Kebangkitan Semula Anak Raja Pahang Dalam Arena Politik


TEMERLOH 3 Mac – Kemunculan semula tokoh politik ‘senior’ yang juga anak raja, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar,77, yang
bertanding jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Temerloh menjadi tumpuan dalam pemilihan PPBM di negeri ini.

Tengku Azlan yang mempunyai sejarah politik panjang bersama UMNO dan pernah menyertai Semangat 46 sebelum ini menjadi Ketua UMNO
Bahagian Jerantut selama tiga penggal dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri.

Malah jika kemenangan Berpihak kepada Tengku Azlan dalam pemilihan bahagian Temerloh ia dilihat membuka peluang adinda Almarhum
Sultan Ahmad Shah itu menjadi Pengerusi PPBM negeri berdasarkan pengalaman, pengaruh dan keupayaan beliau.


Dalam pemilihan kali ini pada mulanya Tengku Azlan akan bersaing sengit dalam pertembungan tiga penjuru dengan Pemangku Ketua
PPBMTemerloh, Mohd. Anuar Aziz dan seorang usahawan, Datuk Rafaie Hamdan.

Namun pada saat akhir menjelang pemilihan pada 7 Mac ini keadaan bagaikan berpihak kepada Tengku Azlan apabila Mohd. Anuar dan
penyokongnya bertindak menarik diri dan manyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tengku Azlan.

Tengku Azlan berkata, tujuan beliau kembali semula ke arena politik dan bertanding dalam pemilihan PPBM Temerloh bukanlah kerana
kepentingan peribadi tetapi hanyalah satu untuk menyatukan orang Melayu serta membawa PPBM Temerloh ke tahap yang terbaik.

Beliau menjelaskan akan menggunakan segala pengalaman untuk memartabatkan PPBM Temerloh dan memastikan parti itu terus relevan dan memperjuangkan rakyat.

“Saya rasa peranan saya disini bersama rakan-rakan yang ada ini tidak lain tidak bukan untuk mengukuhkan bahagian ini dari segi
pentadbiran dari segi susunan parti dari segi parti dalam kerajaan yang mana boleh dihormati dan disegani pelbagai pihak.

“Kita masuk politik bukan untuk mengkayakan diri kerana kalau hendak kaya masuk bisnes. Saya ke Temerloh (bertanding PPBM) umur sudah
77 tahun, berapa tahun lagi ada, anak sudah besar, sudah ada cucu, kereta besar mana lagi saya hendak,”katanya pada majlis jalinan
mesra di sini, malam semalam.
Menurutnya, penyatuan dan usaha memperkukuhkan PPBM amat penting apatah lagi dalam suasana politik semasa bagi memastikan parti
baharu itu tidak akan dipandang rendah dengan parti lain yang telah lama bertapak dan mempunyai ahli yang ramai.

Katanya, beliau akan menggunakan pengalaman dan pengaruh yang ada untuk bekerja dan berhubung dengan semua pihak termasuk kerajaan
negeri dan Persekutuan bagi memartabatkan PPBM Temerloh dan membantu masyarakat..

Dalam pada itu beliau berkata, tindakan Mohd, Anuar menarik diri dan memberikan sokongan kepadanya merupakan satu pengorbanan besar
demi penyatuan Melayu dan memperkukuhkan PPBM.

Katanya, ini jelas menunjukkan Mohd. Anuar berjiwa besar, berani dan sanggup melupakan jawatan demi penyatuan Melayu dan
memperkukuhkan perjuangan parti.

Sementara itu, Mohd. Anuar berkata, keputusannya memberi sokongan kepada Tengku Azlan bukanlah disebabkan apa-apa ganjaran yang
dijanjikan sebaliknya melihat kepada kelayakan dan kemampuan yang ada pada Tengku Azlan.

Jelasnya, sokongan terhadap Tengku Azlan dibuat selepas mengambil kira kemampuan Tengku Azlan untuk berhadapan cabaran membawa PPBM
Temerloh ke tahap terbaik.

“Saya bangga pada malam ini dengan kehadiran Yang Mulia Tengku Azlan yang merupakan nama besar politik tanah air dan golongan kerabat
Diraja Pahang yang saya yakin mampu menerajui PPBM Temerloh.

“Saya juga yakin Tengku Azlan sebagai Kerabat Diraja Pahang dan bekas menteri kabinet sudah tentu mempunyai suara yang akan didengar
di peringkat negeri, Persekutuan dan Istana Negara,”ujarnya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/temerloh-3-mac-kemunculan-semula-tokoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 357 hits
Sumber gambar dari sini Suasana kelam kabut yang berlaku sangat pantas semenjak hari ahad lalu membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan Merajuk lalu Tun Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri Kerajaan PH dah tak wujud dan ...
Mendaki Bukit Senorang Di Pahang Bersama Anak Kecil

Mendaki Bukit Senorang Di Pahang Bersama Anak Kecil

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 614 hits
Aktivit panjat bukit dan gunung ni bermula dari suami saya Memang ini makanan dialah sebab saya ni malas dan badan tak fit untuk aktiviti mendaki ni Mendaki shopping mall tu je saya mampu buat masa ni hahaha Sebelum ni kami berdua ada juga ...
Ibu Dipercayai Rakam Dera Heret Anak Untuk Paksa Bekas Suami Rujuk Semula

Ibu Dipercayai Rakam Dera Heret Anak Untuk Paksa Bekas Suami Rujuk Semula

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 398 hits
Emiriah Arab Bersatu 20 Feb Seorang wanita dari Filipina yang merakam tindakannya mendera anak perempuannya telah ditahan polis Emiriah Arab Bersatu Menurut wanita berkenaan bertindak sedemikian dipercayai bagi mengugut bekas suaminya yang ...
Bicara 2024 Mega Kesal Jika Politikus Paksakan Anak Bertarung Di Politik

Bicara 2024 Mega Kesal Jika Politikus Paksakan Anak Bertarung Di Politik

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 209 hits
Meskipun mendukung anak muda untuk menjadi pemimpin Mega juga punya pesan khusus Agar para politikus tidak memaksakan diri menerjunkan anak muda atau politikus muda yang tidak siap menjadi pemimpin
Usah Heret Institusi Raja Dalam Kemelut Politik Semasa

Usah Heret Institusi Raja Dalam Kemelut Politik Semasa

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 167 hits
Pada 7 Mac 2020Saya merujuk kepada kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengaitkan undi tidak percaya sebagai tidak percaya kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Saya menyeru agar semua pihak tak kira...
Beberapa Mesyuarat Semarakkan Desas Desus Pengaturan Semula Politik

Beberapa Mesyuarat Semarakkan Desas Desus Pengaturan Semula Politik

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 270 hits
Beberapa mesyuarat melibatkan parti parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang berlangsung hari ini sejak awal pagi ditengah tengah desas desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara Loading Semua mesyuar...
Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1775 hits
Faraid ialah satu ilmu berkaitan sistem pembahagian harta pusaka bagi orang Islam Ia mengandungi hukum pewarisan formula pembahagian dan kaedah pengiraan yang akan menentukan siapakah dalam kalangan keluarga yang ditinggalkan oleh si mati y...
2 Anak Teruna Berkhatan Serentak Awal Cuti Sekolah Hujung Tahun 2019

2 Anak Teruna Berkhatan Serentak Awal Cuti Sekolah Hujung Tahun 2019

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 360 hits
Alhamdulillah Lega sudah satu hal ni 2 orang anak teruna berkhatan serentak Seorang umur 6 tahun dan adiknya masuk 4 tahun Siap doktor servis datang rumah lagi Teringat macam ibu bersalin di This is a content summary only Visit my website f...
Tiba Tiba Mengandung Lagi Walaupun Belum Bersedia Percayalah Rezeki Anak Tetap Cukup

Tiba Tiba Mengandung Lagi Walaupun Belum Bersedia Percayalah Rezeki Anak Tetap Cukup

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 408 hits
Abang ayang mengandung lagi Ok la tu Banyak la abang punya ok yang ada sekarang ni pun umur tak sampai setahun lagi nanti duit pengasuh susu pampers macam mana Tak payah risau la Ini yang perlu anda sebagai suami isteri tahu dan faham Allah...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah