Kedudukan Meninggal Dalam Keadaan Bantu Mangsa Tragis Kejadian Pilu Empat Maut Meruntun Hati
Malang tak berbau. Begitulah perumpamaan yang menggambarkan nasib yang menimpa empat mangsa yang maut dalam kecelakaan yang berlaku di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh semalam.
Lebih menyayat hati, salah seorang mangsa merupakan seorang wanita yang sedang hamil. Memetik laporan Bernama, mangsa Wan Hasheliza Wan Ibrahim berusia 29 tahun yang sedang mengandung anak sulung dikatakan sedang menikmati durian di bawah tangga tersebut.
Namun, secara tidak semena-mena, struktur tangga yang berada dalam proses pembinaan itu runtuh dan menghempap mangsa.
Niat nak bantu namun turut terkorban..
Suaminya, Shahril Apipie, 29, dan dua yang lain iaitu Mohd Radezi Abdul Aziz, 35, dan seorang lelaki Indonesia Bambang Sulustio, 39, yang mendengar jeritan meminta tolong bergegas datang bagi membantu mangsa.
Malangnya, mereka bertiga turut maut kerana terkena renjatan eletrik dipercayai daripada wayar kabel yang putus berdekatan tangga tersebut.
Menurut pihak bomba, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.57 tengah hari.
Operasi membawa keluar mangsa berjaya dilakukan 40 minit kemudian selepas selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik di rumah itu.
Kedudukan meninggal masih dalam keadaan tengah bantu mangsa wanita
Sementara itu, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan takziah kepada semua mangsa. Apa yang lebih menyentuh hati, kedudukan posisi mangsa yang meninggal dunia dikatakan masih berada dalam keadaan sedang membantu pasangan tersebut.
Sungguh mulia hati kamu..
Dengar orang menjerit terus datang nak tolong
Dah dihempap tangga, terkena renjatan eletrik pula
Safety tak ada, ‘tukang’ cap ayam
Besi konkrit tak pegang, main cucuk je
Sumber : Bernama, Info Roadblock JPJ/POLIS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/07/22/kedudukan-meninggal-dalam-keadaan-bantu-mangsa-tragis-kejadian-pilu-empat-maut-meruntun-hati/