Bekas Mp Umno Masuk Bersatu Pakatan Akan Adakan Mesyuarat


THE MALAYSIAN TIMES 
PUTRAJAYA: Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima tujuh bekas Anggota Parlimen UMNO ke dalam parti itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Katanya beliau telah membangkitkan keperluan untuk membincangkan perkara itu dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH kepada Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bersetuju agar ia diadakan.

“Perkara ini harus dibincang dalam Mesyuarat Majlis Presiden atas semangat PH,” kata Lim yang juga Menteri Kewangan, pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Kepada Sekolah Tahfiz Yang Berdaftar, di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Semalam, enam bekas Anggota Parlimen UMNO iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) menerima kad keanggotaan Bersatu daripada Dr Mahathir.

Turut menerima kad keanggotaan Bersatu semalam ialah Anggota Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang menyertai Bersatu hujung tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), yang juga hadir di majlis itu berkata, penyertaan bekas anggota UMNO ke dalam mana-mana parti PH tidak bermakna mereka ‘suci dari dosa lama’.

“Apa yang dia buat dulu walau dia masuk PH dia tetap akan menanggung kesalahan yang telah dia lakukan sama ada (mengeluarkan) kenyataan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata sesiapa yang ingin menyertai PH perlu yakin dan menerima apa yang diperjuangkan pakatan itu.

“Ini adalah supaya tidak ada apa-apa motif lain yang memungkinkan mana-mana pihak menyoal dari segi moraliti penyertaan mereka,” katanya.

Mujahid berkata beliau yakin Bersatu telah melakukan penelitian sebelum menerima bekas anggota UMNO dan beliau turut bersetuju agar perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden supaya tidak berlaku salah guna ‘lompat parti’ atas kepentingan lain.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/bekas-mp-umno-masuk-bersatu-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 589 hits
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu
6 Bekas Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu

6 Bekas Ahli Parlimen Umno Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 518 hits
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penyertaan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu Mereka ialah Datuk Seri Hamzah Zainudin Datuk Rosol Wahid Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Datuk Sh...
Psm Pilihan Terbaik Lepas Bersatu Terima Bekas Mp Umno Kata Arul

Psm Pilihan Terbaik Lepas Bersatu Terima Bekas Mp Umno Kata Arul

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 577 hits
S Arutchelvan berkata ramai tidak berpuas hati dengan PH malah beranggapan Umno dan Bersatu sama sahaja Foto oleh Choo Choy MaySEMENYIH 16 Feb Parti Sosialis Malaysia percaya mereka pilihan terbaik pengundi di Pilihan Raya Kecil Dewan
Penyertaan Bekas Mp Ke Bersatu Tak Rencat Kelangsungan Umno

Penyertaan Bekas Mp Ke Bersatu Tak Rencat Kelangsungan Umno

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 450 hits
MALAYSIAKINI Penyertaan tujuh bekas anggota parlimen Umno secara rasmi ke Bersatu hari ini tidak akan merencatkan kelangsungan Umno kata Mohamad Hasan Mereka yang diterima masuk Bersatu hari ini telah pun mengumumkan keluar Umno lebih awal ...
Percayalah Bersatu Akan Tunduk Akhirnya Kepada Kehendak Bekas Pemimpin2 Umno Sabah

Percayalah Bersatu Akan Tunduk Akhirnya Kepada Kehendak Bekas Pemimpin2 Umno Sabah

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 814 hits
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Hajiji Mohd Nor yang sebelum ini mengetuai kumpulan pemimpin UMNO meninggalkan parti itu hari ini melahirkan keyakinan Bersatu akan tetap berkembang ke negeri di bawah bayu itu Katanya walaupun B...
Dr M Alu Alukan Bekas Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu

Dr M Alu Alukan Bekas Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 967 hits
Diterbitkan Hari ini 5 52 petangPengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad hari ini menyerahkan kad keahlian parti itu kepada beberapa bekas ahli parlimen Umno di Putrajaya Daripada tujuh mereka enam hadir pada masa berita ini ditulis Ahli Parli...
Bekas Ahli Umno Tidak Mampu Membantu Bersatu

Bekas Ahli Umno Tidak Mampu Membantu Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 430 hits
Hanya beberapa ketika selepas Bersatu mengumumkan calonnya untuk bertanding di Semenyih pada PRK 2 Mac depan sosek sosek tidak enak mula kedengaran di merata rata Dalam pengumuman yang dibuat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam p...
Setia Kepada Perjuangan Bukan Kepada Parti Isyarat Tun M Mahu Menukar Bersatu Kepada Umno 2 0

Setia Kepada Perjuangan Bukan Kepada Parti Isyarat Tun M Mahu Menukar Bersatu Kepada Umno 2 0

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 585 hits
Semalam ketika berucap di Pesta Demokrasi di Petaling Jaya Tun Mahathir Mohamad menyeru mereka yang bergelar penyokong agar tidak buta buta menjadi setia kepada mana mana parti Mereka sebaliknya kata Perdana Menteri hendaklah setia kepada p...
Prk Semenyih Jadi Titik Mula Penggempuran Kubu Kebal Pakatan Di Selangor Libatkan Umno Pas

Prk Semenyih Jadi Titik Mula Penggempuran Kubu Kebal Pakatan Di Selangor Libatkan Umno Pas

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 519 hits
PRU 14 lalu mencatatkan prestasi yang paling buruk untuk PAS dan UMNO di Selangor Pada PRU 13 tahun 2013 PAS berjaya menguasai 15 kerusi DUN setelah bertanding di 21 kerusi DUN Manakala UMNO pula menguasai 12 kerusi DUN setelah bertanding d...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Eskisehir Dan Bursa Day 4 1

Pangkah Dengan Bijak Demokrasi Memilih Pemimpin Prn Ke 17 Sabah 2025

Ke Palm Mall La Kita

Ultimate Beef Biryani Recipe By Food Fusion

Berat Turun Dengan Mudah Tanpa Perlu Dipaksa

Final Muzikal Lawak Superstar 2025 Malam Gelak Kudap Kudap Lengkapkan Hujung Minggu Anda