Prof Norazah Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut


Prof Norazah, Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Orangnya kecil molek dan apabila bertutur pula nadanya sentiasa lembut, namun di sebalik semua itu Prof Ts Dr Norazah Mohd Suki bukan wanita yang calang-calang.
Penyelidik dan juga profesor daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur ini mencipta sejarah sebagai wanita pertama negara tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis terbaik dunia selama tujuh tahun berturut-turut dari 2019 hingga tahun ini.
Senarai berprestij itu diterbitkan oleh Universiti Stanford dan penerbit akademik Elsevier yang menilai lebih sembilan juta penyelidik dari seluruh dunia, namun hanya sekitar 100,000 saintis berimpak tinggi dipilih berdasarkan citation (petikan), indeks-H, kolaborasi antarabangsa dan peranan kepengarangan utama.
Bagi dirinya, pencapaian itu bukan sekadar pengiktirafan peribadi tetapi juga kebanggaan buat Malaysia.
“Apabila saya mengetahui disenaraikan buat kali ketujuh, saya amat bersyukur. Ia bukan hanya penghargaan terhadap kerja keras saya, tetapi juga legasi untuk UUM dan Malaysia, membuktikan bahawa kita mampu berdiri setaraf dengan saintis antarabangsa,” katanya ketika ditemui Bernama, baru-baru ini.
Pencapaian beliau bukan sahaja menzahirkan kecemerlangan peribadi, malah mengukuhkan profil penyelidikan Malaysia di persada global selain menjadi simbol kecekalan wanita Malaysia dalam dunia akademik yang kompetitif dan lazimnya didominasi kaum lelaki.
Pengiktirafan “tulen” Norazah tersenarai dalam World’s Top 2 % Scientists sejak pengiktirafan itu diperkenalkan oleh Universiti Stanford dan Elsevier pada 2019. Beliau kini di kedudukan 167 dunia dalam bidang Perniagaan dan Pengurusan serta ke-5,173 secara keseluruhan dalam kalangan 100,000 saintis berimpak tinggi di seluruh dunia.
Berdasarkan pangkalan data Scopus, beliau mencatatkan H-Index 39 dengan lebih 196 artikel diterbitkan dan lebih 5,000 petikan oleh penyelidik lain di seluruh dunia, iaitu satu pencapaian luar biasa dalam bidang sains sosial dan pengurusan yang biasanya tidak mencatat kadar rujukan setinggi bidang sains tulen.
(Scopus ialah pangkalan data pelbagai disiplin yang berasaskan semakan rakan sebidang, sementara H-Index merujuk ukuran yang menilai keseimbangan antara kuantiti dan kualiti penyelidikan seseorang saintis.)
Menjelaskan dengan lebih lanjut pencapaiannya kepada Bernama, Norazah berkata H-Index 39 bermaksud sekurang-kurangya 39 artikel beliau yang masing-masing telah dirujuk sekurang-kurangnya 39 kali oleh penyelidik lain.
“Realitinya, bukan semua orang boleh mencapai Scopus H-Index 30 ke atas, apatah lagi 39. Ia satu angka yang sangat tinggi, terutama dalam bidang sains sosial dan pengurusan kerana bidang ini tidak mempunyai jumlah penyelidik dan kadar rujukan setinggi bidang sains tulen.
“Angka itu menunjukkan hasil penyelidikan saya bukan sahaja diterbitkan, tetapi turut digunakan dan dirujuk secara meluas oleh komuniti akademik antarabangsa,” jelasnya.
Tegas beliau lagi, pemilihan ke dalam kelompok dua peratus saintis terbaik dunia tidak bergantung pada jumlah penerbitan semata-mata, sebaliknya kualiti dan impak sebenar penyelidikan.
“Tiada permohonan, tiada pencalonan, semuanya berpaksikan data penerbitan yang sahih dan berimpak tinggi. Jadi, apabila nama kita muncul dalam senarai itu, ia benar-benar hasil kerja keras bertahun-tahun,” jelas beliau lagi, menambah pencapaiannya itu juga membuktikan disiplin, konsistensi dan rasa ingin tahu yang tinggi adalah kunci kejayaan.
“Untuk kekal dalam senarai ini bukan mudah. Kita perlu terus aktif menjalankan penyelidikan berimpak tinggi, menulis, menerbitkan dan berkolaborasi di peringkat antarabangsa. Walau sesibuk mana pun saya sentiasa pastikan setiap hari ada masa diperuntukkan untuk menulis atau menyemak data penyelidikan dengan penuh disiplin,” kongsi beliau.
Perjalanan Akademik & Keluarga Dilahirkan di Kluang, Johor pada 1977, anak kedua daripada tiga beradik ini membesar dan menerima pendidikan awal di Jasin, Melaka. Sejak kecil, beliau dan adik-beradik diasuh dalam suasana keluarga yang menekankan disiplin dan pendidikan.
Bukan sesuatu yang menghairankan kerana ibunya Azbah Semat, merupakan “Special Grade Midwife” di Hospital Melaka sebelum bersara, manakala arwah bapanya Mohd Suki Umbi pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum menjadi penguasa asrama di Institut Kemahiran Mara Jasin.
“Ibu dan arwah bapa menjadi tulang belakang kejayaan saya. Mereka menghantar saya dan kakak saya, Prof Madya Ts Dr Norbayah, ke kampus setiap hari di Universiti Multimedia (MMU) Melaka dan kemudian ke MMU Cyberjaya. Mereka tidak pernah jemu memberi semangat untuk kami menimba ilmu hingga ke peringkat tertinggi,” ujarnya penuh syukur.
Kakaknya juga bertugas di UUM Kampus Kuala Lumpur, manakala adik bongsu mereka Mohamad Syukri seorang cef terlatih.
Merupakan lepasan Institut Perdagangan Mara, Norazah menyambung pengajian ijazah pertama di MMU dan menamatkan pengajian pada 2000. Beliau kemudian meneruskan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang pemasaran dan e-dagang di universiti sama dan menamatkan pendidikan pada 2006 ketika berusia 29 tahun.
Sepanjang 25 tahun dalam dunia akademik, Norazah menempuh perjalanan dengan penuh dedikasi, di beberapa institusi pengajian tinggi di negara ini. Beliau pernah berkhidmat di MMU, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Industri Selangor dan Universiti Malaysia Sabah (Kampus Antarabangsa Labuan) sebelum menyertai UUM pada 2018.
“Setiap tempat memberi pengalaman berbeza, tetapi semuanya membentuk siapa saya hari ini,” katanya mengimbas perjalanan kariernya.
Pada 2018, beliau menerima pengiktirafan Malaysia’s Research Star Award (MRSA), satu penghargaan berprestij daripada penerbit akademik Elsevier dan Kementerian Pendidikan Tinggi kepada penyelidik Malaysia yang menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa.
Kini, pada usia 48 tahun, beliau bukan sahaja bergelar profesor tetapi turut memegang jawatan Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi & Hubungan Korporat) di Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), UUM – simbol kepada disiplin, fokus dan minat mendalam yang mengangkatnya ke puncak dunia akademik.
Ekosistem & kepimpinan penyelidikan Bagi Norazah, kejayaan dalam penyelidikan bukanlah kerja individu, tetapi hasil ekosistem universiti dan pasukan yang menyokong sepenuhnya. Beliau yang banyak menjalankan kerjasama penyelidikan rentas negara turut menekankan kepentingan menjadi pengarang utama dalam penerbitan berimpak tinggi.
“Kepengarangan utama mencerminkan kepimpinan intelektual seseorang, menunjukkan peranan kita dalam membentuk idea dan menggerakkan penyelidikan,” jelasnya.
Bukan setakat itu, Norazah juga membantu pelajarnya mencipta kejayaan dan antara pencapaian besar yang masih diingatinya ialah membantu 105 penuntut sarjana muda menerbitkan artikel berindeks Scopus, satu pencapaian yang sangat jarang berlaku dalam dunia pendidikan.
Buku yang bertajuk “Handbook of Research on Leveraging Consumer Psychology for Effective Customer Engagement” itu diterbitkan oleh IGI Global pada 2017, melibatkan pelajarnya yang beliau latih sejak awal pengajian.
“Saya berperanan sebagai penyelia, pembimbing dan juga penghubung yang menjawab semua komen daripada penilai buku.
“Mereka yang menjalankan kajian dan saya hanya bantu dari segi semakan analisis data dan penulisan sebelum semua penemuan mereka disatukan dalam sebuah buku. Ini antara cara saya memberi peluang awal kepada pelajar mengenali dunia penyelidikan sebenar,” katanya.
Penerbitan buku itu membolehkan setiap penulis memiliki Scopus ID sendiri di pangkalan data Scopus. Lebih membanggakan, sebahagian pelajarnya kini memegang jawatan akademik pelbagai peringkat termasuk profesor, profesor madya dan ketua jabatan, selain ada yang bergelar usahawan berjaya.
Seorang daripada mereka ialah Mejar (PA) Nur Azmiani Ambatang yang menyifatkan Norazah bukan sekadar pensyarah tetapi contoh pemimpin berdisiplin dan berjiwa patriotik.
“Beliau selalu menekankan bahawa kepimpinan bukan soal pangkat, tetapi tanggungjawab dan teladan,” katanya, menambah nilai itu membentuk disiplin serta semangat kepimpinan yang membantunya berjaya sebagai pegawai berpangkat Mejar Pertahanan Awam di Wilayah Persekutuan.
Prof Madya Dr Irma Wani Othman pula berpendapat, ketegasan dan keprihatinan pensyarahnya itu semasa beliau menjadi pelajar pascasiswazah membentuk disiplin penyelidikan yang kukuh. “Beliau menekankan proses, bukan hanya hasil akhir. Setiap keputusan mesti ada justifikasi,” katanya yang kini meneruskan legasi sebagai penyelidik dan profesor madya di Universiti Malaysia Sabah.
“Saya percaya gaya beliau wajar dicontohi oleh pendidik muda. Dalam dunia akademik yang sering menekankan kuantiti dan hasil segera, beliau menunjukkan kejayaan sebenar pendidik diukur melalui nilai dan kualiti pelajar yang dibentuk, bukan sekadar pencapaian di atas kertas semata-mata,”ujarnya.
Legasi ilmu, khidmat masyarakat dan patriotisme Dalam bidang pemasaran dan e-dagang, Norazah dikenali kerana penyelidikannya yang berfokus pada tingkah laku pengguna serta pemasaran digital dan kelestarian. Kini, beliau menumpukan penyelidikan pada bidang Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), kecerdasan buatan (AI) dan pola pembelian baharu pengguna seperti “Buy Now, Pay Later.”
Katanya minat terhadap pemasaran hijau bermula sejak beliau di peringkat pengajian ijazah sarjana lagi.
“Saya percaya perniagaan masa depan harus bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat. Itulah mesej utama dalam semua kajian saya.”
Di sebalik reputasi sebagai saintis bertaraf dunia, Norazah juga dikenali sebagai seorang pegawai beruniform berjiwa rakyat. Sejak 2013, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Bersekutu APM dengan pangkat Lt. Kolonel Bersekutu dan kini menjawat jawatan Timbalan Komandan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KorSispa) UUM. Melaluinya, beliau memupuk semangat kesukarelawanan dan patriotik dalam kalangan mahasiswa dan generasi muda.
Mengimbas penglibatannya dalam kerja-kerja sosial, beliau berkata paling diingatinya ialah bertugas di Home Surveilance Centre (HSC) di Institut Aminuddin Baki, Jitra, Kedah ketika negara dilanda pandemik COVID-19 dan masyarakat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.
Tugasnya bukan mudah; perlu menyelaras pelbagai agensi, menguruskan pendaftaran individu di bawah pengawasan (PUS), memastikan kebersihan dan memantau pematuhan prosedur operasi standard, selain membantu menyelaraskan penghantaran makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Walaupun kerja akademik berjalan seperti biasa, saya terima tanggungjawab itu dengan hati terbuka. Ini adalah amanah untuk negara. Kita semua ada peranan masing-masing dalam menamatkan penularan wabak,” jelasnya.
Peranan yang dimainkan oleh beliau ketika itu turut menyaksikannya dianugerahi Pingat Bakti Pertahanan Awam pada 2021 sebagai penghargaan atas sumbangan dan jasanya.
“Ilmu dan pangkat tidak bermakna jika kita tidak kembali menyumbang kepada masyarakat,” katanya lagi, menutup bicara.
BACA: Terlalu Percaya ChatGPT, Percutian Wanita Ini Berakhir Dengan Kerugian BACA: Pemohon Dikehendaki Daftar Akaun MySTR Baharu Bagi Permohonan STR 2026 Sumber: Bernama
The post Prof Norazah, Wanita Malaysia Pertama Dinobat Saintis Terbaik Dunia 7 Tahun Berturut appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/14/prof-norazah-wanita-malaysia-pertama-dinobat-saintis-terbaik-dunia-7-tahun-berturut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Tahun 4 Meninggal Dunia Di Sekolah

Murid Tahun 4 Meninggal Dunia Di Sekolah

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 161 hits
Ahmad HasbiSEREMBAN Murid tahun empat ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Senawang jam 1 tengah hari hari ini Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 1 19 t...
Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Tandas Sekolah Di Seremban Pada 1 10 2025

Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Tandas Sekolah Di Seremban Pada 1 10 2025

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 209 hits
Perginya Seorang Hari ini saya benar benar tersentuh hati bila membaca berita tentang seorang murid Tahun 4 yang dilaporkan meninggal dunia di sekolahnya masih kecil masih beruniform putih biru masih meniti alam persekolahan yang penuh deng...
10 Tahun Menanti Pasangan Kongsi Momen Sambut Cahaya Mata Pertama

10 Tahun Menanti Pasangan Kongsi Momen Sambut Cahaya Mata Pertama

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 91 hits
10 Tahun Menanti Pasangan Kongsi Momen Sambut Cahaya Mata Pertama Rezeki kadangkala bukan sahaja hadir dalam bentuk wang tunai namun nikmat lain yang mungkin secara tidak sedar sedang kita miliki Antaranya sihat tubuh badan masih dikurniaka...
Antara Asap Angin 5 Motosikal 150cc Terbaik Di Malaysia

Antara Asap Angin 5 Motosikal 150cc Terbaik Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/10/2025 - jumlah : 124 hits
Antara Asap Angin 5 Motosikal 150cc Terbaik di Malaysia Sporty Berkuasa Mesra Dompet Sumber 150cc Nampak kecil pada angka tapi besar maknanya dalam dunia dua roda Kelas ini menjadi nadi kepada ramai penunggang daripada pelajar kolej pekerja...
Nur Aiman Akhiri Kemarau Podium Lima Tahun Malaysia Di Ltdl

Nur Aiman Akhiri Kemarau Podium Lima Tahun Malaysia Di Ltdl

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 98 hits
Nur Aiman Akhiri Kemarau Podium Lima Tahun Malaysia Di LTDL ISKANDAR PUTERI 4 Okt Pelumba negara Muhammad Nur Aiman Rosli dari Terengganu Cycling Team menamatkan kemarau podium Malaysia selama lima tahun di Le Tour de Langkawi apabila menam...
Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

Maxis Demonstrasikan Teknologi Rangkaian Kuantum Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 484 hits
Maxis memperkenalkan penyelesaian Rangkaian Selamat Kuantum pertama di Malaysia yang menjadi langkah penting dalam memperkukuh keselamatan digital negara Teknologi ini direka untuk melindungi komunikasi daripada ancaman penggodaman kuantum ...
Lelaki 75 Tahun Temui Ajal Sehari Selepas Kahwini Wanita Muda

Lelaki 75 Tahun Temui Ajal Sehari Selepas Kahwini Wanita Muda

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 126 hits
Lelaki 75 tahun temui ajal sehari selepas kahwini wanita muda SANGRURAM berkahwin dengan Manbhavati yang jauh lebih muda daripadanya Foto X KarishmaAziz NEW DELHI Seorang lelaki berusia 75 tahun di India berkahwin dengan wanita yang jauh le...
Malaysia Mungkin Dalam Kerugian Besar Beberapa Tahun Mendatang Jika Terus Amal Cara Sekarang Sepenuhnya

Malaysia Mungkin Dalam Kerugian Besar Beberapa Tahun Mendatang Jika Terus Amal Cara Sekarang Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 96 hits
Bayangkan jika dalam beberapa tahun lagi Malaysia menghadapi kerugian besar di mana krisis tenaga elektrik lampu rumah berkelip kelip kerana gangguan elektrik kilang terpaksa menghentikan operasi kerana bekalan tenaga tidak stabil dan harga...
Kdebwm Perkenal Rvm Mesin Kitar Semula Berasaskan Ai Pertama Di Malaysia

Kdebwm Perkenal Rvm Mesin Kitar Semula Berasaskan Ai Pertama Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 95 hits
KDEBWM Perkenal RVM Mesin Kitar Semula Berasaskan AI Pertama Di Malaysia KDEB Waste Management baru baru ini memperkenalkan Reverse Vending Machine iaitu mesin pintar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan bagi tuj...
The Prophet By Kahlil Gibran

Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

Mic Chief Accuses Zahid Of Lying Declares Loss Of Confidence

Commentary Freedom Of Choice Must Drive Malaysia S Multi Lane Free Flow Toll Era

Pmo Dan Ba Kdmp Kubu Raya Lakukan Audiensi Ke Setda Kabupaten Kubu Raya

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Drama Satu Dua Dia

Bila Virus Influenza Mula Menular Di Sekolah Anak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anak Kecil Di Tengah Runtuhan Kisah Kekuatan Dan Harapan

Pening Menggigil Tak Larat

Kotak Packaging Custom Untuk Kek Coklat Cookies Nampak Eksklusif Nampak Sedap

Maggie Goreng Eh Bukan Maggie

Looking For Waxing Near Me Why Edmonton Women Trust Comfort Wax Studio

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight