Kdebwm Perkenal Rvm Mesin Kitar Semula Berasaskan Ai Pertama Di Malaysia


KDEBWM Perkenal RVM, Mesin Kitar Semula Berasaskan AI Pertama Di Malaysia
KDEB Waste Management (KDEBWM) baru-baru ini memperkenalkan Reverse Vending Machine (RVM), iaitu mesin pintar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi tujuan kitar semula.
Melalui mesin ini, orang ramai boleh mengitar semula bahan buangan pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu kutipan atau menghantar ke pusat kitar semula.
Menurut Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir, pelaksanaan projek tersebut dijalankan hasil kerjasama antara KDEB Services Sdn. Bhd. dan HMA Digital Malaysia.
“Projek ini seiring dengan usaha kerajaan Selangor meningkatkan kadar kitar semula rakyat kepada 15 peratus menjelang hujung tahun ini,” kata beliau ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama HMA Digital Malaysia dan Pelancaran RVM AI Pintar 5, pada Isnin.
Fungsi & kelebihan mesin RVM Ramli menjelaskan, pengguna boleh mendaftar menggunakan nombor telefon bimbit sebelum memasukkan bahan kitar semula seperti kertas, plastik, aluminium, kotak kertas dan minyak masak terpakai.
Mesin tersebut berfungsi menimbang serta merekodkan transaksi secara automatik.
“Mesin ini dilengkapi pengesan pintar yang dapat mengesan cubaan penipuan seperti menambah air dalam minyak atau meletakkan objek berat bagi menambah timbangan, selain turut dilengkapi sistem keselamatan dengan CCTV (kamera litar tertutup) bagi mengelak vandalisme,” ujarnya.
Tambah beliau, pengguna akan menerima bayaran terus ke akaun bank masing-masing dalam tempoh singkat selepas transaksi selesai.
“Contohnya, jika bahan kitar semula bernilai RM38, pengguna akan menerima bayaran itu secara automatik terus ke akaun bank. Ini salah satu cara kita galakkan rakyat melihat bahawa sisa bukan sampah, tetapi sumber yang bernilai,” jelasnya.
100 unit pertama dipasang di Selangor Bagi fasa pertama, sebanyak 100 unit mesin RVM akan dipasang di seluruh Selangor dengan tumpuan di lokasi strategik seperti pejabat kerajaan, pasar raya, dewan komuniti, masjid, rumah ibadat dan kawasan perumahan.
“Setiap mesin boleh menampung sehingga 750 kilogram bahan sehari dan sekiranya penuh, sistem akan memaklumkan pusat kawalan kami untuk kutipan segera.
“Kami berharap masyarakat menggunakan mesin ini dengan betul dan hanya bagi bahan kitar semula yang diterima,” ujarnya.
Ramli turut menegaskan bahawa harga bahan kitar semula yang diterima akan berubah mengikut harga pasaran semasa bagi memastikan keadilan kepada pengguna dan operator.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa inisiatif ini dijangka dapat mengurangkan kebergantungan negeri terhadap tapak pelupusan (landfill). Ia juga akan menyokong pelan tenaga hijau negeri seperti projek tenaga daripada sisa (WTE) di Jeram.
“Jika kita dapat capai kadar kitar semula 10 hingga 15 peratus, jumlah sampah yang berakhir di tapak pelupusan dapat dikurangkan secara signifikan.
“Ini bukan saja menjimatkan kos pelupusan tetapi turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
“Sebelum ini, KDEBWM sudah melaksanakan pelbagai program kitar semula termasuk kemudahan Material Recovery Collection Facility (MRCF) dan program kutipan rumah ke rumah,” jelasnya.
Tidak berhenti di situ, beliau berharap pelaksanaan mesin RVM ini akan menjadi titik perubahan dalam membentuk sikap masyarakat yang lebih bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa.
Ia juga diharapkan dapat menjadikan amalan kitar semula sebagai budaya harian rakyat Selangor.
BACA: 6 Cara Bantu Legakan Influenza 
Sumber: KDEBWM
The post KDEBWM Perkenal RVM, Mesin Kitar Semula Berasaskan AI Pertama Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/09/kdebwm-perkenal-rvm-mesin-kitar-semula-berasaskan-ai-pertama-di-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selangor Lancar Mesin Kitar Semula Barangan Kepada Tunai Layan Diri

Selangor Lancar Mesin Kitar Semula Barangan Kepada Tunai Layan Diri

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 145 hits
KDEB Waste Management memperkenalkan mesin layan diri Reverse Vending Machine pintar 5 dalam 1 pertama di Selangor yang membolehkan penduduknya menukarkan bahan kitar semula kepada wang tunai Mesin ini menerima 5 jenis bahan kitar semula u
Power Bank Pertama Guna Teknologi Ev Tiba Di Malaysia

Power Bank Pertama Guna Teknologi Ev Tiba Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 177 hits
Energea telah memperkenalkan Koleksi Tangerine dan MagPac Pro 35s Hybrid Solid State Powerbank yang menggabungkan gaya dan fungsi untuk pengguna di Malaysia Koleksi Tangerine menampilkan aksesori berwarna terang seperti AluPac Mini 5K AluMa...
Pos Malaysia Perkenal Redly Himpunkan Semua Penghantaran Global Bawah Satu Platform

Pos Malaysia Perkenal Redly Himpunkan Semua Penghantaran Global Bawah Satu Platform

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 160 hits
Pos Malaysia Perkenal Redly Himpunkan Semua Penghantaran Global Bawah Satu Platform Shah Alam Selari dengan matlamat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan Pos Malaysia Berhad secara rasmi telah melancarkan Redly yang menyat...
Dulu Peguam Kini Usahawan Ayam Goreng Mybaik Fastfood Muslim Buatan Malaysia Pertama Dilancarkan Di Bandar Seri Putra

Dulu Peguam Kini Usahawan Ayam Goreng Mybaik Fastfood Muslim Buatan Malaysia Pertama Dilancarkan Di Bandar Seri Putra

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 175 hits
Dari dunia undang undang ke dunia ayam goreng inilah kisah berani Dato Hifdzi Hamzah bekas peguam korporat ternama yang kini menjadi pengasas kepada jenama makanan segera tempatan iaitu MyBaik Selepas lebih 20 tahun berkhidmat dalam bidang ...
Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 561 hits
Maxis memperkenalkan penyelesaian Rangkaian Selamat Kuantum pertama di Malaysia yang menjadi langkah penting dalam memperkukuh keselamatan digital negara Teknologi ini direka untuk melindungi komunikasi daripada ancaman penggodaman kuantum ...
Manisan Rasa Malaysia Dengan Sentuhan Moden Cawangan Pertama Shantea Di Midvalley Megamall

Manisan Rasa Malaysia Dengan Sentuhan Moden Cawangan Pertama Shantea Di Midvalley Megamall

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 186 hits
Manisan Rasa Malaysia Dengan Sentuhan Moden Cawangan Pertama SHANTEA Di MidValley Megamall Penggemar manisan kini ada destinasi baharu di Mid Valley Megamall apabila SHANTEA Dessert membuka cawangan pertamanya di pusat beli belah terkenal i...
Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut

Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 177 hits
Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut KUALA LUMPUR 14 Okt Orangnya kecil molek dan apabila bertutur pula nadanya sentiasa lembut namun di sebalik semua itu Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki bukan wan...
Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 185 hits
TVS Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026 TV Sarawak stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform media...
Wisma Putra 23 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Flotila Ke Gaza Selamat Akan Dihantar Pulang

Wisma Putra 23 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Flotila Ke Gaza Selamat Akan Dihantar Pulang

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 202 hits
Wisma Putra 23 Rakyat Malaysia Ditahan Dalam Flotila Ke Gaza Selamat Akan Dihantar Pulang PUTRAJAYA 2 Okt Kementerian Luar memaklumkan bahawa semua 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel ketika menyertai Global Sumud Flotilla pada Kham...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Pau Sambal

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Lapar Awal Pagi Ini

Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb