Mendaki Bukit Senorang Di Pahang Bersama Anak Kecil


Aktivit panjat bukit dan gunung ni bermula dari suami saya. Memang ini makanan dialah, sebab saya ni malas dan badan tak fit untuk aktiviti mendaki ni. Mendaki shopping mall tu je saya mampu  buat masa ni hahaha. Sebelum ni kami berdua ada juga mendaki Bukit Frim Kepong itupun tahun 2013 yang lampau. Memang melampau lamanya kan hahaha.
Dan sebab tu kalau nak panjat bukit dan gunung saya akan pastikan level ketinggian tu mampu untuk didaki bagi beginner macam saya. Risau nanti membahayakan belakang badan ni pulak. Sebab saya kan slip disc, dan bak kata suami, alah alasan sangat!! Whatever…
Bukit Senorang ni memang dekat je dengan rumah kami di kampung Pahang. Jarak dari rumah lebih kurang 1/2 jam macam tu. Walau membesar area kat sini tapi baru tahu je pasal bukit Senorang ni. Agaknya dah lama pun wujud, kami je tak tau. Itupun sejak trend mendaki ni makin meluas kan, eceh meluas tu hahaha.
Mulakan pendakian dengan senaman regangan untuk elak kekejangan macam ni lah trek pendakian kami, dengan panas terik pagi Kalau ikutkan malas nak penuhi permintaan suami untuk join dia mendaki. Tapi bila ajakan dia tu sangat meyakinkan saya. Katanya bukit tu sesuai untuk beginner macam Aju. Rendah je bukit dia, abang tau Aju boleh panjat, jomlah katanya.
Haishh saya bukanlah jenis suka hampakan permintaan orang. Nak pula suami sendiri kan. Kalau suami orang yang ajak? Ha mintak simpang malaikat 44. So kita follow jugaklah suami kita.
Katanya nak bawa anak-anak sekali mendaki. So dalam hati, empphh betul-betul mudahla nak daki ni sebab bawa anak kecil sekali. So kasut siap, baju seluar siap, air mineral buat bekalan pun siap!!! Kami semua bertolak dari rumah 6.45 pagi. Kononnya nak tengok pemandangan awan pagi.
Ketinggiannya 326 meter dari paras laut. Berjalan melalui laluan ladang kelapa sawit, terasa sejuk sebab dalam hutan kan. Jumpa pula pokok getah, dan sambil mendaki saya terangkan pada anak-anak, saya membesar dengan hasil pokok sawit dan getah ni. Waktu kami mendaki ternampak seorang pakcik ni menoreh getah. Ha inilah rezeki korang dapat tengok macamana proses susu getah tu dikeluarkan dari kulit pokok tu.
Memang pengalaman yang best. Tapi saya tak membayangkan rupa-rupanya, ia adalah pendakian yang sangat memenatkan 🤪🤪. Nama pun bukit, jadi wajiblah didaki. Naik turun, naik dan terus mendaki. Anak yang kecil saya yang 3 tahun tu didukung suami dan Dzar masih setia berjalan sehingga sampai ke puncak.
View this post on Instagram
Throwback. Mendaki Bukit Senorang, berselipar je tapi Dzar steady sampai ke puncak bukit. Tak merengek penat, tak bising nak dukung. Good job Dzar.
A post shared by Ajumohit 🌼 (@ajumohit) on Feb 29, 2020 at 7:59pm PST

Takde langsung rengekan dari Dzar yang 5 tahun tu. Dan mendaki hanya berselipar jepun plak tu. Ya Allah salute saya dengan budak kecik ni. Tapi seeloknya wajib berkasut yang sesuai. Sebab jalan yang kami lalu ni berpasir, berbatu dan licin. Bahaya sangat dan memang saya pegang kuat-kuat tangan si anak ni nak pastikan dia tak tergelincir.
Inilah rombongan group kami, gagah perkasa semuanya. 😂 Yeay we did it!!! Nak panjat lagi tak??? TAKNAK!!! 😂 Pemandangan indah dari puncak Bukit Senorang, nyaman dan segar. Bersiaran langsung dari hutan dan kehijauan pokok. Yang paling tak menahan kakaknya yang 13 tahun tu yang merengek lebih. Ya Allah serius!! Waktu ni paikologi kene memainkan peranan. Pujuk, dan bagitau dia sikit lagi kita nak sampai puncak ni. Memang dia tak larat dah katanya.
Jangan kata budak, kita yang dewasa ni pun semput juga. Tapi diam jela, malu plak nak tunjuk depan anak-anak. Nanti tak semangat nak habiskan pendakian. Tapi anak yang lain ok je dengan sepupu diorang. Yang lelaki kemain cergas nampaknya. Siap bergurau senda bagai. Berjalan kaki dalam sejam 20 minit, dan akhirnya kami sampai ke puncak.
Cantik pokok kat belakang ni, dahannya berwarna merah Alhamdulillah pencapaian yang manis, walau peluh mencurah tapi puas!! Fuhh sangat-sangat penat tapi puas hati!! Seronok plak tengok pemandangan dari puncak bukit. Sambil kami berehat lihat ciptaan Allah, kita pun makan makanan ringan yang dibawa. Nyamannya suasana dan udara kat puncak bukit ni. Sambil tu bergambarlah sekeping dua.
Masa kami mendaki tadi jumpa dua tiga orang yang sama mendaki sekali. Tapi cergas betul kakak tu dan anaknya, laju je potong saya dan anak-anak. Dalam hati saya mesti dia dah biasa mendaki ni.
Dan bila sampai kat puncak bukit, rupanya lagi ramai yang dah menunggu kat atas. Memasing bagi tepukan dan sorakan bila kami sekeluarga sampai. Fuhhh satu pencapaian yang manis, hahahaha. Sebab nak daki tu mencabar sangat, sangat curam. Bawa anak kecil memang kena berhati-hati sangat. Risau terjatuh sebab serius tinggi dan curam noks.
Seronok plak bila dah sampai kat atas ni, sampai terlupa lepas ni ni kene turun dan melalui jalan yang sama tadi. Adoi semput lagi untuk kali keduanya huhu. Tapi satu pengalaman yang best untuk saya dan anak-anak. Dah tahu masing-masing punya kekuatan dan kelemahan. harapnya lepas ni ada lagi peluang nak mendaki lagi. Dan Alhamdulillah belakang badan ni pun ok je 😄.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2020/03/mendaki-bukit-senorang-di-pahang-bersama-anak-kecil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Si Kecil Takut Nak Mandi 6 Benda Ini Mungkin Jadi Faktor Penyebab Anak Menangis Bila Dimandikan

Si Kecil Takut Nak Mandi 6 Benda Ini Mungkin Jadi Faktor Penyebab Anak Menangis Bila Dimandikan

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 321 hits
Dalam membesarkan anak anak yang masih kecil macam macam perangai yang mama papa kena hadap Itu semua asam garam menjadi ibu bapa Salah satunya nak mandikan anak anak Ada yang suka sangat main air ada pula sampai besar pun kalau suruh mandi...
Hargai 3 Momen Ni Kalau Nak Anak Bijak Layanlah Selagi Anak Kita Masih Kecil

Hargai 3 Momen Ni Kalau Nak Anak Bijak Layanlah Selagi Anak Kita Masih Kecil

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 477 hits
Sifat anak anak ni sangat seronok untuk diperhatikan Kadang kadang memanglah rasa macam geram nak rotan rotan je anak anak ni kan Tapi sebagai ibu bapa ada momen yang kita kena layan perangai mereka ni Bukan untuk menggalakkan mereka melamp...
Kebangkitan Semula Anak Raja Pahang Dalam Arena Politik

Kebangkitan Semula Anak Raja Pahang Dalam Arena Politik

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 425 hits
TEMERLOH 3 Mac Kemunculan semula tokoh politik senior yang juga anak raja Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar 77 yangbertanding jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Temerloh menjadi tumpuan dalam pemilihan PPBM di negeri ini Tengk...
54 Model Baju Batik Anak Kecil Terbaru

54 Model Baju Batik Anak Kecil Terbaru

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1055 hits
Poin pembahasan 54 Model Baju Batik Anak Kecil Terbaru adalah model baju batik anak laki laki baju batik anak unik model baju batik anak perempuan umur 8 tahun model baju batik anak perempuan umur 3 tahun model baju batik anak perempuan umu...
Tak Selamanya Anak Itu Kecil Apa Yang Kita Tanam Itulah Yang Kita Tuai

Tak Selamanya Anak Itu Kecil Apa Yang Kita Tanam Itulah Yang Kita Tuai

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 319 hits
Anak anak kecil yang banyak kerenah akan semakin besar dan menjadi dewasa Ibu bapa yang sudah dewasa akan menjadi bertambah tua dan lemah tenaga Masa anak anak kita kecil dan banyak kerenah akan berlalu dengan cepat dan pasti Namun masa ibu...
5 Cara Membuat Anak Belajar Mandiri Sedari Kecil

5 Cara Membuat Anak Belajar Mandiri Sedari Kecil

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 410 hits
Saat mengajarkan anak beberapa hal tersebut tentu tidak luput dari berbagai kendala Berikut beberapa cara mudah yang bisa diterapkan orang tua dalam melatih kemandirian anak
Anak Cepat Risau Takut 7 Cara Ini Pakar Saran Untuk Bantu Si Kecil Atasinya

Anak Cepat Risau Takut 7 Cara Ini Pakar Saran Untuk Bantu Si Kecil Atasinya

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 341 hits
Rasa risau dan juga rasa takut ialah dua perasaan yang lazim dalam hidup manusia Bukan manusia namanya jika kita tidak pernah berasa risau dan takut Begitu juga kisahnya tentang kanak kanak dalam lingkungan usia 0 6 tahun Yang pasti pada pe...
Si Kecil Ni Kena Suap Baru Cepat Sebab Kita Nak Cepatlah Perkembangan Anak Jadi Lambat

Si Kecil Ni Kena Suap Baru Cepat Sebab Kita Nak Cepatlah Perkembangan Anak Jadi Lambat

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 280 hits
Kadang kadang disebabkan kita nak cepat lah membuatkan perkembangan anak jadi semakin lambat Masa anak makan kita suapkan tiap masa sebab nak cepat dan tak nak sepah Sampai ke sudah anak tak belajar makan sendiri Waktu mandi kita nak cepat ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner