Tolong Sakit Wanita Hamil 8 Bulan Maut Ditimpa Tangga Suami 2 Jiran Cuba Bantu Maut Terkena Renjatan Elektrik



Seorang wanita hamil lapan bulan, Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, dan suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, maut ditimpa tangga separa siap rumah teres dua tingkat yang dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar, Selangor, kelmarin. 
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari itu, turut maut ialah dua jiran mereka iaitu, Mohd Radzi Abdul Aziz, 35, dan warga Indonesia, Bambang Sulisto, 39, yang dipercayai terkena renjatan elektrik. 
Saksi kejadian itu, Mohd Hazir Haikal Jamri, 15, berkata, dia pada ketika itu sedang membersihkan kawasan tersebut sebelum pulang ke rumahnya di belakang rumah mangsa dan terdengar bunyi dentuman lalu bergegas ke luar untuk melihat apa yang berlaku. 
"Ketika itulah saya terdengar kakak (Wan Hasheliza) menjerit meminta tolong dan memberitahu sakit. 
"Tolong... sakit" - jeritan terakhir mangsa. 

Suaminya pula ketika itu sedang cuba menyelamatkannya sebelum jiran yang lain datang membantu. Namun keadaan yang kecoh itu tiba-tiba menjadi senyap dan mereka tidak bergerak sebelum ternampak tangan jiran itu terkulai. 
Ibu kepada Haziq, Norazila Saad, 34, berkata, pasangan berkenaan menyewa di rumah itu sejak Disember lalu dan dia rapat dengan mereka. 
"Dia (Wan Hasheliza) mengandung anak sulung mereka kelihatan gembira mengemas barang untuk balik ke kampung di Kelantan bagi menyambut Hari Raya Haji dan bersalin di sana. 
"Dia juga sempat meminta saya masak pulut berinti kelapa dan ikan masin kelmarin kerana mengidam. Sepatutnya dia menjamah makanan itu petang ini (hari kejadian) tetapi tidak kesampaian. 
"Sepanjang mengenali mereka, pasangan terbabit sangat baik dan tidak kedekut," katanya. 

Sementara itu, Rahmat Selamat, 33, sedih kerana melihat abang iparnya, Mohd Radzi Abdul Aziz, 35, dan dua jirannya maut terkena renjatan elektrik ketika cuba menyelamatkan Wan Hasheliza. 
"Ketika kejadian, saya bersama abang ipar dan dua lagi lelaki sedang memotong rumput sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dan suara wanita menjerit. 
"Kami berempat terus berlari ke arah bunyi berkenaan sebelum mendapati berlaku runtuhan di salah satu unit rumah yang terletak 20 meter dari lokasi kami. 
"Sebaik sampai, saya melihat Shahril Apipie menyelinap masuk ke bawah runtuhan tangga kontrit untuk menyelamatkan isterinya. 
"Mereka kemudian cuba mengangkat runtuhan itu bersama jiran, Bambang, yang datang untuk membantu. 
"Pada waktu itu, kami berlima cuba mengangkat runtuhan itu dari sebelah hadapan tangga. Namun gagal sebelum Bambang dan abang ipar saya masuk ke dalam rumah untuk mengangkat runtuhan dari sebelah dalam. 
"Namun sebaik Bambang memegang batu, dia menjerit 'karan' sebanyak dua kali sebelum melihat mereka berdua terdiam kaku tak bergerak. Kami cuba memanggil mereka beberapa kali tetapi tidak dijawab. 

"Kami hanya mampu melihat mereka sahaja tanpa dapat membantu apa-apa kerana khuatir terkena arus elektrik," katanya. 




Sumber: Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/07/tolong-sakit-wanita-hamil-8-bulan-maut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Sarat Mengandung Sedang Nikmati Durian Maut Terkena Renjatan Elektrik Akibat Tangga Runtuh

Wanita Sarat Mengandung Sedang Nikmati Durian Maut Terkena Renjatan Elektrik Akibat Tangga Runtuh

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 630 hits
PETALING JAYA 21 Julai Seorang wanita yang sarat mengandung dan suaminya adalah antara empat yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik selepas struktur tangga sebuah rumah dua tingkat runtuh di Kampung Matang Pagar Sungai Buloh dekat s...
Wanita Hamil Maut Dihempap Tangga Rumah

Wanita Hamil Maut Dihempap Tangga Rumah

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 507 hits
Wanita hamil maut dihempap tangga rumah Hasrat seorang wanita hamil untuk menikmati durian bertukar tragedi apabila dia dihempap tangga rumah yang masih dalam pembinaan di Kampung Matang Pagar Sungai Buloh semalam Berita penuh di https bit ...
Empat Maut Dalam Tragedi Runtuhan Tangga Dipercayai Terkena Renjata Elektrik

Empat Maut Dalam Tragedi Runtuhan Tangga Dipercayai Terkena Renjata Elektrik

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 542 hits
KUALA LUMPUR 21 Julai Empat termasuk seorang wanita mengandung maut dalam kejadian runtuhan struktur tangga di Sungai Buloh hari ini Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa juga dipercayai terkena renjat...
Mayat Suami Amp Isteri Sarat Hamil Berpelukan Maut Akibat Dihempap Tangga

Mayat Suami Amp Isteri Sarat Hamil Berpelukan Maut Akibat Dihempap Tangga

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 565 hits
Betul bak kata pepatah yang menyatakan bahawa malang tidak berbau Kemalangan melibatkan nyawa pasti akan menimbulkan perasaan pilu bagi ahli keluarga mangsa yang terlibat Satu kejadian menyayat hati berlaku di Subang Selangor dimana empat m...
Dakwa Urut Kaki Di Thailand Wanita Hamil Dan Anak Dalam Kandungan Maut Selepas 6 Bulan Koma

Dakwa Urut Kaki Di Thailand Wanita Hamil Dan Anak Dalam Kandungan Maut Selepas 6 Bulan Koma

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 767 hits
Seorang wanita hamil meninggal dunia enam bulan selepas koma ketika dia didakwa sedang diurut di bahagian kakinya Wanita yang berusia 25 tahun itu dipercayai telah pergi ke sebuah kedai di Chiang Mai utara Thailand pada 11 Januari lalu untu...
Wanita Hamil Koma Keguguran Ketika Diurut Kaki Di Thailand Meninggal Dunia Selepas 6 Bulan Kemudian

Wanita Hamil Koma Keguguran Ketika Diurut Kaki Di Thailand Meninggal Dunia Selepas 6 Bulan Kemudian

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 694 hits
The ReporterSeorang wanita hamil meninggal dunia selepas koma selama enam bulan ketika dia mendapatkan khidmat urut kaki di Thailand Wirawan Kedkesri 25 sebelum itu berkunjung ke sebuah kedai di Chiang Mai utara Thailand pada 11 Januari unt...
Saya Tak Tahu Anak Mengandung Wanita Maut Kemalangan Janin 5 Bulan Terkeluar

Saya Tak Tahu Anak Mengandung Wanita Maut Kemalangan Janin 5 Bulan Terkeluar

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 640 hits
Kehamilan memang diharapkan dalam sebuah perkahwinan Namun anak belum sempat dilahirkan kesemuanya telah kembali ke negara abadi Suasana pilu menyelubungi tatkala pemergiaan pasangan suami isteri Allahyarham Nur Syafiqah Jaafar dan suami Al...
Ibu Hamil Maut Janin Terkeluar Selepas Motosikal Ditunggang Bersama Suami Dirempuh Myvi Gagal Memotong

Ibu Hamil Maut Janin Terkeluar Selepas Motosikal Ditunggang Bersama Suami Dirempuh Myvi Gagal Memotong

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 684 hits
Pasangan suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dengan kereta Perodua Myvi hari ini lapor Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi di Lebuhraya Rantau Panjang Pasir Mas berdekatan Lubok Jong Nur Syafiqah Jaafar ...
Lelaki Maut Akibat Sakit Jantung Ketika Cuba Keluarkan Ular Sawa Dalam Kereta

Lelaki Maut Akibat Sakit Jantung Ketika Cuba Keluarkan Ular Sawa Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 705 hits
Johor Bahru Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung ketika cuba mengeluarkan seekor ular sawa dari dalam keretanya di kawasan sebuah kolej vokasional dekat Batu Pahat malam tadi Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat ...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini