Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid


Faraid ialah satu ilmu berkaitan sistem pembahagian harta pusaka bagi orang Islam. Ia mengandungi hukum pewarisan, formula pembahagian dan kaedah pengiraan yang akan menentukan siapakah dalam kalangan keluarga yang ditinggalkan oleh si mati yang berhak mewarisi harta pusaka dan menentukan kadar bahagian yang akan diwarisi oleh setiap orang waris.

Contohnya: Ahmad meninggal dunia dan meninggalkan ibu, seorang isteri, dua anak lelaki, seorang anak perempuan dan tiga orang saudara lelaki seibu sebapa (adik beradik Ahmad).
Hukum faraid menjelaskan bahawa harta pusaka Ahmad akan diwarisi oleh ibu, isteri dan anak-anak, manakala adik beradik tidak berhak.
Mengikut kaedah hukum faraid, adik beradik tidak mewarisi kerana mereka terdinding oleh anak lelaki.
Seterusnya ilmu faraid menjelaskan pula bahagian yang akan diwarisi oleh setiap orang waris berdasarkan formula yang telah ditetapkan iaitu ibu mendapat 1/6 bahagian, isteri mendapat 1/8 bahagian dan anak-anak mendapat baki (asabah) dengan kadar bahagian lelaki 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian. Untuk mengetahui bahagian bagi setiap orang waris, kaedah pengiraan faraid ditunjukkan seperti di bawah:

Bolehkah diberikan sedikit penjelasan tentang hibah, wasiat dan harta pusaka?
Hibah ialah pemberian semasa hidup. Iaitu seseorang melepuskan hak atau sesuatu harta kepada orang atau pihak lain semasa hayatnya dan kuatkuasa pemberian itu setelah penerima menerima harta yang diberikan itu. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja sama ada waris atau bukan waris dan tidak dihadkan kadar pemberian itu sama ada sebahagian atau kesemuanya.
Contohnya: Ahmad memberikan sebuah kereta kepada anaknya yang bernama Kasim. Kasim menerima kereta itu daripada bapanya dan kereta itu bertukar menjadi menjadi hak milik Kasim. Ini bermakna Ahmad telah menghibahkan keretanya kepada Kasim. Pemberian ini berkuatkuasa semasa Ahmad masih hidup.
Wasiat ialah pemberian setelah kematian. Iaitu seseorang berhasrat untuk memberikan sesuatu harta kepada orang atau pihak lain dan kuatkuasa pemberian itu setelah beliau (tuan punya harta) meninggal dunia.
Contohnya: Ahmad berwasiat untuk memberikan kereta miliknya kepada anak angkatnya. Pemberian ini akan hanya berkuatkuasa setelah Ahmad meninggal dunia. Selagi Ahmad masih hidup, kereta yang diwasiatkan itu masih kepunyaan Ahmad.
Wasiat mempunyai syarat-syarat tertentu antaranya:
Penerima wasiat tidak terdiri daripada kalangan waris yang berhak menerima harta pusaka, seperti ibu, isteri dan anak kandung. Harta yang diwasiatkan itu tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta hartanya setelah ditolak belanja kematian dn hutang jika ada.. Harta pusaka ialah harta yang ditinggalkan oleh seseorang yang telah meninggal dunia.
Harta itu milik si mati semasa hayatnya dan tidak dihibahkan kepada sesiapa dan tidak pula diwasiatkan. Harta itu akan diwarisi oleh waris-waris yang telah ditentukan mengikut hukum faraid sebagaimana contoh dalam jawapan soalan 1 di atas.
Adakah wajib kita umat Islam untuk ikut hukum faraid dalam pembahagian harta pusaka walaupun tiada perselisihan antara waris?
Dalam pembahagian harta pusaka, setiap umat Islam wajib mengikut hukum faraid. Namun mereka boleh untuk memilih cara pembahagian setelah mengadakan perbincangan atau bersetuju dengan rela hati tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Maksudnya untuk menentukan siapakah dalam kalangan waris yang berhak mewarisi harta pusaka mestilah mengikut kaedah yang digariskan oleh hukum faraid.
Sekiranya waris yang berhak itu tidak diberikan haknya, bermakna tidak mengikut hukum faraid dan hukumnya haram dan berdosa. Contohnya si mati meninggalkan dua orang isteri dan lima orang anak. Sekiranya isteri kedua tidak disenaraikan sebagai waris yang berhak, bermakna pembahagian dilakukan tidak mengikut hukum faraid.
Demikian juga dalam penentuan bahagian yang akan diwarisi oleh seseorang waris mestilah mengikut kaedah hukum faraid. Sekiranya tidak mengikut kadar yang telah ditetapkan bermakna seseorang itu tidak mengikut hukum faraid dan hukumnya berdosa.
Contohnya: bahagian isteri telah ditetapkan sebanyak ¼ bahagian ketika si mati tidak meninggalkan anak. Sekiranya diberikan kepada isteri itu hanya 1/8 sahaja, bermakna tidak mengikut hukum faraid. Sesiapa yang memakan harta bahagian isteri itu hukumnya haram dan berdosa.
Tetapi sekiranya waris yang berhak mengikut kaedah hukum faraid tidak ditinggalkan dan mereka pula mengetahui bahagian masing-masing, mereka dibolehkan untuk membahagikan harta pusaka itu mengikut persetujuan secara sukarela seperti pembahagian sama banyak , muafakat, penyerahan hak tanpa bayaran atau dengan bayaran dan sebagainya. Pembahagian seperti ini mengikut kaedah ‘Takharuj’ dan tidak bertentangan dengan hukum faraid.
Sumber: Cakna Pusaka
The post Jika Si Mati Ada Anak Lelaki, Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/jika-si-mati-ada-anak-lelaki-adik-beradik-si-mati-tiada-hak-atas-harta-faraid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uai Jelaskan Harta Si Mati Boleh Guna Sebelum Faraid Untuk Hal Ini Saja

Uai Jelaskan Harta Si Mati Boleh Guna Sebelum Faraid Untuk Hal Ini Saja

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 600 hits
Melalui akaun Facebook beliau menjawab persoalan tentang harta si mati yang diguna sebelum difaraidkan Adakah ia boleh dilakukan dan siapa yang berhak untuk menggunakannya GUNA HARTA SIMATI SEBELUM FARAID SOALAN Adakah harus salah seorang d...
Adik Beradik Nak Tuntut Harta Suami

Adik Beradik Nak Tuntut Harta Suami

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 964 hits
Seorang klien datang bertemu saya untuk urusan faraid suaminya Seperti biasa saya akan minta dokumen berkaitan untuk urusan permohonan Semua dokumen harta diserahkan kecuali salinan geran sebidang tanah yg mana arwah suaminya adalah salah s...
Bukan Setakat Comel Anak Pakai Sedondon Tapi Boleh Kuatkan Bonding Adik Beradik

Bukan Setakat Comel Anak Pakai Sedondon Tapi Boleh Kuatkan Bonding Adik Beradik

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 395 hits
Bila anak dipakaikan baju sedondon dengan adik beradik lain orang sekeliling akan nampak macam comel je Malah ada sesetengah ibu berpendapat cara ini lebih mudah nak nampak anak dari jauh Bukan setakat itu sahaja sebenarnya cara ni boleh ku...
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 519 hits
Jom Ketahui Cara Pembahagian Harta Pusaka Faraid Selepas Mati Yang dimaksudkan Faraid adalah ketetapan Tapi selain tu ia juga membawa maksud yang banyak seperti menentukan memastikan menghalalkan dan mewajibkan Tapi menurut istilah syara ad...
Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati

Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1430 hits
Faraid Siapa Yang Layak Mengurus Dan Mewarisi Harta Si Mati Amboi tajuk bukan kemain lagi CH tak pandai pun bab faraid ni tapi CH sendiri pun perlu mengurus tanah peninggalan arwah mak ayah Sampai sekarang tak settle lagi Huhu Lagipun adik ...
Rupanya Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik Hidup Lebih Kaya Raya

Rupanya Kalau Kita Suka Sedekah Pada Adik Beradik Hidup Lebih Kaya Raya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1045 hits
Gambar HiasanSebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit dan Allah bagi kita rezeki l...
Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim Ayat Itu Gores Hati Saya

Nor Hidayah Didakwa Tegur Ibu Mentua Jangan Makan Harta Anak Yatim Ayat Itu Gores Hati Saya

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 459 hits
PELAWAK Ali Puteh berkata dia berkecil hati terhadap isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi jangan makan harta anak yatim kepada ibunya Sabariah Arshad 63 Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rum...
Hak Hak Isteri Selepas Bercerai Mati Ramai Yang Tak Tahu

Hak Hak Isteri Selepas Bercerai Mati Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 428 hits
Hak hak isteri selepas bercerai mati Posting ini adalah mengenai hak hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri di Mahkamah selepas kematian suami dibawah adalah hak seorang isteri jika bercerai mati 1 Tempat tinggal Sepanjang tempoh eddah...
Jika Suami Mati Nafkah Anak Ditanggung Oleh Datuk Nenek Bapa Saudara Sebelah Suami

Jika Suami Mati Nafkah Anak Ditanggung Oleh Datuk Nenek Bapa Saudara Sebelah Suami

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 352 hits
Setelah kematian suami pasti ramai beranggapan bahawa tugas menyara kehidupan anak anak hanya terletak pada bahu si isteri kepada si mati Maka ramailah melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya Jika kematian suami fahamilah siapa yang bertan...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris