Pemimpin Umno Zahid Perlu Berkorban Demi Parti



SHAH ALAM - Pucuk pimpinan UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu 'berkorban' untuk mengundurkan diri daripada terus memegang jawatan utama parti demi memastikan kelangsungan parti itu terus relevan dalam landskap politik tanah air.

Ketua UMNO bahagian Simpang Renggam, Datuk Zakaria Dullah berkata, jika UMNO mahu benar-benar berubah, maka jalan terbaik ialah melalui pembaikan politik membersih dan membuang imej parti feudal 'warlord' dalam parti.

Jelas beliau, kepimpinan UMNO sedia ada dilihat sebagai satu kepimpinan yang mempunyai liabiliti dan imej negatif kepada kelangsungan UMNO bagi menghadapi cabaran pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

"Sebagai pemimpin parti termasuk Presiden, sepatutnya mereka (pucuk kepimpinan parti) tahu ketika mana pengorbanan perlu dilakukan, lebih-lebih lagi dalam menentukan masa depan perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

"Berundur setapak bukan bermakna kita akan hilang segalanya...Berundur setapak sebenarnya bagi mendapat nikmat yang jauh lebih baik di depan sana," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang meminta Ahmad Zahid melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO jika mahu menteri dalam parti itu meletak jawatan atas dasar kepentingan bersama.

Sentimen itu turut disokong Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dalam satu kenyataan yang menyarankan pemimpin UMNO yang berdepan pertuduhan mahkamah harus berehat daripada parti atau meletak jawatan kerana mereka meninggalkan tanggapan buruk dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir turut sependapat dengan Zakaria dan menganggap Ahmad Zahid akan dilihat lebih mengutamakan kepentingan peribadi sekiranya beliau mahu terus mempertahankan jawatan berkenaan.

Jelas beliau, Ahmad Zahid seharusnya memberi laluan kepada pemimpin UMNO yang dilihat lebih layak iaitu Timbalannya sendiri, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk memulihkan kembali imej dan reputasi UMNO yang kini tercalar teruk.

"Saya yakin Tok Mat (Mohamad Hasan) lebih berupaya, bersih dan berwibawa untuk mengemudi parti pada PRU15 sekali gus membantu UMNO kembali bangkit.

"Bagi saya, sebagai seorang pemimpin yang sudah berpengalaman dalam mengikuti jatuh bangun UMNO, Ahmad Zahid diyakini akan memahami keperluan UMNO diberi peluang bernafas bermula.

"Kalau UMNO itu dapat bertahan dan muncul kembali nanti, maka kedudukan beliau mungkin akan diselamatkan UMNO di kemudian hari," katanya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/pemimpin-umno-zahid-perlu-berkorban.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Utama Rosakkan Parti Umno

Pemimpin Utama Rosakkan Parti Umno

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 170 hits
Selamat bersidang wahai sahabat sekelian Saya melihat dari seberang aksi perwakilan UMNO Sedarlah parti kita sedang dirosakkan oleh pemimpin durjana yang ada kepentingan diri Walau apa pun cakap Zahid dan cluster 6 jahanan memberi alasan ti...
Pemimpin Umno Gesa Tok Mat Ganti Zahid Sebagai Presiden

Pemimpin Umno Gesa Tok Mat Ganti Zahid Sebagai Presiden

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 331 hits
April 7 2021 Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz menjadi tokoh baru Umno yang secara terbuka menggesa penyingkiran Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Selain penentangan sejumlah pemimpin parti satu rakaman audio menunjukkan perbin...
Seorang Lagi Pemimpin Akar Umbi Umno Menuntut Presiden Parti Lepas Jawatan

Seorang Lagi Pemimpin Akar Umbi Umno Menuntut Presiden Parti Lepas Jawatan

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 406 hits
Seorang lagi pemimpin akar umbi Umno menuntut presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan demi memastikan kelangsungan parti itu Ketua Umno bahagian Simpang Renggam Zakaria Dullah berkata kepimpinan sedia ada dilihat memiliki l...
Elok Kalau Zahid Najib Tubuh Parti Baru Padan Muka Umno

Elok Kalau Zahid Najib Tubuh Parti Baru Padan Muka Umno

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 336 hits
Sepatutnya begitulah Lepas tu kalau nak sembang tinggi pun dah boleh Berduyun duyun penyokong bossku dan yg minat sangat nak berpiem Najib AKAN sertai Terus berpakat dengan DAP dan PKR adalah langkah lengkap sempurna tanpa sembunyi
Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid Berdolak Dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti Nazri Aziz

Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid Berdolak Dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Perpecahan gabungan Muafakat Nasional susulan percanggahan pendapat sesama pemimpin UMNO dan Pas berpunca daripada kegagalan serta kelemahan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua ...
Tajuddin Beri Bayangan Umno Kerjasama Dengan Dap Jika Dap Jadi Parti Serdehana

Tajuddin Beri Bayangan Umno Kerjasama Dengan Dap Jika Dap Jadi Parti Serdehana

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 269 hits
PETALING JAYA Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tidak mustahil Umno menjalin kerjasama dengan DAP pada masa depan sekiranya parti itu membawa politik kesederhanaan yang boleh membantu memperkukuhkan kestabilan n...
Lilin Bakar Diri Zahid Hurai Falsafah Setia Umno

Lilin Bakar Diri Zahid Hurai Falsafah Setia Umno

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 275 hits
Di tengah tengah spekulasi ketegangan dua puak Umno antara kluster kabinet dan kluster mahkamah Presidennya Ahmad Zahid Hamidi tampil menghuraikan falsafah kesetiaan terhadap parti Umno berpegang teguh pada kesetiaan mutlak terhadap agenda ...
Gesaan Segerakan Pemilihan Untuk Umno Benar2 Kembali Berkuasa Atau Supaya Parti Mudah Digadai Kepada Mahiaddin

Gesaan Segerakan Pemilihan Untuk Umno Benar2 Kembali Berkuasa Atau Supaya Parti Mudah Digadai Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 282 hits
Berikutan gesaan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin agar pemilihan UMNO tahun ini disegerakan dan diadakan sebelum PRU15 ramai yang terikut ghairah menambah garam dan gula bagi memeriahkan lagi saranan tersebut Lebih lebi...
Zahid Pemberat Pada Umno

Zahid Pemberat Pada Umno

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 373 hits
Zahid Hamidi Pemberat UmnoKetika akar umbi dan beberapa pemimpin dalam parti bersuara mengenai kedudukan Zahid sebagai pemberat UMNO untuk berada selesa ada pula yang tidak senang duduk Suara akar umbi dapat didengari setiap kali dimeja kop...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar