Kalau Bersatu Sudah Jadi Umno 2 0 Apa Relevannya Lagi Ph Terus Wujud




Matlamat utama perjuangan PH dalam PRU14 lalu, selain mahu menyingkirkan Najib Razak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, juga ialah untuk mengenepikan UMNO daripada puncak kuasa.


Alasannya kerana UMNO bukan lagi dilihat sebagai parti yang memperjuangkan orang Melayu, tetapi telah bertukar menjadi parti yang digunakan untuk membela Najib semata-mata.


Di ketika yang sama didendangkan pula bahawa Bersatu adalah wadah baru yang akan menjadi pengganti kepada UMNO.


Apabila akhirnya PH diberikan kemenangan melalui peti-peti undi, maksud yang mudah difahami ialah rakyat telah menolak UMNO bersama para pemimpinnya sekali.


Dalam ertikata lain, rakyat tidak percaya lagi kepada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negara ini, sebaliknya mahu mereka diganti dengan pemimpin-pemimpin baru yang tiada liabiliti atau skandal sebagaimana sebelumnya.


Di peringkat awal kemenangan, Tun Mahathir Mohamad sendiri tegas mengatakan PH tidak akan menerima mana-mana pemimpin UMNO yang mahu menyertai Bersatu atau lain-lain parti dalam gabungan yang sudah menjadi kerajaan itu.


Dengan peredaran masa apabila ada beberapa Ahli Parlimen UMNO keluar parti, Tun Mahathir kemudian berkata, mereka yang terbabit itu mestilah menjadi Ahli Parlimen Bebas dalam tempoh tertentu terlebih dahulu atau tempoh bertenang sebelum boleh diterima menyertai Bersatu.


Apabila disebut ada tempoh bertenang sebelum boleh memohon menjadi ahli, tempoh yang biasanya ditetapkan ialah sekurang-kurangnya enam bulan, setahun atau lebih daripada itu.


Sayangnya, Tun Mahathir nyata mungkir janji dengan kata-katanya sendiri. Mustapha Mohamad, Ahli Parlimen Jeli tiba-tiba diterima menjadi ahli Bersatu hanya kira-kira sebulan selepas beliau mengumumkan keluar UMNO.


Begitu juga dengan enam Ahli Parlimen UMNO yang keluar parti pada Disember lalu, kemasukan mereka ke dalam Bersatu telah disahkan semalam, sambil terus diberikan kad keahlian.


Di Sabah pula, para pemimpin UMNO yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini masih tidak henti-henti berusaha dan melobi untuk membawa Bersatu ke negeri tersebut.


Meskipun sudah ada perjanjian dengan Warisan, Tun Mahathir dalam perkembangan terbaru, juga dinyatakannya semalam, pihaknya tidak terikat dengan pendirian parti tersebut sama ada memutuskan mahu melebarkan sayapnya ke Sabah atau tidak.


Dalam waktu yang sama, dikhabarkan juga ada lagi beberapa Ahli Parlimen UMNO bakal menyeberang untuk menyertai Bersatu dalam waktu terdekat ini.


Selain difahami bahawa tujuan utama Tun Mahathir menarik satu demi satu gerombolan pemimpin UMNO menyertai Bersatu adalah untuk menguatkan kedudukannya dan sekaligus membolehkannya memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, persoalan lain yang timbul ialah apa jadi akhirnya kepada parti serpihan UMNO itu?


Tidakkah Bersatu perlahan-lahan akan bertukar menjadi UMNO 2.0 sudahnya?


Jika Bersatu sudah bertukar menjadi UMNO 2.0, bukankah perjuangan menumbangkan UMNO sebelum ini hanya sia-sia belaka?


Sebab itu, sudah sampai masanya Majlis Presiden PH mengambil satu ketetapan tegas dalam hal ini. Membiarkan Tun Mahathir menjadikan Bersatu sebagai UMNO 2.0 dan PKR, DAP serta Amanah terus bekerjasama dengan parti itu tentu saja mengundang rasa kecewa tak terperi kepada rakyat yang telah memenangkan PH dalam pilihanraya umum lalu.


Tun Mahathir selaku Pengerusi PH seterusnya mesti disedarkan bahawa PH bukanlah BN 2.0 di mana beliau selaku Perdana Menteri  boleh bertindak sesuka hati dan semua orang lain mesti menurut kata-katanya sebagaimana beliau berkuasa selama 22 tahun sebelum ini.


Malah, kiranya Majlis Presiden gagal mengawal Tun Mahathir dan membiarkan UMNO 2.0 berada dalam PH, sejujurnya PKR, DAP dan Amanah tidak relevan lagi untuk terus berada dalam gabungan kerajaan itu. (ShahbudinHusin 13/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/kalau-bersatu-sudah-jadi-umno-20-apa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Wujud Keraguan Kemasukan Pemimpin Umno Ke Dalam Bersatu

Masih Wujud Keraguan Kemasukan Pemimpin Umno Ke Dalam Bersatu

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 368 hits
Masih wujud keraguan kemasukan pemimpin Umno ke dalam BersatuPosted By on February 17 2019Biar pun Bersatu berhak menerima menjadi ahli 7 wakil rakyat Umno baru baru ini namun rakan gabungan dalam Pakatan Harapan tetap berasa gusar terhadap...
Bersatu Nak Ganti Umno Sudahnya Perangai Pun Dah Sama Macam Umno

Bersatu Nak Ganti Umno Sudahnya Perangai Pun Dah Sama Macam Umno

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 426 hits
Dalam hal kelayakan akademik Marzuki Yahya yang menjadi isu panas sekarang ini dua pemimpin Bersatu telah memberi reaksi yang akhirnya menimbulkan kecaman ramai di media sosial Pemimpin pertama Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir dal...
Bekas Mp Umno Masuk Bersatu Pakatan Akan Adakan Mesyuarat

Bekas Mp Umno Masuk Bersatu Pakatan Akan Adakan Mesyuarat

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 368 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menerima tujuh bekas Anggota Parlimen UMNO ke dalam parti itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Kat...
Bekas Ahli Umno Tidak Mampu Membantu Bersatu

Bekas Ahli Umno Tidak Mampu Membantu Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 337 hits
Hanya beberapa ketika selepas Bersatu mengumumkan calonnya untuk bertanding di Semenyih pada PRK 2 Mac depan sosek sosek tidak enak mula kedengaran di merata rata Dalam pengumuman yang dibuat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam p...
Percayalah Bersatu Akan Tunduk Akhirnya Kepada Kehendak Bekas Pemimpin2 Umno Sabah

Percayalah Bersatu Akan Tunduk Akhirnya Kepada Kehendak Bekas Pemimpin2 Umno Sabah

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 699 hits
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Hajiji Mohd Nor yang sebelum ini mengetuai kumpulan pemimpin UMNO meninggalkan parti itu hari ini melahirkan keyakinan Bersatu akan tetap berkembang ke negeri di bawah bayu itu Katanya walaupun B...
Report Ex Sabah Umno Members Flocking To Bersatu

Report Ex Sabah Umno Members Flocking To Bersatu

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 567 hits
Five MPs and eight state assemblypersons in Sabah who had quit Umno last year have submitted membership forms to join Bersatu according to a report by Berita Harian today One of them former Sabah Umno chief Hajiji Mohd Noor reportedly claim...
Bahaya Kiranya Isu Kelulusan Akademik Setiausaha Agung Bersatu Terus Berlarutan Hingga Prk Semenyih

Bahaya Kiranya Isu Kelulusan Akademik Setiausaha Agung Bersatu Terus Berlarutan Hingga Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 475 hits
Entah kenapa tiba tiba saja isu kelulusan akademik Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya muncul kembali menjadi perhatian di media sosial dan juga media arus perdana Sebelum ini ketika Marzuki dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri ...
Despite Dr M S Claims Sabah Bersatu To Become Reality Says Former State Umno Leader

Despite Dr M S Claims Sabah Bersatu To Become Reality Says Former State Umno Leader

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 308 hits
Former Sabah Umno chairman Datuk Seri Hajiji Mohd Noor who was part of the party s Dec 12 2018 exodus remains upbeat over the possibility of Parti Pribumi Bersatu Malaysia spreading its wings to the state Hajiji said he was currently in con...
Mengapa Bersatu Terima Sampah Umno Ronnie Liu

Mengapa Bersatu Terima Sampah Umno Ronnie Liu

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 412 hits
Mengapa Bersatu terima sampah Umno Ronnie LiuPosted By on February 14 2019Tindakan Pengerusi Dr Mahathir Mohamad menerima penyertaan tujuh bekas ahli parlimen Umno ke dalam Bersatu disifatkan mengecewakan Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game