Politik Demokrasi Dalam Ppbm Gaya Pm7
Beberapa laporan berita menunjukkan kepada semua bagaimana demokrasi dalam PPBM berjalan.
Malang apabila beberapa ahli juga pemimpin muda parti cuba membetulkan hala tuju telah dibuang kerana teguran mereka kepada pihak atasan.
Lihat sendiri berdasarkan sumber laporan adakah berita ini boleh dipercayai atau tidak. - @ PPC aka Blogger Penembak Tepat
24 JUN 2017
Armada PPBM minta SPRM siasat kekayaan luar biasa anak Tun M
Kekayaan anak-anak Mahathir
SPRM teliti maklumat dan aduan
Maszureen Hadzman
24 Jun 2017 3:00 AM
2
KUALA LUMPUR 23 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meneliti maklumat berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki anak-anak Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga memiliki kira-kira 488 syarikat.
AZAM BAKI
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, pihaknya telah menerima aduan berkaitan isu tersebut namun beliau enggan mengulas mengenai perinciannya.
"Kita perlu melihat perkara itu terlebih dahulu. Jika kita dapati benar wujud kesalahan rasuah dan salah guna kuasa baru siasatan akan dijalankan untuk tindakan selanjutnya.
"Selebihnya, saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat PPBM, Abd. Wahazir Abd. Wahabi telah menyerahkan senarai nama syarikat dimiliki oleh empat orang anak Dr. Mahathir iaitu Tan Sri Mokzani, Mirzan, Datuk Seri Mukriz dan Datin Paduka Marina kepada Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kerana kekayaan luar biasa yang diperoleh mereka.
Dakwa Abd. Wahazir, syarikat-syarikat tersebut antaranya dikenal pasti wujud semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sehingga kini masih beroperasi dengan tender-tender kerajaan.
Dalam pada itu, Abd. Wahazir serta rakan-rakannya juga dikatakan telah berjumpa dengan Dr. Mahathir sendiri beberapa bulan lalu namun beliau menafikan perkara tersebut.
http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/kekayaan-anak-anak-mahathir-1.496441
8 Feb 2018
Dipecat persoal kekayaan anak-anak Dr. M?
Mohamad Hafiz Azhar (tengah) bersama Mohamad Taufik Abas (kanan) dan Abd. Wahazir Abd. Wahabi (kiri) dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
08 Februari 2018 3:00 AM
9
KUALA LUMPUR 7 Feb. – Beberapa ahli sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meluahkan rasa tidak puas hati mereka ekoran dipecat daripada jawatan Exco Pemuda kerana mempersoalkan beberapa isu dalaman parti termasuk kekayaan anak-anak Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat PPBM, Mohamad Taufik Abas mendakwa, ada dalam kalangan mereka yang dipecat kerana hanya mempersoal isu-isu dalaman parti termasuklah amalan kronisme, dasar-dasar pentadbiran bekas Perdana Menteri itu, hala tuju Pakatan Harapan yang diketuai DAP serta dakwaan skandal Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan isteri orang.
Lebih menyakitkan hati, katanya, terdapat pengumuman pemecatan exco hanya dilakukan menerusi status di akaun Twitter oleh Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Isu bermula apabila beberapa ahli pemuda mempersoalkan tentang kekayaan anak-anak Dr. Mahathir kerana kami tidak mahu kredibiliti PPBM rosak disebabkan perkara itu.
"Sebaliknya tanpa memberi jawapan, kami mula dipecat dan usaha memecat exco-exco tanpa alasan kukuh diteruskan lagi apabila kami cuba mempertahankan hak masing-masing dan pendirian rakan-rakan kami," katanya kepada Utusan Malaysia selepas sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir, beberapa lagi bekas Exco Armada Pusat antaranya Muhammad Hafiz Azhar, Muhd. Syazwan Ahmad Zainal, Abd. Wahazir Abd. Wahabi dan bekas Penyelaras Armada Pahang, Raja Mohd. Azlan Raja Omar.
Mohamad Taufik berkata, sehingga kini tiada hitam putih diberikan kepada beliau dan beberapa rakannya berhubung pemecatan tersebut
Katanya, terdapat beberapa lagi pemuda parti yang cuba mempertahankan exco-exco yang dipecat sehingga menyebabkan mereka turut disisihkan.
"Kami ahli akar umbi PPBM yang menggerakkan parti dan dipergunakan oleh beberapa pemimpin parti untuk kepentingan mereka. Oleh itu, wajar kami mempersoalkan isu-isu yang mengganggu perjuangan kami," katanya.
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/dipecat-persoal-kekayaan-anak-anak-dr-m-1.604839
6 Mei 2018
Dr. Mahathir digesa jawab dakwaan memiliki 488 syarikat, RM170 billion?
Kartel lama mahu menyelamatkan diri sendiri
Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin dalam sidang akhbar di salah sebuah hotel di Kuah, Langkawi hari ini
Mohd. Hafiz Abd. Mutalib
06 Mei 2018 5:08 PM
36.7K
LANGKAWI 6 Mei - Bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menjawab dakwaan sama ada benar atau sebaliknya bekas Perdana Menteri itu dan keluarganya memiliki 488 buah syarikat dengan kekayaan bernilai RM170 billion.
Beliau berkata, calon PKR Parlimen Langkawi itu juga perlu menjelaskan bagaimana anak-anaknya mendapat begitu banyak keistimewaan dengan memperoleh begitu banyak kontrak dan tender-tender daripada kementerian dan syarikat milik kerajaan (GLC) ketika era Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Selain Dr. Mahathir, Anina juga menggesa bekas menteri, Tun Daim Zainuddin menjelaskan bagaimana beliau memiliki dana begitu besar untuk membeli Kumpulan Bank ICB Financial Group pada 1994 yang memiliki rangkaian di 13 buah negara dan kebetulan pada masa itu, Bank Negara Malaysia (BNM) kehilangan RM30 billion secara misteri.
"Adakah kehilangan RM30 billion rezab BNM ada kaitan dengan kekayaan sepantas kilat Tun Daim kerana Tun Daim juga adalah Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas transaksi-transaksi misteri yang menyebabkan BNM kehilangan dana begitu besar, sebelum beliau ( Tun Daim) meletakkan jawatan pada 2014," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Tambah Anina, Dr. Mahathir tidak boleh menutup isu tersebut dengan cuba membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
dan dana politik RM2.6 billion yang sudah lama selesai dan tidak relevan lagi.
"Derma politik dan 1MDB telah ditimbulkan kembali oleh kem Dr. Mahathir dengan sengaja untuk mempengaruhi pengundi terhadap isu lapuk yang telah lama selesai.
"Pada saya isu sebenar yang perlu diselesaikan menjelang hari pengundian pada 9 Mei ini adalah dengan menjawab persoalan kekayaaan keluarga dan kroni-kroninya," katanya.
Sementara itu katanya, penglibatan kartel lama melibatkan Daim; Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim dalam kempen Dr. Mahathir menimbulkan rasa sangsi kepada rakyat khususnya di Langkawi.
"Tindakan itu adalah sangat ironik apabila kumpulan kartel lama yang telah mengumpul begitu banyak kekayaan ketika era Dr. Mahathir yang mengamalkan budaya kronisme dan salah guna kuasa itu, kini tiba-tiba tampil untuk kononnya bersama Dr. Mahathir menyelamatkan Malaysia.
"Adakah kumpulan ini mahu menyelamatkan Malaysia? Ataupun mereka hanya mahu menyelamat diri sendiri," soal Anina.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada lebih 42,000 pengundi di Langkawi supaya menolak Dr. Mahathir pada pilihan raya nanti.
"Jangan kita gadaikan masa depan Langkawi dengan memberi undi kepada Dr. Mahathir yang hanya dipergunakan oleh DAP," katanya.- UTUSAN ONLINE
http://m.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-digesa-jawab-dakwaan-memiliki-488-syarikat-rm170-billion-1.666811
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penembak-tepat.blogspot.com/2019/07/politik-demokrasi-dalam-ppbm-gaya-pm7.html