Pesanan Untuk Muhyiddin Jangan Biarkan Nasib Peja Terhoyong Hayang Tanpa Dibela




 Setelah berakhir krisis politik di Perak, yang menjadi penantian kini ialah apakah pembelaan yang akan dilakukan oleh Muhyiddin Yassin kepada Ahmad Faizal Azumu atau Peja?
Apakah dengan Bersatu dan Pas akhirnya sedia menyokong Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar sebagaimana yang dikehendaki oleh UMNO, tetapi melakukannya dengan cara memalukan Peja, nasib bekas Menteri Besar Perak itu akan berakhir begitu saja?
Apakah Peja bakal senasib dengan bekas Menteri Besar Johor, Dr. Shahruddin Jamal yang juga terpaksa menyerahkan jawatannya kepada pemimpin UMNO, Hasni Mohamad mengambil alih tempatnya, namun hanya diberi imbuhan menjaga nanas selaku Pengerusi Lembaga Nanas saja?
Dalam hal ini, sesuatu yang tidak harus kita lupa ialah kedudukan Peja sebagai Timbalan Presiden Bersatu, pemimpin nombor dua dalam parti selepas Muhyiddin.
Sebagai pemimpin nombor dua Bersatu, apabila beliau dimalukan oleh UMNO melalui usul undi percaya, tetapi sebenarnya merupakan undi tidak percaya untuk menjatuhkannya, bermakna Bersatu secara keseluruhannya turut sama telah dimalukan.
Maka, Peja sepatutnya dibela dengan memberikan kedudukan yang setaraf dengan jawatannya dalam Bersatu.
Tentu akan memalukan sekali lagi andai beliau hanya diberi jawatan “sekadar di pinggiran” seperti yang diberikan kepada Dr. Shahruddin, bekas Menteri Besar Johor sebelum ini.
Lagi pula, dalam Bersatu, dua Naib Presidennya, Dr. Radzi Jidin dan Dr. Ronald Kiandee adalah masing-masing diberi jawatan Menteri Kanan Pendidikan serta Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Seorang lagi Naib Presidennya, Rafiq Naizamohideen adalah Exco Kerajaan Negeri Melaka.
Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin diberikan jawatan Menteri Dalam Negeri dan calon yang kalah bertanding jawatan Naib Presiden, Redzuan Md Yusof atau Pak Wan masih dikekalkan sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas.
Azmin Ali yang dipecat daripada PKR dan kemudian menyertai Bersatu, lalu diberi jawatan Ahli MPT, senang-senang dapat jawatan Menteri Kanan MITI.
Beberapa pemimpin lain dalam Bersatu, sama ada memang asal daripada Bersatu atau melompat daripada UMNO atau PKR, masing-masing ada jawatan dalam kerajaan sebagai menteri atau timbalan menteri.
Maka, takkan Peja sebagai Timbalan Presiden Bersatu hanya mahu dibiarkan terhoyong-hayang begitu saja tanpa jawatan?
Selain mengaibkan institusi parti dengan membiarkan beliau tanpa jawatan, jika berlanjutan sampai ke pemilihan seterusnya, jawatan yang disandangnya sekarang pun boleh turut sama melayang.
Mahu tidak mahu, Peja semestinya harus diberikan jawatan dalam kerajaan yang bersesuaian dengan kedudukannya.
Setelah dijatuh dan dimalukan oleh UMNO, apabila diberikan jawatan, setidak-tidaknya ternampaklah ada pembelaan terhadapnya.
Muhyiddin dan Bersatu pun tidaklah dipandang orang sebagai tidak tahu mengenang budi serta menghargai pengorbanan Peja selama ini.
Selain tentu banyak sumbangan dan jasa beliau, baik kepada kerajaan negeri atau parti, kemuliaan dan sumbangan terbesar Peja ialah kesediaannya berundur secara baik dan kemudian akur dengan keputusan Bersatu menyokong Saarani sebagai Menteri Besar baharu, meskipun orang itulah yang mengetuai gerakan menggulingkannya melalui tipu daya usul percaya.
Orang lain belum tentu ada kesediaan berjiwa besar sepertinya.
Maka, jangan tidak dihargai dan tidak dibela nasib Peja dengan tidak memberikannya apa-apa, walaupun beliau memang diketahui sudah kaya-raya.
Tanpa keraguan dan pernah ditulis sebelum ini, paling sesuai untuk menghargai Peja ialah dengan Muhyiddin tanpa berlengah lagi melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Di samping padan dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden Bersatu dan bekas Menteri Besar, pejabat Timbalan Perdana Menteri dan kediaman rasmi Sri Satria pun sudah lama kosong begitu saja.
Dengan adanya Peja mengisi pejabat dan kediaman itu, sekurang-kurangnya meriah juga dua tempat tersebut.
Para penyokong Peja pun adalah juga tempat baru untuk berteruh dan bernaung. 
(Shahbudindotcom 10/12/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/pesanan-untuk-muhyiddin-jangan-biarkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanpa Dwi Partisan Nasib Muhyiddin Mungkin Seperti Faizal Azumu

Tanpa Dwi Partisan Nasib Muhyiddin Mungkin Seperti Faizal Azumu

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 275 hits
LIEW CHIN TONGWalaupun saya berada di pihak lawan kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad saya tidak teragak agak untuk memuji apabila beliau berhak menerimanya Hasni telah telah menunjukkan tauladan dalam mentadbir secara dwi parti...
Muhyiddin Pasti Balas Dendam Salah Satunya Dengan Melantik Peja Jadi Tpm

Muhyiddin Pasti Balas Dendam Salah Satunya Dengan Melantik Peja Jadi Tpm

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 237 hits
Dalam politik sepertimana pertelingkahan yang lain membalas dendam boleh dikata suatu perkara biasa Malah disebabkan keinginan membalas dendam itulah politik sentiasa kelihatan hidup dan menarik Kalah pilihanraya atau kalah bertanding mereb...
Jika Umno Boleh Jatuhkan Peja Kerana Rasa Tidak Puas Hati Kenapa Perasaan Sama Terhadap Muhyiddin Masih Mahu Dipendam

Jika Umno Boleh Jatuhkan Peja Kerana Rasa Tidak Puas Hati Kenapa Perasaan Sama Terhadap Muhyiddin Masih Mahu Dipendam

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 241 hits
Asas utama mengapa UMNO bertindak menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja ialah kerana tidak puas hari dengan beberapa tindakan bekas Menteri Besar Perak itu Rasa tidak puas hati itu pada asasnya didorong oleh dua sebab yang utama perlanti...
Peja Lebih Jantan Dari Muhyiddin

Peja Lebih Jantan Dari Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 237 hits
Di Perak hanya ada satu usul Percaya kepada MB Perak terus Speaker Dun lakukan walaupun keputusannya memakan diri Peliknya di Parlimen bawah kerajaan tebuk atap tedapat tidak kurang dari 20 usul Tidak Percaya telah dibuat dan terdapat juga ...
Kejatuhan Peja Dan Pengajarannya Buat Muhyiddin

Kejatuhan Peja Dan Pengajarannya Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 181 hits
Ahmad Faizal Azumu atau Peja gagal dalam usul undi percaya di DUN Perak dan dengan itu hilang jawatan Menteri Besarnya Dalam usul tersebut Peja hanya mendapat 10 undi menyokong berbanding 48 menolaknya dan 1 undi berkecuali Maka tumbanglah ...
Hiburan Akui Sihir Itu Wujud Saharul Ridzwan Titip Pesanan Supaya Jangan Tinggal Solat

Hiburan Akui Sihir Itu Wujud Saharul Ridzwan Titip Pesanan Supaya Jangan Tinggal Solat

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 273 hits
Memuat naik sebuah video tentang sihir perkongsian pelakon Saharul Ridzwan di laman Instagram miliknya raih perhatian umum Menerusi entri itu jelas kedengaran pelakon itu tampil menitip pesanan buat pengikutnya supaya sentiasa menjaga solat...
Dr Asyraf Jangan Mimpi Muhyiddin Nak Masuk Umno

Dr Asyraf Jangan Mimpi Muhyiddin Nak Masuk Umno

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 225 hits
Ketua Pemuda UMNO Dr Asyraf Wajdi Dusuki nampaknya terus bermimpi di siang hari apabila sekali lagi membuat pelawaan agar Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya Bersatu kembali ke pangkuan UMNO Meskipun diakui UMNO dan Bersatu tiada be...
Bantah Roboh Kuil Jangan Minum Sebotol Mabuk Dua Tiga Botol Sanusi

Bantah Roboh Kuil Jangan Minum Sebotol Mabuk Dua Tiga Botol Sanusi

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 193 hits
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan isu perobohan kuil hindu pada 1 Dis lalu adalah isu undang undang bukan isu perkauman agama atau diskriminasi Sanusi juga membidas pihak berkepentingan yang mengapi apikan kekecohan berh...
Jangan Cepat Salahkan Anak Anak Kalau Mereka Degil Dan Bebal Ibu Bapa Pun Ada Salahnya Juga

Jangan Cepat Salahkan Anak Anak Kalau Mereka Degil Dan Bebal Ibu Bapa Pun Ada Salahnya Juga

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 1131 hits
hi there salam jumaat semua love hate relationship aku dgn anak anak ni ada pasang surutnya sebagai seorang mommy dlm apa hal sekalipun jangan benci dan dendam dengan anak anak kecil kerana takut esok2 tak sempat kita maafkan anak kita Alla...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik