanpa santan.Kalau masak kari, saya memang suka yang versi pekat, baru ngam.Baru enak untuk dicicah dengan roti puri :)
4 Sebab Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan
Penyebab Utama dan Solusi :
1. Suhu Minyak Tak Sesuai:
Penyebab: Minyak tak cukup panas (tak
mencapai suhu tinggi), atau terlalu panas (hangus).
Solusi : Pastikan minyak betul-betul
panas (tapi jangan sampai berasap), gunakan kuantiti minyak yang banyak
supaya puri terapung dan mengembang cantik
2. Teknik Menggoreng:Penyebab : Balik-balikkan puri selalu,
atau tak siram minyak atas puri.
Solusi : Masukkan puri, biarkan kembung
di satu sisi, baru balikkan sekali sahaja. Siram minyak atas puri (bila
belum kembung) untuk bantu ia mengembung
3. Uli Doh Tidak Cukup/Terlalu Banyak Tepung:
Penyebab :Doh tak diuli sampai
elastik, atau terlalu banyak tepung semasa canai/bentukkan.
Solusi : Uli doh sampai lembut dan
elastik. Jangan tambah tepung berlebihan semasa canai, cukup sekadar tak
melekat
4. Jenis Tepung:
Penyebab : Menggunakan tepung biasa
tanpa sedikit suji/tepung jagung.
Solusi : Campur sedikit tepung suji
(semolina) atau tepung jagung semasa menguli untuk tekstur lebih rangup
dan kembung.
Ringkasnya, pastikan minyak panas, banyak, dan goreng
sekejap sahaja (jangan lama-lama) untuk dapat puri yang kembung dan berongga
seperti span.
Ini pula gambar roti puri yang saya buat tak menjadi gelembungnya. Hasil pemerhatian, saya agak mungkin saya kurang uli doh puri saya kali ini.Saya leperkan guna mesin mi.Kononnya nak jimatkan masa mengelek doh puri tu.Sekali tu terus tak kembang. Sabo jelah.
Doh puri yang saya dah gelek bagi nipis. Cuma saya tak guna penggelek doh tu.Mungkin inilah puncanya doh puri saya tak mengelembung seperti yang saya harapkan.
rupa roti puri yang tak menjadi sepenuhnya. Ada yang jadi gelembungnya, banyak yang tak gelembung sampai habis.sedihh.haha.Yang tak jadi gelembungnya, letak sebelah belakang.hehe.
Apapun, yang terbaik dari perkongsian ini, saya belajar bahawa kalau buat sesuatu, buatlah dengan bersungguh-sungguh, jangan mengelat.Konon nak cepat siap, sekali ada step yang saya terlepas pandang.huhu
Cik Matahariku :Allah selalu ingin kita belajar dan mendidik kita dengan lembut. Jangan pernah rasa diri kita paling pandai, paling bagus dan sebagainya.Setiap kali Allah jadikan usaha kita tidak sempurna, maka kembalilah kepadaNya untuk rasa rendah diri dan bersyukur dengan bimbinganNya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/12/empat-punca-roti-puri-tidak-menjadi.html