Kalau Anak Cerita Sesuatu Pada Anda Dengar Siasat Dan Percayalah Jangan Biarkan


“Mama, ada orang sentuh adik”, “ish apa adik ni”.. si anak terus terdiam, mula takut nak mencerita pada si ibu. Penderaan seksual bukan sesuatu yang boleh dibiarkan. Ibu atau ayah yang mengetahui tentang masalah si anak ini harus melakukan sesuatu! 
Anak-anak juga harus di ajar tentang sentuhan selamat dan juga sentuhan tidak selamat agar mereka dapat membezakan baik dan buruk. Banyak kes yang melibatkan penderaan seksual yang berlaku. Jadi ibu ayah WAJIB ambil peduli. Ikuti artikel ini.

PENDERAAN SEKSUAL KANAK KANAK Beberapa hari yang lepas adalah kali pertama saya mengendalikan kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak sejak saya meninggalkan hospital kerajaan untuk ke sektor swasta. Sebagai seorang doktor, adalah tanggungjawab saya untuk melaporkan kes sebegini yang datang ke klinik saya,  ke pihak yang berkuasa iaitu kepada pihak polis dan juga JKM
Saya tahu, mesti ada sebab mengapa pesakit itu di’pilih’ untuk datang berjumpa saya dan saya hari ini mengambil keputusan untuk SHARE mengenai topik yang agak sensitif ini, tetapi penting untuk diketahui oleh kita semua- sebagai seorang ibu, bapa, kakak, pakcik, makcik, kawan ataupun jiran. Mungkin ada yang TIDAK TAHU apa yang perlu dilakukan ataupun TIDAK SEDAR kepentingan untuk melaporkan satu kes penderaan itu
Inilah beberapa point penting saya mahu kongsikan berdasarkan kes baru-baru ini
Kita perlu mengambil SERIUS apa yang diberitahu oleh seseorang kanak-kanak
Apabila seseorang kanak-kanak itu memberitahu sesuatu kepada anda yang menjerumus kepada satu penderaan, janganlah memperlekehkan atau buat-buat tidak tahu. Bukan senang untuk seseorang kanak-kanak itu untuk mempunyai keberanian dan kepercayaan untuk memberitahu insiden itu kepada anda
Dia mungkin tidak akan memberitahu anda lagi sekiranya anda buat tidak tahu sahaja, dan perkara yang sama mungkin akan berlaku berulang-ulang lagi
Tolong LAKUKAN sesuatu apabila anda sudah mengetahui mengenai insiden itu
Majoriti semestinya yang akan terkejut apabila mendengar sesuatu yang tidak menyenangkan. Benar, perkara yang paling mudah untuk dilakukan adalah untuk buat tidak tahu saja
Tapi ingatlah, jangan berdiam diri dan tolonglah laporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan iaitu sama ada ke Pejabat Kebajikan Masyarakat, menelefon Talian Kasih: 15999,  membuat laporan  polis ataupun bawa saja kanak-kanak itu ke hospital
Sekiranya perkara yang sama masih berulang lagi, adakah anda mampu untuk menanggung kesalahan itu? Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB kita untuk membuat laporan sekiranya kita mengesyaki kanak-kanak itu didera, berdasarkan Akta Kanak-Kanak  2001
Pesalah selalunya adalah di kalangan AHLI KELUARGA atau kenalan RAPAT sendiri
Contohnya seperti ibubapa, atuk, adik beradik, sepupu, bapa/ibu saudara, jiran dan juga guru. Golongan yang RAPAT dengan kanak-kanak itu boleh mengambil kesempatan dengan hubungan rapat dan kepercayaan yang mereka ada dengan kanak-kanak itu. Jadi janganlah terkejut sekiranya anda dengar mengenai kejadian sedemikian
Ajarlah anak, anak saudara atau anak murid anda mengenai SENTUHAN SELAMAT dan TIDAK SELAMAT ataupun ‘SAFE TOUCH/UNSAFE TOUCH’
– Alhamdulillah topik ini telah dimasukkan dalam buku teks PJPK kanak-kanak sekolah rendah, tetapi topik ini boleh diajar kepada kanak-kanak seawal usia 4 tahun lagi. Saya sertakan link di sini sekiranya anda rasa tidak selesa untuk bercerita kepada anak anda. Boleh tunjuk sahaja video ini
BM: https://youtu.be/IFn3mkD0tJs English: https://youtu.be/zNTUMNKSNwk Ingatlah bahawa walaupun keputusan pemeriksaan adalah normal, ini tidak bermakna kanak-kanak itu tidak didera secara seksual
– Selepas sesuatu insiden yang berlaku, lebih-lebih lagi sekiranya ianya berterusan, ia akan memberi impak yang lebih teruk kepada kanak-kanak itu dari segi EMOSI dan MENTAL. Ia juga akan memberi kesan jangka panjang seperti kemurungan dan rasa rendah diri.  Kanak-kanak itu juga memerlukan kaunseling dan juga penilaian daripada pakar psikiatri kanak-kanak
Semoga Allah melindungi anak-anak kita semua daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Pantaulah aktiviti anak-anak anda, lebih-lebih lagi dengan penggunaan gajet yang berlebihan di waktu PKP ini. Kongsikanlah post ini kepada ahli keluarga atau kawan-kawan yang anda rasa boleh mendapat manfaat daripadanya
Anda juga boleh comment atau PM saya sekiranya anda mahu meminta nasihat ataupun ingin mengetahui lebih lanjut mengenai topik ini. Identiti anda akan dirahsiakan
#childprotection #childabuse #penderaankanakkanak #penderaanseksual #NAI #aktakanakkanak #fightchildabuse Kredit: Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic
The post Kalau Anak Cerita Sesuatu Pada Anda, Dengar, Siasat Dan Percayalah! Jangan Biarkan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-anak-cerita-sesuatu-pada-anda-dengar-siasat-dan-percayalah-jangan-biarkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cemburu Dengan Adik Baru Jangan Biarkan Hati Anak Pertama Terluka Ini Tip Yang Dikongsikan Pakar

Cemburu Dengan Adik Baru Jangan Biarkan Hati Anak Pertama Terluka Ini Tip Yang Dikongsikan Pakar

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 371 hits
Tidak dinafikan selepas melahirkan anak kedua tumpuan kepada anak pertama semakin berkurang dek kerana urusan bayi kedua yang menuntut lebih masa Jika anda tidak cukup kuat untuk melayan karenah anak pertama kerana baru melahirkan minta sua...
Tak Mahu Anak Degil Nakal Pukul Jangan Guna Tangan Kalau Perlu Rotan Di Tapak Kaki

Tak Mahu Anak Degil Nakal Pukul Jangan Guna Tangan Kalau Perlu Rotan Di Tapak Kaki

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 526 hits
Anak adalah amanah Allah untuk kedua ibu bapa Cara asuhan dan didikan penting untuk bentuk keperibadian dan kejayaan dalam hidup setiap anak Sebab itu pentingnya ibu bapa menunjukkan teladan yang baik dan dapat mengawal emosi Namun mengasuh...
Mungkin Ini Penyebab Gigi Si Manja Belum Tumbuh Jangan Biarkan Kalau Masuk 18 Bulan Masih Tak Tumbuh

Mungkin Ini Penyebab Gigi Si Manja Belum Tumbuh Jangan Biarkan Kalau Masuk 18 Bulan Masih Tak Tumbuh

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 329 hits
Secara normalnya gigi pertama bayi akan mula tumbuh ketika usianya masuk 6 bulan Gigi pertama biasanya akan tumbuh di tengah bahagian bawah gigi lain akan tumbuh mengikut perkembangan usia mereka Tapi macam mana pula kalau dah masuk 9 bulan...
Hiburan Bawa Teksi 8 Jam Sehari Dapat Rm15 Ebit Lew Sebak Dengar Kisah Lelaki Kudung Ini Cari Duit Sara Dua Anak

Hiburan Bawa Teksi 8 Jam Sehari Dapat Rm15 Ebit Lew Sebak Dengar Kisah Lelaki Kudung Ini Cari Duit Sara Dua Anak

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 489 hits
Nama yang tidak asing lagi kerana sering saja menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan penceramah bebas Ebit Lew kali ini tampil berkongsikan sebuah kisah mengenai kesusahan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya yang gigih mencari n...
Pesanan Untuk Muhyiddin Jangan Biarkan Nasib Peja Terhoyong Hayang Tanpa Dibela

Pesanan Untuk Muhyiddin Jangan Biarkan Nasib Peja Terhoyong Hayang Tanpa Dibela

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 264 hits
Setelah berakhir krisis politik di Perak yang menjadi penantian kini ialah apakah pembelaan yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin kepada Ahmad Faizal Azumu atau Peja Apakah dengan Bersatu dan Pas akhirnya sedia menyokong Saarani Mohamad...
Hampir Tiap Hari Dengar Pertanyaan Kapan Punya Anak Begini Jawaban Bijak Tara Basro

Hampir Tiap Hari Dengar Pertanyaan Kapan Punya Anak Begini Jawaban Bijak Tara Basro

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 232 hits
Belum genap 6 bulan pernikahan ternyata seorang Tara Basro pun sering mendapat pertanyaan tersebut
Anak Buat Perangai Kesan Emosinya Terganggu Gunalah Perkataan Baik Baik Jangan Ingat Anak Tak Faham

Anak Buat Perangai Kesan Emosinya Terganggu Gunalah Perkataan Baik Baik Jangan Ingat Anak Tak Faham

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 253 hits
Macam macam perkataan yang kita keluarkan pada anak kita Anak anak kecil yang sedang membesar sebenarnya sudah mula memahami apa yang diperkatakan kepada mereka Oleh sebab itu belajarlah untuk mengeluarkan perkataan yang baik baik sahaja Ad...
Marah Melebih Lebih Tinggikan Suara Pada Anak Anak Petanda Isteri Penat Suami Jangan Buat Tak Tahu

Marah Melebih Lebih Tinggikan Suara Pada Anak Anak Petanda Isteri Penat Suami Jangan Buat Tak Tahu

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 370 hits
Sekalipun penat dengan urusan rumah tangga dan menguruskan anak anak isteri kita tidak pernah merungut malah sebolehnya cuba menjadi isteri dan ibu terbaik setiap masa Hakikatnya isteri juga ada rasa penat melampau sehingga membuatkan emosi...
Anak Kecil Lagi Biasalah Sepah Jangan Biasakan Sepah Kena Ajar Anak Kemas Lepas Main Walaupun 1 Mainan

Anak Kecil Lagi Biasalah Sepah Jangan Biasakan Sepah Kena Ajar Anak Kemas Lepas Main Walaupun 1 Mainan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 367 hits
Sama seperti bersekolah bermain dan berkawan melibatkan anak anak dengan tugas harian di rumah juga penting Bahkan sangat penting untuk membantu perkembangan kognitif psikologi dan emosi Melakukan tugasan kecil di rumah dapat membantu kanak...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles