Keadilan Dalam Neraca Politik




OLEH AB JALIL BACKER
BAGI rakyat yang bukan penyokong setia Pakatan Harapan (PH), negara ini dianggap berada dalam keadaan kesesatan kepimpinan (mislead) dan salah urus (misdirection) yang serius baik dalam pengurusan ekonomi mahupun keadilan negara.
Sejak berdekad lalu parti-parti dalam PH seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berjuang menjanjikan sistem keadilan dan kehakiman yang lebih telus.
Sejarah panjang ini sebahagiannya bermula daripada isu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas sehinggalah ke mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam perbicaraan kes Liwat 1 dan 2 Anwar Ibrahim, bukan sahaja bukti dan saksi yang menjadi isu, tetapi juga cara pengendalian kes oleh Pejabat Peguam Negara dan kerajaan dikritik dan diawasi begitu ketat oleh Majlis Peguam, pelbagai badan bukan kerajaan dan para aktivis masyarakat madani.
Apabila PH yang didokongi kuat oleh pihak-pihak yang bertujuan ‘memurnikan keadilan negara’ ini menang, kita mengharapkan proses keadilan negara menjadi lebih matang, adil, telus dan jujur.
Namun ini tidak dapat dilihat sepanjang harapan setahun lalu. Siasatan, pendedahan, pendakwaan dan pengguguran kes dilakukan secara semberono dan berdasarkan kecenderungan politik. Rasanya tidak perlu penulis mengulangi semula kes-kes yang membabitkan pemimpin kerajaan hari ini yang telah digugurkan, disenyapkan, dilambatkan dan dilupakan.
Dua isu terbaharu mengesahkan syak wasangka bahawa proses keadilan negara sudah menjadi sebahagian sarkas politik negara.
Pertamanya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.
Sebahagian entiti ini merupakan syarikat pembekal barangan dan perkhidmatan yang melaksanakan permintaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai tuduhan penyelewengan wang 1MDB atau apa-apa dana.
Isu penyelewengan dana 1MDB ini hanya ditimbulkan pada 2015 iaitu lama setelah akaun Najib yang didakwa terkait itu ditutup. Dengan kata lain, pada ketika mereka melaksanakan urusniaga tersebut tidak pernah timbul isu penyelewengan ini.Pelucutan hak
Dalam kes pelucutan hak juga, negara seperti Amerika Syarikat (AS) tidak pernah merampas wang daripada syarikat perniagaan yang mengadakan transaksi dengan individu terkait.
Misalnya dalam kes perlucutan hak berkaitan dana 1MDB, Pejabat Peguam Negara (AS) hanya merampas barangan yang telah dibeli atau perniagaan yang tertuduh mempunyai kepentingan dan keuntungan.
Apabila kerajaan AS mendakwa tertuduh membeli pangsapuri, barang kemas dan kapal layar, mereka tidak membeku akaun atau mendakwa penjual dan penyedia perkhidmatan yang tulen.
Sebaliknya mereka merampas dan membekukan entiti perniagaan yang secara jelas menguntungkan pihak yang didakwa mengubah wang haram.
Ini asas keadilan yang sangat mudah tetapi gagal difahami oleh ahli politik dan Pejabat Peguam Negara yang ‘mabuk darah’ politik.
Mereka menyebabkan banyak entiti perniagaan berhadapan masalah akibat pembekuan akaun dan pendakwaan.
Perkara kedua yang sangat berbahaya ialah tindakan kerajaan menggunakan saluran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menekan dan menindas Najib.
Menurut laporan media, LHDN akan mendakwa Najib dengan tuduhan mengelak cukai dan menuntut RM1.6 bilion termasuk denda daripada akaun AmBank beliau yang berjumlah RM4 bilion ringgit (AS$980.3 juta).
Mengapa LHDN menuntut cukai seolah-olah ia pendapatan yang sah dari sudut undang-undang sedangkan kerajaan yang sama mendakwa ia adalah pendapatan jenayah?
LHDN tidak menuntut cukai daripada kekayaan pengedar dadah atau mana-mana kegiatan jenayah lain termasuk penyelewengan dan pengubahan wang haram kerana pendapatan daripada kegiatan jenayah bukan sesuatu yang sah untuk dikenakan cukai oleh kerajaan.
Tuntutan cukai ke atas akaun sama yang sedang berhadapan perbicaraan penyelewengan dan pengubahan wang haram merupakan penyalahgunaan proses perundangan yang serius bertujuan menghalang tertuduh mendapat keadilan sebenar.
Kerajaan harus membuat keputusan dana tersebut haram atau sah. Jika haram anda tidak boleh mengutip cukai. Jika sah anda tidak boleh mendakwa sebagai jenayah.
Anehnya segala jurucakap ‘pemurnian proses keadilan negara’ sebelum pilihan raya lalu sudah hilang ingatan dan suara sejak tertubuhnya kerajaan baharu ini.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/15/keadilan-dalam-neraca-politik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Partai Politik Setuju Destry Damayanti Jadi Deputi Gubernur Senior Bi

Semua Partai Politik Setuju Destry Damayanti Jadi Deputi Gubernur Senior Bi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 193 hits
Ketua Komisi XI DPR Melchias Markus Mekeng mengatakan komisi tidak perlu melakukan pemungutan suara karena setelah masing masing fraksi partai politik melakukan lobi internal Destry Damayanti mendapat persetujuan dari sembilan fraksi partai...
Politik Demokrasi Dalam Ppbm Gaya Pm7

Politik Demokrasi Dalam Ppbm Gaya Pm7

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 297 hits
Beberapa laporan berita menunjukkan kepada semua bagaimana demokrasi dalam PPBM berjalan Malang apabila beberapa ahli juga pemimpin muda parti cuba membetulkan hala tuju telah dibuang kerana teguran mereka kepada pihak atasan Lihat sendiri ...
Majelis Tinggi Penentu Arah Politik Partai Demokrat

Majelis Tinggi Penentu Arah Politik Partai Demokrat

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 243 hits
Partai Demokrat segera menentukan langkah politik usai Pilpres dan Pileg 2019 Majelis Tinggi akan memutuskan sikap politik Partai Demokrat apakah bergabung dengan koalisi pemerintah atau menjadi oposisi
Ancaman Politik Agenda Bunuh Kebebasan Akademik

Ancaman Politik Agenda Bunuh Kebebasan Akademik

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 256 hits
Didik masyarakat analisa fakta daripada bina persepsi hanyir DPPM Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Abdul Muein Abadi akur arahan berhenti menulis isu politik sensitif susulan perbalahan dengan Penasihat Media d...
Jokowi Ingin Partai Koalisi Selesaikan Agenda Politik Sebelum Pelantikan

Jokowi Ingin Partai Koalisi Selesaikan Agenda Politik Sebelum Pelantikan

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 256 hits
Jokowi Ingin Partai Koalisi Selesaikan Agenda Politik Sebelum Pelantikan Meski begitu Andi menegaskan partainya miliki cara sendiri untuk menentukan Munas Serta tidak bisa serta merta mengikuti keinginan Jokowi
Pensyarah Dilarang Mengulas Isu Politik Sensitif

Pensyarah Dilarang Mengulas Isu Politik Sensitif

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 279 hits
Susulan ugutan dan fitnah politik tempoh hari saya sekeluarga amat terhutang budi kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan kami Begitu ramai para Ulama Profesor ahli keluarga dan rakan rakan yang tidak putus putus memberi sokongan kepa...
Ukm Nafi Beri Arahan Larang Pensyarah Tulis Isu Politik

Ukm Nafi Beri Arahan Larang Pensyarah Tulis Isu Politik

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 278 hits
Oleh Adam Abu BakarPETALING JAYA Naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia menafikan pihaknya memberi arahan kepada pensyarah di universiti itu Abdul Muein Abadi supaya tidak menulis isu politik selepas ditegur A Kadir Jasin kerana mengk...
Adakah Sama Fahaman Politik Termasuk Dalam Makna Sekufu

Adakah Sama Fahaman Politik Termasuk Dalam Makna Sekufu

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 309 hits
Soalan Bolehkah berikan sedikit pencerahan berkenaan maksud sebenar bagi istilah sekufu dalam perkahwinan Adakah sefahaman dalam politik diambil iktibar dalam menentukan ciri sekufu dalam sesebuah perkahwinan Jawapan Sekufu adalah suatu per...
Pengisytiharan Harta Lembaran Baru Politik Negara

Pengisytiharan Harta Lembaran Baru Politik Negara

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 259 hits
Langkah kerajaan mewajibkan semua anggota parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing masing merupakan satu langkah bijak dalam membuka lembaran baru politik negara Beberapa bekas wakil rakyat percaya langkah itu membolehkan ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini