Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang Ini Tip Penting Untuk Mama
Meroyan boleh berlaku pada ibu-ibu yang tidak cukup tidur ketika menjalani tempoh berpantang. Ibu berpantang perlu mengambil berat tentang jumlah waktu tidur setiap hari. Umumnya, orang dewasa memerlukan antara enam hingga lapan jam untuk berehat dan memulihkan tenaga. Tempoh waktu tidur untuk nyenyak adalah antara 11 malam hingga 2 pagi.
Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang
Sebagai ibu yang baru bersalin, kegembiraan menimang cahaya mata lama-kelamaan menjadi fasa kepenatan jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi. Manakan tidak, bayi perlu disusukan paling kurang di setiap tiga jam, ditukar lampinnya apabila basah dan dipujuk jika menangis.
Masalah kekurangan tidur boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan. Salah satu daripadanya mengurangkan keupayaan anda menangani stres dan daya ketahanan tubuh terhadap sesuatu jenis penyakit.
Individu yang tidak mendapat tidur secukupnya pada waktu malam, tidak mampu memberi tumpuan kepada tugasan harian dengan baik. Kadang-kala tindak balas yang diberi semasa melakukan sesuatu tertangguh ataupun terlambat. Lebih teruk lagi, emosi terganggu hingga membuatkan diri mudah menjadi marah.
KESAN TIDAK CUKUP TIDUR
Sindrom goncang bayi
Tahap kesabaran setiap individu berbeza antara satu sama lain. Shaken baby syndrome boleh berlaku jika ibu berpantang hilang kewarasan akibat terlalu penat kerana kekurangan tidur. Kepenatan yang dialami menjadikan si ibu melepaskan kemarahan tanpa sengaja kepada bayi yang mungkin ketika itu ada membuat ragam.
Tanpa sedar, anda mungkin menggoncang tubuh bayi dengan kuat atau menghempasnya ke atas tilam. Jika tidak bernasib baik, tindakan ini boleh menyebabkan kecacatan otak atau menjadi punca kematian.
Meroyan
Jika ibu berpantang kurang tidur, kepenatan akan dialami. Ketika itulah boleh terjadinya masalah meroyan. Jangan malu meminta pertolongan suami, ibu bapa, mentua atau ahli keluarga untuk menolong menjaga bayi untuk sementara waktu. Anda dan suami juga boleh mengambil giliran tidur secara bergilir-gilir pada waktu malam. Yang penting, jangan sia-siakan waktu rehat jika ada kesempatan.
Kesihatan dan berat badan terganggu
Jika kurang tidur, berat badan susah untuk turun selepas melahirkan anak. Begitu juga tahap kesihatan. Anda tidak akan berada dalam keadaan baik.
Ini Tip Penting Untuk Mama
Oleh yang demikian, berehatlah setiap kali ada kesempatan. Panduan ini boleh anda aplikasikan untuk mendapat tidur yang cukup.
Tidur semasa bayi tidur
Anda tentu pernah dengar saranan tidur semasa bayi tidur. Jadi, lakukannya! Walaupun untuk tempoh sesingkat 30 minit pun, ia sudah cukup untuk membantu menyegarkan diri anda.
Matikan telefon bimbit
Masa kini, telefon dan individu berpisah tiada. Untuk sementara waktu ini, kurangkan penggunaan telefon bimbit. Hal ini kerana ia secara tidak langsung, mengganggu masa yang anda ada. Tanpa gangguan komunikasi daripada telefn bimbit, anda boleh gunakan kesempatan masa yang ada untuk tidur.
Elakkan gangguan
Gangguan seperti bunyi bising boleh mengganggu kualiti tidur. Jika anda tinggal di dalam hiruk-pikuk kebisingan kota, tidurlah dengan tingkap rumah ditutup. Senyapkan bunyi televisyen sekiranya anda perlu menonton televisyen bagi mendapatkan mood mengantuk. Ingatkan suami menutup televisyen tersebut selepas anda tidur supaya cahaya daripadanya siarannya tidak mengganggu tidur anda.
Artikel berkaitan: Hamil Rapat Buat Isteri Meroyan Lepas Bersalin, Tak Salah Jarakkan Kehamilan, Bukan Tolak Rezeki
“Meroyan, Stress Sampai Menangis Depan Orang Ramai Bila Susu Tak Keluar” Sedih Sebab Dah 6 Bulan Asyalliee Menyusukan Anak
Ibu Meroyan, Tiada Siapa Sedar. Kelar Anak Sendiri Lepas Kongsi Gambar Di Media Sosial
The post Meroyan Boleh Disebabkan Tidak Cukup Tidur Ketika Berpantang, Ini Tip Penting Untuk Mama appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/meroyan-boleh-disebabkan-tidak-cukup-tidur-ketika-berpantang-ini-tip-penting-untuk-mama/