Bersatu Nak Ganti Umno Sudahnya Perangai Pun Dah Sama Macam Umno




Dalam hal kelayakan akademik Marzuki Yahya yang menjadi isu panas sekarang ini, dua pemimpin Bersatu telah memberi reaksi yang akhirnya menimbulkan kecaman ramai di media sosial.


Pemimpin pertama, Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir dalam usahanya membela Marzuki berkata, Timbalan Menteri Luar Negeri  itu dilantik memegang jawatan dalam kerajaan bukan kerana kelayakan akademiknya.


"Saya pasti beliau dilantik dalam kerajaan bukan disebabkan kelayakan akademiknya," ujarnya.


Nampaknya Mukhriz masih tidak faham bahawa isu yang dipertikaikan bukanlah tentang kedudukan akademik Setiausaha Agung Bersatu itu yang dikaitkan dengan jawatan dalam kerajaan yang disandangnya, tetapi lebih berkaitan sikap serta kejujuran tentang pemilikan sebenar ijazah yang dimilikinya.


Ia sebenarnya melibatkan intergriti sebagai seorang pemimpin. Jika Marzuki berterus-terang sejak daripada awal sepertimana bekas Menteri Besar Kedah, Bashah Mohd Hanifah yang pernah mengakui hanya memiliki SPM saja, tidak ada sesiapa akan terus mempertikaikan beliau.


Dalam politik, pemberian jawatan dalam kerajaan memang bukan berdasarkan kelayakan akademik yang dimiliki, tetapi lebih kepada kemampuan menonjolkan diri sebagai pemimpin. Asal ada kedudukan dalam parti, biasanya dapatlah anugerah jawatan dalam kerajaan.


Tiada ada sesiapa yang mempertikaikan perkara itu kerana ia adalah lumrah yang sudah diterima dalam sistem politik demokrasi. Kelayakan akademik tidak penting, yang mustahak mesti jujur, berterus terang dan tidak menipu.


Pemimpin kedua, Ahli MPT Bersatu Tariq Ismail berkata, kelayakan akademik bukan isu besar kerana sekurang-kurangnya Marzuki tidak mencuri atau merogol orang.


Katanya, tidak wajar Marzuki dinilai semata-mata berdasarkan kelayakan akademik yang hanya merupakan "sekeping kertas" kerana beliau telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.


"Asalkan tidak mencuri atau merogol, tidak mengapa," tambah beliau.


Sama seperti Mukhris, Tariq juga nampaknya tidak faham isu sebenar. Mencuri dan merogol memang suatu kesalahan, tidak kira siapa yang melakukannya, tetapi menipu kelulusan akademik juga merupakan suatu kesalahan dari segi moral.


Lebih buruk jika yang melakukan penipuan itu ialah mereka yang bergelar pemimpin yang sepatutnya mesti menampilkan wajah serta perilaku jujur kepada rakyat.


Jika kelulusan akademik pun menipu, apakah tidak mungkin seseorang itu akan melakukan lebih banyak penipuan lain dalam hidupnya?


Adakah dengan reaksi itu bermakna dalam pemahaman Tariq, hanya jika mencuri dan merogol saja baru seseorang pemimpin itu dianggap telah melakukan kesalahan, manakala kalau menipu masih boleh dipejamkan mata?


Yang lebih menyedihkan berkaitan Mukhriz dan Tariq ialah kedua-dua  mereka itu merupakan pemimpin yang berasal daripada keluarga yang baik-baik dan ternama.


Mukhriz adalah anak Tun Mahathir yang tentu kewibawaan dan kehebatannya sebagai pemimpin tidak perlu diperkenalkan lagi, manakala Tariq pula pula ialah cucu Tun Dr. Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri  ketika era kepimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dahulu.


Kenapakah anak dan cucu pemimpin hebat jadi "lemau"  begitu sekali pemikirannya?


Hanya kerana ingin mempertahankan pemimpin dalam parti sendiri, apakah begitu sikap yang sepatutnya?


Itu baru yang dipertahankan seorang yang berjawatan timbalan menteri, bagaimana agaknya jika yang terpalit isu merupakan presiden parti atau Perdana Menteri?


Apakah bezanya sikap pemimpin Bersatu sekarang dengan UMNO ketika mereka mempertahankan Najib dahulu?


Yang nyata, belum pun tentu lagi Bersatu dapat menjadi pengganti kepada UMNO, yang dulu ditiru rupa-rupanya adalah perangai parti itu. (ShahbudinHusin 08/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/bersatu-nak-ganti-umno-sudahnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Nak Try Makan Babi Sebab Bts Makan Abang Buntu Nak Hadap Perangai Adik Perempuan

Dia Nak Try Makan Babi Sebab Bts Makan Abang Buntu Nak Hadap Perangai Adik Perempuan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 1275 hits
Seperti yang semua orang tahu kumpulan kpop seperti BTS memang sangat terkenal dan mempunyai peminat hampir di seluruh dunia Ini termasuklah kat Malaysia yang mana gadis gadis remaja kat sini siap ada buat fanclub tersendiri dan gelarkan di...
Macam Mana Nak Tahu Dia Jodoh Kita Eh Kalau Tak Usaha Nanti Takut Melepas Jodoh Itu Rahsia Ilahi

Macam Mana Nak Tahu Dia Jodoh Kita Eh Kalau Tak Usaha Nanti Takut Melepas Jodoh Itu Rahsia Ilahi

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 711 hits
Macam Mana Nak Tahu Dia Jodoh Kita Eh Kalau Tak Usaha Nanti Takut Melepas Jodoh Itu Rahsia Ilahi Ada orang P M aku Macam mana nak tahu dia jodoh kita eh Kalau tak usaha karang risau melepas Kalau usaha karang bukan jodoh pulak Buat rugi mas...
Maqasid Syariah Aes Nak Cover Temberang Kau Macam Macamlah Kan

Maqasid Syariah Aes Nak Cover Temberang Kau Macam Macamlah Kan

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 706 hits
Perbincangan berkisar Maqasid Syariah ni sebenarnya kalau disebut pun ia selalunya dalam konteks yang sangat jaranglah senang kata Perkataan itu sendiri bukan semua orang tau apatah lagi menggunakannya dalam pertuturan sehari harian Seperti...
Tabiat Buruk Umno Diteruskan Bersatu Annuar

Tabiat Buruk Umno Diteruskan Bersatu Annuar

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 357 hits
Diterbitkan Hari ini 8 47 pagi Selepas kalah dalam PRU14 Umno menjalani proses reformasi yang serius jelas Setiausaha Agungnya Annuar Musa Bagaimanapun beliau berkata tabiat buruk Umno itu tidak hilang sebaliknya mendakwa diteruskan parti p...
Berebut Nak Jadi Calon Sukarkan Lagi Bersatu Di Semenyih

Berebut Nak Jadi Calon Sukarkan Lagi Bersatu Di Semenyih

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 481 hits
Menjelang seminggu lagi sebelum hari penamaan calon PRK Semenyih pada 16 Februari depan suasana di kawasan itu ketika ini mula sibuk dikunjungi oleh mereka yang bergelar pemimpin Yang paling menonjol kerap berkunjung ke Semenyih tentunya ia...
Patutlah Datuk Lee Chong Wei Power Sampai Sekarang Latihan Datuk Misbun Macam Nak Mati

Patutlah Datuk Lee Chong Wei Power Sampai Sekarang Latihan Datuk Misbun Macam Nak Mati

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 557 hits
Pasti seluruh rakyat Malaysia masih ingat akan final Olimpik 2012 Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan Momen paling sedih buat rakyat Malaysia bertambah pedih apabila Lin Dan meraikannya dengan berlari dan psycho pihak lawan Pada umur 3...
Percayalah Bersatu Akan Tunduk Akhirnya Kepada Kehendak Bekas Pemimpin2 Umno Sabah

Percayalah Bersatu Akan Tunduk Akhirnya Kepada Kehendak Bekas Pemimpin2 Umno Sabah

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 723 hits
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Hajiji Mohd Nor yang sebelum ini mengetuai kumpulan pemimpin UMNO meninggalkan parti itu hari ini melahirkan keyakinan Bersatu akan tetap berkembang ke negeri di bawah bayu itu Katanya walaupun B...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal

Corat Coret 1 2 Syawal 1446h

Harvard Portraiture Project Elevating Overlooked Voices

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

The Joy Of Vaping Without Instructions Why Disposable Pods Feel Effortless