Pensyarah Dilarang Mengulas Isu Politik Sensitif


Susulan ugutan dan fitnah politik tempoh hari, saya sekeluarga amat terhutang budi kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan kami. Begitu ramai para Ulama, Profesor, ahli keluarga, dan rakan-rakan yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada kami.
Namun begitu saya secara rasminya telah diarahkan untuk tidak lagi menulis tentang sebarang isu politik yang sensitif. Saya akur sepenuhnya dengan arahan ini, meski pun sedih dan terkilan kerana tidak lagi berpeluang untuk menyumbang sudut pandangan kritis kepada pentadbiran negara selepas 10 tahun berkhidmat dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui betapa barisan pentadbir UKM hari ini telah memberi kebebasan akademik kepada kami para pensyarah – sebelum adanya campur tangan seorang Penasihat Perdana Menteri tempoh hari.
Wajib juga bagi saya mengambil kesempatan ini untuk membersihkan nama beberapa individu yang telah dilempar tuduhan yang tidak sepatutnya oleh Penasihat Perdana Menteri ini. Sungguh tidak disangka sama sekali Penasihat Perdana Menteri yang gagal menjawab kesemua fakta yang saya hujahkan tempoh hari telah bertindak menuduh pihak-pihak yang tidak berkaitan sama sekali. Dalam tuduhan di bawah, nama Naib Canselor UKM, Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abdul Shukor dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Tan Sri Abdul Wahid Omar telah dituduh sebagai “duri dalam daging” kerajaan iaitu “the deep state”.
Saya ingin membersihkan nama baik Naib Canselor UKM dan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UKM daripada tuduhan Penasihat Perdana Menteri ini. Demi Allah, kami tidak pernah bertemu, bermesyuarat, apatah lagi terlibat dengan sebarang konspirasi seperti mana tuduhan liar Penasihat Perdana Menteri ini.
Saya telah berkhidmat dengan UKM lebih 10 tahun, sejak zaman pembantu penyelidik, Tutor, hinggalah kini menjadi Pensyarah. Tidak pernah ada pihak yang kalah berhujah fakta dengan saya bertindak menuduh yang bukan-bukan kepada Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM sebegini rupa. Untuk ini, saya mohon sepenuh kemaafan kepada Naib Canselor dan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM kerana telah dilibatkan dalam hal ini.
Berkenaan penulisan saya tempoh hari pula, saya menulis sepenuhnya berdasarkan laporan rasmi dan berkredibiliti, yang telah pun saya buktikan satu-persatu, bukannya dari sumber fitnah atau pun rekaan seperti tuduhan Penasihat Perdana Menteri ini. Tiada konspirasi ‘deep state’ sama sekali.
Ketahuilah bahawa tugas Pensyarah Sains Politik adalah sama dengan tugas doktor kesihatan: keutamaan tugas doktor bukan untuk maklumkan mana anggota tubuh pesakit yang sihat dan normal, sebaliknya untuk memberi amaran apakah penyakit dan masalah yang dihadapi seseorang pesakit.
Begitulah keutamaan tugas Pensyarah Sains Politik: untuk maklumkan apa risiko dan masalah yang bakal dihadapi oleh kerajaan – contohnya perangkap geopolitik jika bertindak menjual aset negara dengan terlalu banyak dalam masa yang terlalu cepat, perangkap kuasa lunak (soft power) dan kuasa penembusan asing (sharp power), hutang yang melambung dari RM686 bilion kepada RM800.8 bilion dalam masa lebih 400 hari sahaja, pemberi posisi strategik kepada warga asing dari kuasa besar, dan sebagainya. Seperti mana bukan tugas doktor untuk memberi ‘gula-gula’ kepada pesakit, bukan tugas Pensyarah Sains Politik untuk mengampu kerajaan. Bukan salah Pensyarah Sains Politik jika kami memberi ‘ubat’ (nasihat) yang ‘pahit’ kepada kerajaan. Segalanya saya lakukan demi melihat negara kita menjadi negara yang kuat dan bermaruah.
Saya berdoa semoga satu hari nanti Allah izinkan saya untuk kembali menyumbang secara kritis kepada pentadbiran negara. Buat waktu ini, Mohon doakan semoga pengajian PhD saya di Leiden University, Belanda ini dipermudahkan – tanpa mana-mana ugutan dan campur tangan politik lagi. Sekali lagi, hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa anda semua mendoakan kami sekeluarga.
Ya Allah, peliharalah UKM, lindungilah aku sekeluarga.
Hamba-Mu,
Abdul Muein Abadi
8 Julai 2019


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/08/pensyarah-dilarang-mengulas-isu-politik-sensitif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ukm Nafi Beri Arahan Larang Pensyarah Tulis Isu Politik

Ukm Nafi Beri Arahan Larang Pensyarah Tulis Isu Politik

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 275 hits
Oleh Adam Abu BakarPETALING JAYA Naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia menafikan pihaknya memberi arahan kepada pensyarah di universiti itu Abdul Muein Abadi supaya tidak menulis isu politik selepas ditegur A Kadir Jasin kerana mengk...
Malaysia Perlu Pemimpin Lebih Utama Daripada Ahli Politik

Malaysia Perlu Pemimpin Lebih Utama Daripada Ahli Politik

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 416 hits
NIK BAKRI NIK MAT DALAM keadaan politik yang tidak menentu di Malaysia hari ini antaranya para pemimpin kerajaan tidak menghormati di antara satu dengan yang lain sebagai contoh isu terkini berkait dengan pelantikan individu transgender seb...
Piagam Politik Umno Pas Dimuktamadkan Selasa Ini

Piagam Politik Umno Pas Dimuktamadkan Selasa Ini

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 327 hits
Oleh Amir MamatMohamad diiringi Ab Rauf bergambar bersama perwakilan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jasin di Dewan Bistari Ayer Keroh NSTP Amir MamatAYER KEROH Piagam kerjasama politik...
Keadilan Dalam Neraca Politik

Keadilan Dalam Neraca Politik

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 262 hits
OLEH AB JALIL BACKER BAGI rakyat yang bukan penyokong setia Pakatan Harapan negara ini dianggap berada dalam keadaan kesesatan kepimpinan dan salah urus yang serius baik dalam pengurusan ekonomi mahupun keadilan negara Sejak berdekad lalu p...
Isu Peralihan Jawatan Pm Anwar Tegaskan Tiada Masalah Antara Dia Dan Tun M

Isu Peralihan Jawatan Pm Anwar Tegaskan Tiada Masalah Antara Dia Dan Tun M

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 270 hits
PUTRAJAYA Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada masalah antara dirinya dan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata soal tarikh dan sebagainya adalah ...
Konon Tak Boleh Angkat Tangan Elok Je Main Telefon Rakan Sekolah Pertahan Cikgu Isu Rotan Viral

Konon Tak Boleh Angkat Tangan Elok Je Main Telefon Rakan Sekolah Pertahan Cikgu Isu Rotan Viral

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1039 hits
Baru baru ini tular kes seorang pelajar perempuan yang dirotan cikgu kerana memanggil cikgu tersebut ah kua atau pond n Akibat dirotan sehingga berbirat di lengan dan peha ibu pelajar tersebut menyerang guru berkenaan sambil merakam dan mem...
Pertemuan Tidak Bincang Isu Peralihan Kuasa Kata Dr Mahathir

Pertemuan Tidak Bincang Isu Peralihan Kuasa Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 262 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada sebarang perbincangan berkenaan isu peralihan kuasa dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin Perdana Menteri berkata sebaliknya pertemuan dengan Presiden PKR itu hanya mem...
Sekjen Ppp Harap Prabowo Hadiri Pidato Politik Jokowi

Sekjen Ppp Harap Prabowo Hadiri Pidato Politik Jokowi

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 211 hits
Acara ini tak hanya mengundang relawan pendukung pasangan 01 tapi juga mengundang kelompok pendukung pasangan 02 Prabowo Sandi
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya