Pos Malaysia Perkenal Redly Himpunkan Semua Penghantaran Global Bawah Satu Platform


Pos Malaysia Perkenal Redly, Himpunkan Semua Penghantaran Global Bawah Satu Platform
Shah Alam —  Selari dengan matlamat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Pos Malaysia Berhad secara rasmi telah melancarkan Redly yang menyatukan semua perkhidmatan pos dan penghantaran antarabangsa di bawah satu jenama.
Pelancaran itu juga dilakukan bersempena dengan sambutan Hari Pos Sedunia 2025 dan turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Setem khas Hari Pos Sedunia 2025 juga telah dilancarkan secara rasmi pada majlis tersebut.
Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar berkata Pos Malaysia menyatukan semua perkhidmatan di bawah satu jenam dengan identiti yang kukuh, jelas, konsisten dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

“Dengan janji From anywhere to everywhere, Redly menghubungkan orang ramai, perniagaan dan komuniti di seluruh dunia, selaras dengan tema Hari Pos Sedunia tahun ini, Local Service Global Reach,” katanya ketika majlis pelancaran di Pusat Mel Nasional.
Melalui Redly, pos antarabangsa, bungkusan, kargo dan penghantaran e-dagang akan digabungkan dalam satu platform. Ia termasuk penghantaran surat, dokumen, bungkusan dan operasi logistik global.
Redly dikatakan dapat memudahkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan fleksibiliti, ketelusan dan capaian global.
Ia juga terdiri daripada tiga produk utama iaitu, RedlyExpress, RedlyPriority dan RedlyConnect.
Kini, Redly secara rasmi tersedia di seluruh negara melalui semua titik sentuh Pos Malaysia termasuk pejabat pos, Pos Mini, ejen Pos  dan platform dalam talian.
Pelanggan juga sudah boleh mengakses perkhidmatan Redly dan pelbagai lagi inovasi akan diperkenalkan pada masa akan datang termasuk SendParcelPro, sebuah platform penghantaran digital premium.

Sementara itu, Fahmi Fadzil yang merasmikan majlis tersebut turut mengumumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang memuktamadkan proses untuk menyalurkan pembiayaan kewangan bernilai RM50 juta.
Menurutnya, ia sejajar dengan komitmen Malaysia sebagai anggota Kesatuan Pos Sedunia (UPU).
“Ia sebagai dana pendahuluan bagi mengekalkan penyediaan perkhidmatan pos asas kepada rakyat tanpa gangguan, sejajar dengan Seksyen 5 Akta Perkhidmatan Pos 2012 (Akta 741),” katanya.
Beliau sebelum itu berkata kerajaan melalui MCMC sedang menubuhkan Dana Perkhidmatan Pos (Postal Service Fund) untuk memastikan kelestarian dan kesinambungan perkhidmatan pos di seluruh negara, terutama di kawasan luar bandar di bawah Tanggungjawab Perkhidmatan Sejagat (USO).
“Dana ini merupakan inisiatif strategik bagi menyokong transformasi sektor pos agar kekal relevan, mampan dan berdaya saing dalam era komunikasi dan e-dagang,” ujarnya lagi.
The post Pos Malaysia Perkenal Redly, Himpunkan Semua Penghantaran Global Bawah Satu Platform appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/09/pos-malaysia-perkenal-redly-himpunkan-semua-penghantaran-global-bawah-satu-platform/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi

Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 212 hits
JERANTUT Malaysia kini mempunyai keupayaan pengurusan bencana bertaraf global hasil daripada latihan yang tersusun kesepaduan pelbagai agensi serta kepimpinan strategik yang dibina sepanjang sedekad lepas kata Timbalan Perdana Menteri Datuk...
Final Miss Malaysia Indian Global Ke 26 Meriah Dengan Semangat Pemerkasaan Budaya Cinta Komuniti

Final Miss Malaysia Indian Global Ke 26 Meriah Dengan Semangat Pemerkasaan Budaya Cinta Komuniti

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 179 hits
Final Miss Malaysia Indian Global Ke 26 Meriah Dengan Semangat Pemerkasaan Budaya Cinta Komuniti Acara Tahunan Ke 26 Miss Malaysia Indian Global melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang semalam apabila Charlotte Netto 28 anak jati Johor ya...
Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 263 hits
YESTERDAY GenT announced its intention to undertake a conditional voluntary take over offer to acquire all the remaining shares in GenM that it does not already own at RM2 35 per share representing a 9 8 premium to the last closing price Th...
Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

Tvs Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 185 hits
TVS Dari Borneo Ke Malaysia Perkenal Visi Kandungan Baharu Peluang Penajaan 2026 TV Sarawak stesen televisyen pertama dari Bumi Kenyalang yang kini berkembang pesat di peringkat nasional terus memperkukuh kedudukannya sebagai platform media...
Semua Harga Pelan Spotify Premium Di Malaysia Kini Naik Rm1 Hingga Rm3

Semua Harga Pelan Spotify Premium Di Malaysia Kini Naik Rm1 Hingga Rm3

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 208 hits
Harga langganan Spotify di Malaysia kini meningkat sehingga RM3 bermula Oktober ini Malah kenaikan ini melibatkan semua pelan individu duo keluarga dan pelajar di mana pelan Individu kini berharga RM17 50 bulan Pelajar RM9 50 bulan dengan p...
Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 628 hits
Bata Raikan 131 Tahun Legasi Global 95 Tahun Bersama Rakyat Malaysia Sempena sambutan Hari Pengasas Bata jenama kasut ikonik ini meraikan dua detik bersejarah 131 tahun legasi global dan 95 tahun perjalanan di Malaysia di mana ia telah menj...
Kdebwm Perkenal Rvm Mesin Kitar Semula Berasaskan Ai Pertama Di Malaysia

Kdebwm Perkenal Rvm Mesin Kitar Semula Berasaskan Ai Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 175 hits
KDEBWM Perkenal RVM Mesin Kitar Semula Berasaskan AI Pertama Di Malaysia KDEB Waste Management baru baru ini memperkenalkan Reverse Vending Machine iaitu mesin pintar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan bagi tuj...
What I Learned About Global Health From Malaysia S Oldest University

What I Learned About Global Health From Malaysia S Oldest University

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 160 hits
Letter to EditorWHEN I first stepped onto the Universiti Malaya campus in Kuala Lumpur what immediately struck me wasn t just the bustle of students or the stately architecture It was the green Towering trees shaded walkways and pockets of ...
Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Pau Sambal

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Beli Minyak Masak Paket Dengan Ic


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mandatory Email Account Verification For All Domain

Cpanel Is Delaying Incoming Messages

Dia Bukan Siapa Siapa

Babah Gondol Hadiah Utama Ffm 34

Delicious Old Fashioned Pickled Beef Heart Recipe

Terbang Ke Nanjing Dengan China Eastern Airlines Dan Makan Malam Di Lanzhou Beef Noodles Liyang